Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

TEMAN ALAM MAYA KU......

Wednesday, November 30, 2011

BBQ KAMI DI LAND KUANG SELANGOR....



Assalammuaikum semua

Lama rasanya tak pot pet kat sini, rindu sangat pada semua minta semuanya sihat dan ceria 

Hari ini nak n3 BBQ kami di Kuang Selangor baru - baru ni. Senang nak cari tempat ni dari rumah hanya 30 minit itupun kalau tak jem

Murah sangat makam steemboot kat sini dewasa 20 hinggit, 10 hinggit bagi kanak - kanak ( 5 tahun ke bawah free), makanlah sampai kenyang, tempatnya pula luas dan selesa

Biasalah bila datang ke tempat sebegini rambang bijik mata dibuatnya, semua nak ambil, semua nak makan, kekenyangan pulak nak bangun pun malas apatah lagi nak jalan he..he..



















Friday, November 25, 2011

PAU OH PAU.....MOGA DIMURAHKAN REZKI UNTUKNYA



Banyaknya pau, yang pasti bukan saya beli tau dah rezeki buat kami

Bukannya apa belakang rumah saya ada jiran yang berniaga pau, jadi memang selalu dapat makan pau ni,  macam - macam perisa ada

Baru ni 2 hari berturut - turut saya bawa pau kat taska anak untuk disedekahkan pula di sana. 

Moga dimurahkan rezeki buat yang  memberi





1 beg plastik dapat pau

+


yang ni dah masuk dalam peti sejuk 

Thursday, November 24, 2011

Design Carl Ojerstam, Apa Tu Jom Kita Tengok......





Inilah dia Design Carl Ojerstam by IKEA

Cepat dan mudah untuk potong buah epal, senangkan...

>
>
>


>
>
>


>
>
>


>
>
>


>
>
>


>
>
>


Wednesday, November 23, 2011

Talam Roti Lapis Coklat





Assalammuaikum dan selamat pagi semua

Pagi ni cuaca mendung kekadang turun juga rintik - rintik hujan. Yang pasti lega rasanya dah hantar anak ke taska baru hujan

Hari ini saya nak kongsi resepi dari KAK YATIE yang baru - baru ini telah saya cuba untuk membuatnya. Lain rasanya bila kuih talam ini dicampur dengan roti yang pasti anak - anak saya suka, memang sedap tau. Ia juga cepat dan mudah untuk disediakan

Saya juga mohon izin dari KAK YATIE untuk share resepi ini disini pula 






Talam Roti Lapis Coklat

Bahan - bahan
  • 4 keping roti sandwich (saya guna roti gardenia) - buang tepi, siat kecil dan direndam dengan 100ml air
  • 50 gm gula
  • 1/4 sudu garam
  • 200 ml santan KARA
  • 100 ml air
  • 60 gm tepung beras
  • 20 gm tepung sagu/tepung ubi
  • 1 sudu teh coklat emulco


Cara Membuatnya

  • Masukkan roti yang direndam ke dalam mesin pengisar, ketepikan
  • Satukan air, santan, gula dan garam. Masak hingga gula larut. Biarkan suam, masukkan tepung beras dan tepung ubi, gaul rata 
  • Tuang campuran tadi ke dalam mesin pengisar dan dikisar bersama roti yang direndam sehingga halus
  • Bahagikan kepada 2 bahagian - 1 warna asal dan 1 lagi campuran coklat emulco
  • Tuang warna asal ke dalam bekas acuan kukus selama 5 minit dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu
  • Tanpa mengangkat bekas acuan dari pengukus, tuang adunan coklat di atas lapisan bawah  dan kukus selama 10 - 15 minit dengan api sederhana hingga masak

Tuesday, November 22, 2011

Imam Muda Amzar.....


Aduh..boleh kena sakit jantung dibuatnya bila tengok bola malam tadi, bila menang kuat bersorak, tak masuk gol terlalu emosi sungguh macam - macam ada, nasib baik pagi ni masih ada suara he..he..

Pagi ni nak citer pasai sorak juga tapi di tadika amzar sewaktu konvo baru - baru ni, ada pertandingan pakaian seragam, kalau uolls nak tahu memang kreatif ibu bapa pelajar yang anaknya masuk bertanding sanggup berhabis beli pakaian untuk menang

10 peserta diperlukan untuk pertandingan ini, senang cakap siapa tunjuk pakaian cepat boleh masuk, amzar bernasib baik dapat sertai

Saya nak jadikan amzar imam muda gitu sebab ada jubah pemberian mak saya sewaktu pergi umrah baru ni, tak nak membazir, puas juga nak memujuk amzar ni seboleh bolehnya nak baju bomba...amzar dapat no. 9, alhamdulillah dapat hadiah juga...tahun depan jika ada rezki disini lagi baru plan nak pakai apa ok..













