Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

TEMAN ALAM MAYA KU......

Friday, August 30, 2013

ADIK NI ASYIK KENA MARE SAJA


Salam Aidilfitri Semua....


pandai sekarang cakap
asyik kena marah saja
mana mama tak marah
adik asyik makan guna 
tangan kiri saja 
lain kali guna tangan kanan




makan nasi pun masih guna tangan kiri
mahu tak risau



merajuk konon



tengah asyik makan stoberi ni sebenarnya
hingga menjilat jari kan aeish


pengalaman lalu - 

5 anak hanya afnan dan aeish yang kidal
sedia maklum bila mereka dah sekolah
automatik perkara itu akan berubah
jadi mama tak perlu risau
tak sangka juga saya dikurniakan
ada anak yang kidal
sebab sejarah keluarga juga






Thursday, August 29, 2013

5 FM YANG COMEL


Salam Aidilfitri Semua...


masa anak - anak buka goodies mereka
dapat masa besday girl hari tuh
aiman cakap mama comelnya 
yang kita letak kat peti ais tu
meh mama tengok
alahai comelnya FM ni
kata hubby cepat simpan 
nanti entah kemana hilangnya
akhirnya mama dapat 5 FM comel








akhirnya melekat FM comel kat sini 
comel tak semua....

Wednesday, August 28, 2013

CONTENG RAYA


Salam Aidilfitri Semua....


ahad lepas dapat jemputan dari member hubby
open house dan besday girl juga 
di seksyen 6, wangsa maju

pergi pun dah lewat
sebab hujan lebat tengahari tuh
so kek pun dah dipotong
sampai saja member hubby
suruh anak-anak conteng muka
tapi sebelum tuh makan dulu



anak-anak tak conteng kat muka
tapi kat tangan
semua ada gambar pilihan



aeish punya dah hilang
sebab mama basuh tangan lepas makan
terlupa sori







bunga ros aeish punya, cantiklah



goodies untuk anak - anak



sedap halwa ni



lepas makan nasi 
inilah pencuci mulut kami



yang ni anak - anak tak sudah 
dok ulang alik ambil
white coklat fountain (ya ke namanya he..he..)
kami makan dengan stoberi





Tuesday, August 27, 2013

SEBELUM JENJALAN RAYA HARUS POSING DULU


Salam Aidilfitri Semua...


kejadian ahad lepas
dapat undangan open house raya
dan besday party girl
sebelum itu harus posing dulu












mama suka...
sekejapnya rasa anak - anak mama dah besar...

Monday, August 26, 2013

CITER HARI ISNIN


Salam Aidilfitri Semua...


tah tahu nak letak tajuk apa..hentam sajalah
mulalah idea merundum ha..ha..






tak ingat raya ke berapa
kami semua ke rumah pak anjang
di selayang malam tuh
lepas makan mee bandung
kami dapat pula makan ais kerim malaysia
rupanya mak anjang memang jual ais kerim ni







toyota hilux atuk jadi sasaran
bila balik rumah FIL/MIL
anak-anak serta sepupu 
suka sangat main kat belakang tuh
nasib baik atuk ok

Friday, August 23, 2013

SEDAP KE LAPAR


Salam Aidilfitri Semua...


punyalah banyak pilihan makanan
masa BBQ raya tuh
hingga makaroni carbonara
dipandang sepi oleh anak-anak
apa yang direbutnya tentulah ayam golek

akhirnya sarapan 3 syawal kami 
tentulah yang best (agaknyalah)
keluarkan makaroni dari peti ais
letak cheese banyak-banyak
lalu dibakar apalagi berebut
sedap ke lapar ni
minta buat lagi adalah






kalau pergi rumah atuk/wan
makan mesti sama-sama, kongsi-kongsi
ini yang telah diajar dari kecil





sedapkan


selagi bunga api tak habis
dok main sesaja




Thursday, August 22, 2013

MENANG TANPA BERTANDING & BBQ RAYA


Salam Aidilftiri Semua....


sepatutnya hari ini 22/08/13  jam 3 petang
afnan ada pertandingan silat 
peringkat zon antara tadika kemas
tup, tup, tup cikgu nor beritahu
afnan menang tanpa bertanding
sebab ramai tarik diri
tapi kan bulan sept nanti
pertandingan silat antara daerah pula 
akan diadakan so berlatih lagi afnan
apapun tahniahlah untuk afnan





rupanya ada BBQ raya
 malam syawal ke 2 di rumah MIL
petang tuh dah mula bakar membakar
antara BBQ kami malam itu



keli + tempoyak 
bungkus dengan daun pisang lalu dibakar






ayam golek mesti ada



daging bakar


yang ni dah siap dipotong



makaroni carbonara yang sedap



masa ni hubby tengah kusyuk
 menyediakan bahan perapan
gambar curi...
 jangan mare abang

Wednesday, August 21, 2013

TAPAI RAYA


Salam Aidilfitri Semua...


setiap kali raya MIL mesti buat
kali ini tapai dibungkuns dengan daun keladi







fev hubby dan adik-adiknya
saya suka juga 


lepas salam bersalaman serta jamu selera
dalam pukul 11 pagi
kami ke hospital putrajaya melawat
mak sedara hubby yang lepas operation
sehari sebelum raya akibat kanser rahim
semoga mak chek panggilan kami buatnya
cepat sembuh





hari raya so semua berbaju melayu
masuk hospital

Tuesday, August 20, 2013

BERSAMA FAMILI HUBBY


Salam Aidilfitri Semua...


kenangan indah kami di pagi syawal
bersama famili hubby pula



En. Taha dan Pn. Rosidah (FIL/MIL) 



adik - adik hubby
kurang 2 orang
semua 7 orang



bersama adik bongsu 
dua-dua berjubah dipagi raya



adik - adik perempuan hubby
3 orang saja



yang ini ada kak long



famili adik ke 3 hubby
famili pak ngah tiada



bersama menantu lelaki (Shahrizal)



hubby dan nadhirah
2/8/13 dah setahun dira
kali ini baju raya sama dengan baju wan



part ni anak-anak paling suka
sikit-sikit ketawa tengok gelagat dira
jalan belum lagi tapi mulut becok