TEMAN ALAM MAYA KU......

Tuesday, April 10, 2018

MAJLIS TUNANG HUDA

Assalammualaikum

Setelah kata sepakat diambil 
Akhirnya 18/03/2018 
Majlis pertunangan berlangsung
Dah bertunang adik bongsu ku Nurul Huda
11 pagi majlis tahlil 
Manakala majlis bertunang lepas zohor 
Dapat orang KL juga
Sama lah dgn kakak n abangnya huhu
Orang tua memasing duduk dekat
Tak payah pening2 nak balik kg dik


Anak dara ni yg excited bila maksu nak bertunang
Dok cari baju kaler hijau x de...purple pun ok la


Pelamin yg comel ni adik ipar yg buat...cantik
Nasib baik ada pasangan kerusi tu
Macam nak kawin pula huhu




Ni hantaran kami utk pihak lelaki 7 berbalas 5
Bunga segar tu kami 3 beradik beli kat Petaling Street
Sehari sebelum majlis, rambang biji mata nak pilih


Antara menu hari tu
Adik lelaki sponsor nasi tomato
Akaknya sponsor brownies dan pop corn
Rojak pasembor akak sepupu buat
Kuih muih mak order
Ada juga pulut kuning n rendang daging
Bila disusun penuh pula 1 meja huhu


Ni yang paling rare..Mandai
Mak Utih buat...makanan orang banjar
Kulit cempedak dipotong nipis dan jerukkan
Makan dengan nasi panas...aduh sedapnyaa


Rombongan lelaki dlm 2 biji kereta, famili saja
Adik lelaki wakil famili kami
Tengoklah anak2 dok depan tu..faham kee
Tempoh bertunangnya 1 tahun
Moga dipermudah segalanya


Manis senyumanmu dik
Darah manis lah katakan 
Nak tunggu kak lang lambat lagi dik
Dah jodohmu jalan je dulu kwang2




Dah selesai sarung cincin jom selfie
Maklah orang paling hepi


Potret yang tak lengkap huhu
Anak2 entah mana perginya
Ini aja yang ada, ok senyummm

Selesai majlis petang tu 
Sambut besday 3 kesayangan ku
Semua lahir bulan Mac
Mak n 2 adikku






Suprise brownies utk 3 kesayanganku

Alhamdulillah, majlis hari tu berjalan dgn baik
Jemputan dalam 200 tetamu saja