Monday, November 21, 2011

Tamat Sudah Amzar Belajar Prasekolah 5 Tahun.....

Tamat sudah Amzar Prasekolah 5 tahun. Sabtu lepas telah diadakan konvo penyampaian sijil dan hadiah

Pagi tu tak sabar - sabar Amzar nak ke tadika, mana taknya banyak acara dan aktiviti yang telah dirancang oleh guru tadika ada nasyid, selingan persembahan dari pelajar, pakaian seragam dan yang paling Amzar tak sabar - sabar penyampaian hadiah periksa no. 2 beliau....







tunggu giliran untuk nasyid








hadiah periksa no. 2 Amzar (pelbagai peralatan sekolah ada didalamnya)




tahniah buat Amzar


Alhamdulillah saya sebagai ibu sangat berbesar hati dan gembira dengan pencapaian serta perkembangan Amzar di tadika ini.....

InsyaALLAH jika diizinkan rasanya tahun depan nak lagi hantar Amzar belajar di tadika ini lagi.....

Terima kasih yang tidak terhingga buat cikgu - cikgu disini....

Friday, November 18, 2011

MASTIKA......Realiti Kehidupan



Suka tak baca MASTIKA ni, mesti ada yang belum pernah membaca betul kan..kan

Pada yang dah pernah membacanya ia buatkan kita merasa insaf seketika dengan paparan kisahnya, realiti dalam kehidupan masa kini

Yang pasti setiap bulan mesti beli.....

Thursday, November 17, 2011

Dapat Dah 100 Hinggit..... Terima Kasih

Nasib baik hubby kerja petang, kalau tidak semalam pasti terkejar sana sini saya dibuatnya 

Syukur, alhamdulillah & terima kasih buat PM kita di atas pemberian wang 100 hinggit, lega rasanya bolehlah tambah apa yang patut untuk perbelanjaan persekolahan anak bagi sessi 2012 

Semalam je saya dapat 200 hinggit untuk 2 orang anak tapi macam - macam yang dah di pesan beli itu ini




Yang pasti persiapan untuk anak ke sekolah akan dibuat dari sekarang supaya saya tidak kelam kabut seperti tahun sebelumnya... insyaAllah

Wednesday, November 16, 2011

Nasib Baik Ada Bubur Nasi Maggi...

Baru ni amzar demam dengan tidak semena - mena dia minta saya belikan bubur nasi MCD, saya kata kalau nak bubur MCD sekarang tak boleh tapi bubur nasi maggi ada....



Lega hati bila amzar berkata bolehlah mama, bukan dia sorang yang makan rupanya ramai yang menumpang

Kalau begitu perlu buat stok kat rumahlah bubur nasi ni senang kalau ada yang mengidam nak makan





Tuesday, November 15, 2011

Bertekak Pasai Royal British Cookies

Bertekak pula pagi - pagi dengan  seorang penjual wanita bangsa india ni, dia nak promote biskut ini




Bila saya explain dah pernah makan biskut ni, tinggi pulak suaranya pada saya ' mana boleh biskut ini baru nak launching, belum keluar lagi ', itu saya tak tahu yang pasti saya sudah makan, siap cakap lagi you nak bukti ke he..he.. ( nanti saya buka catatan blog saya baru tahu )

Nasib baik rakan dia explain entah apa dia cakap pun saya tak tahu (bahasa india), last - last dia cakap oklah cik...kalau uolls nak tahu kat opis hubby sekarang ni tengah promosi lagi biskut ni beli 2 baru 16 hinggit

Faham sangat dengan sifat penjual ni sentiasa bermulut manis untuk lakukan barang mereka, jangan kita terpedaya sudah semuanya sebab saya dah ada pengalaman ditipu dengan orang sebegini...


