TEMAN ALAM MAYA KU......

Wednesday, May 22, 2013

KOLEKSI KERETA KEBAL



Salam Semua...


Afnan : mama jom tengok bilik pakcik
Mama : mama dah tahu banyak barangkan
Afnan : taklah ada banyak kereta kebal


Mula-mula saya tak dapat bayangkan mungkin kereta kebal bersepah kat lantai kot. Kalau nak tahu adik hubby ni baru tamat pengajian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Sg. Besi dan juga telah ditauliahkan Leftenan, tempat kerja dah tahu nun di Sarawak sana




Sekarang tengah asyik kursus sana sini nak jumpa pun susah hingga anak buah yang 5 orang ni rindu-rinduan pada pakcik.

Dengarnya 1, 2 tahun ni kena kursus kat Semenanjung lepas tu baru stay kat Sarawak. Terbang ke Sarawak kami semua yup nanti, bestnya

Berbalik pada citer kereta kebal tadi akhirnya saya pun melangkah masuk ke bilik adik hubby di tingkat atas terpegun sekejap bila tengok banyaknya koleksi kereta kebal tersusun rapi dalam rak yang di buat. Raknya pula cantik sekali, menurut MIL baru buat ni dan dah pesan pada cucunya tengok boleh tapi jangan usik. Ribuan ringgit telah dihabiskan untuk membeli koleksi kereta kebal ini. Kalau dah minat berhabis pun tak kisah kan..kan..








masih ada kosong lagi, lepas ni pasti penuh...




inilah tuan punya koleksi kereta kebal tu
Khairil Erfhan Farhan Bin Taha


Tuesday, May 21, 2013

AKHIRNYA BELI JUA


Salam Semua...


mula-mula kami diberi test 5 hari
tak sampai 5 hari akhirnya hubby beli jua
setelah tengok hasil tapisan air selama 3 hari
sungguh kotor (keruh warna coklat gelap)



blondal pilihan kami



setiap 5 hari kena buang air kotor didalamnya
takut nak tengok kualiti air sekarang......


perbincangan dengan pihak blondal dapat pula diskaun
kami tambah 1 lagi iaitu penulen air Lux Alva 
dengan teknologi lampu ultra unggu pula







sebelum ini tak pernah simpan air sejuk dalam freezer 
tapi sekarang wajib simpan 
semua sebab Lux Alva ini laaa