TEMAN ALAM MAYA KU......

Friday, December 22, 2017

SELESAI SUDAH

Assalammualaikum


Alhamdulillah
Dipermudahkan segalanya
Selesai sudah khatankan Amzar n Afnan
Budget nak buat kat Klinik Sulaiman, Grenwood
Tapi mak nak cucu2nya dikhatankan dirumahnya
Kebetulan 10/12/2017 khatan beramai2
Untuk kariah anak2 taman perumahan mak
Nak 15 orang saja
Bila kata masih ada kekosongan
Mak masukkanlah nama cucu2nya ni





Hari yg ditunggu2 tiba jua
Selalu kata kat mereka berdua ni x sakit laaa
Kali ini pihak masjid menggunakan 
Khidmat Doktor Khalid dari Klinik Famili
Alat klamp yang akan dipasang
Kalau 2 abangnya sebelum ni, gunting n jahit
Kali ni kita try klamp pula
Ok atau idakkk huhu





Tengoklah adik2 sepupu datang bagi sokongan huhu
Pihak masjid pun bagi hadiah 
Time ni masih bole tersenyum lagi
Pihak masjid cuma kenakan bayaran RM50 seorang
Kalau khatan kat klinik sekarang RM170 
Tak mahu hampakan mak, saya terima cadangan mak





Alhamdulillah, selesai dikhatankan
Bila nak di bius n tengok jarum, nangis la juga
Apa lagi jomlah kita berpantang
Kalau ikut kata doktor tak payah pun huhu
Ohh tidak...mesti berpantang
Bagi saya klamp ni memang senang
X melekat kat kain sarung or seluar
Tapiii
Kena bersihkan selalu
Sebab ianya bersarung, kena lap kering2
Kena selalu basahkan bahagian yg dipotong tuu
Lepas 5 hari kena gi klinik utk buka klamp
Jerit juga anak2 mama ni time buka
Masalah klamp bagi saya laa
Ia lambat baik
Ni anak2 dah 2 minggu khatan
Masih sakit lagi huhu no lasak2 ok
Apa2 pun itu pengalaman saya
Lepas ni mama papa dah lega
Semuanya dah selesai....