  

Monday, November 14, 2011

Kisah Jumaat Dan Sabtu



Jumaat pagi dalam perjalanan untuk hantar anak ke taska tayar motor hubby pancit terpaksa naik kereta, kebetulan pula pagi tu hubby dan familynya ada urusan kat KL Sentral, tak mahu tempuh jem hubby naik komuter siap komplen lagi kat saya komuter lembap @#$%^&* ,  itu memang adatlah bila naik komuter ( lembap, lambat, sesak )

So lambatlah hubby masuk kerja  petang tapi masih sempat lagi hantar motor untuk dibaiki, tiada masalah bro cuma kurang angin je kata budak bengkel tu dengan penuh confident hubby pun pergi kerja 

Jam 12.10 tengah malam (sabtu) hubby call saya tayar motor pancit balik (berkata saya dalam hati macamana ni, mana ada kedai buka pagi2 ni.......) 1/2 jam call balik tanya bagaimana, alhamdulilah minta tolong abah (mertua kat Puchong)  pick up motor hubby kat Klang dengan Toyota Hilluxnya, jam 3 pagi baru sampai rumah.......



Thank you buat abah dan adik ipar kerna sudi bantu along..............

Saturday, November 12, 2011

Pucuk Dan Daging Masak Kicap

Hari ini tak ke mana - mana hanya duduk dirumah bersama anak - anak sebab hubby kerja petang

Hari pula mendung, pagi tadi hujan sudah turun so sarapan pagi makan bihun goreng dalam pada tu dah plan untuk menu tengahari. Pukul 11 pagi dah mula sediakan bahan  masak. Jam 1 boleh makan he...he..


Pucuk masak air dicampur bersama kentang, timun jepun dan soohon



Sebelum ni saya tengok ramai rakan - rakan kita masak menu daging jadi saya pun ambil kesempatan untuk cuba daging masak kicap  


Friday, November 11, 2011

Puding Tauhu Lagi Untuk Jamuan Sekolah.....

Assalammualaikum buat semua

Sana sini orang dok citer pasai tarikh keramat hari ni 11.11.11. Yang lebih bersyukur lagi ia jatuh pada hari yang mulia hari jumaat. Semoga kita semua mendapat keberkatan dari Allah
Disebabkan tarikh yang cantik hari ini mesti ada yang mengambil kesempatan untuk berkahwin dan bertuahlah ibu bapa yang dapat baby hari ni...tahniah buat mereka semua

n3 hari ini saya buat puding tauhu lagi, kali ini untuk jamuan akhir tahun sekolah aiman dan azeem  rabu baru ni. Mulanya malas juga nak buat sebab ia berkuah tapi dah anak - anak beria - ia minta so saya buatkan juga





Sebenarnya resepi ni minta dari adik, saya telah ubah suai sikit ikut selera saya biar mudah nak membuatnya

Bahannya -

10 gram serbuk agar - agar (jenis Clear)
7 cawan air
1/2 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 cawan santan kotak (200ml + 50ml air)
daun pandan

Caranya -

1) Masak serbuk agar - agar bersama air, daun pandan dan gula sehingga mendidih
2) Masukkan susu pekat kacau rata - rata, masukkan pula santan dan dikacau lagi sehingga masak
3) Sejukkan sebentar baru di masukkan dalam bekas acuan kemudian simpan dalam peti sejuk

Untuk kuahnya -

1 tin buah - buahan (fruit cocktail) - saya pilih buah peach
1 botol F&N air soda

- Campurkan bahan - bahan diatas dan simpan dalam peti sejuk, nak makan baru letak kuahya

Thursday, November 10, 2011

Terkejut Aiman Masuk Suratkhabar


Nasib baiklah abah (mertua) beli Metro Ahad masa kami semua singgah kat petronas untuk ke ulu yam ari tu. Kalau tidak, tak tahu yang aiman masuk suratkhabar citer pasai korban kat kawasan perumahan saya

Yang hairannya semua famili tak perasan itu aiman, bila saya baca sekelip pandang mulut berkata ' eh..aiman masuk suratkhabarlah, berebut - berebut nak tengok ' itulah dia naluri seorang ibu .....



aiman berbaju merah tengah bagi lembu makan rumput




Apalagi gunting dan simpan keratan suratkhabar buat kenangan.....

Wednesday, November 9, 2011

Contest Anakku Berfotogenik






Terima kasih buat Mama Shima Site sebab tag nama untuk



Contest Anakku Berfotogenik






Nama Anak - Qhaifa Nur Afnan Bin Khairul Anuar

Umur - 3 Tahun 7 Bulan



Nama Anak - Qhaifa Nurin Aida Aeish Binti Khairul Anuar

Umur - 2 Tahun 21 Hari


Nama Ibu - Nur Fauziah Binti Abdul Hamid


Sekian...