TEMAN ALAM MAYA KU......

Thursday, July 19, 2018

RAYA KAMI 2018

Assalammualaikum

Huhu syawal pun dah berakhir
Baru nak citer pasai raya
Tak kisah la janji ada story kan

Tahun ni beraya kat umah mak saya KL laa
Sama seperti tahun sebelumnya
Plan tema baju raya nak gold
Masih tak tertunai lagi huhu
Tapi hati masih berbunga2 sebab 
Tahun ni hubby cuti lama...5 hari tuhhh





Kan dah cakap mama n adik saja gold
My hero2 green laaa...sebabnya suka cari last minit
Memang x de laa citernya
Itupun malam sebelum raya kami ke Jalan TAR
Bawa anak2 cuci mata konon...
Memang rezeki kami walau lain kaler
Semua size ada...green pun green laaa
Dapat pula jenis kurta tp ada seluar lagi suka





Hijau lawan biru gitu..my adik lelaki pilih biru
Alhamdulillah raya kami simple
Lepas sembahyang raya...makan2..salam2..selpie2
Rutin biasa ke kubur arwah abah
Lepas tu baru jalan2 rumah saudara




Kami geng2 wanita pula selpie..
Tahun ni x de tambahan ahli keluarga
Kita tunggu tahun depan...kan adik bongsu
Nak kawin huhu


Lepas ziarah kubur abah
Saya terus ke rumah FIL n MIL di Puchong
Dalam pada tu sempat balik rumah
Kemas baju...esoknya raya ke 2 akan balik Perak
Raya kat kampung mak pula
Dan ada majlis perjumpaan famili belah arwah abah
Macam chipsmore kami ni
Tahun lepas x balik Perak
Tahun ni balik pula
Yang pasti kena tengok cuti hubby n mood die huhu