Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

TEMAN ALAM MAYA KU......

Tuesday, July 31, 2012

TOFU TERBALIK....



Salam semua ......

Ini gara-gara tengok sheila rusly masak dalam program ketuk-ketuk ramadhan dengan menunya tofu terbalik ahad lepas. Nampak sungguh simple betul, petangnya terus kami adik beradik buat menu untuk berbuka puasa.



Memang sedap dan sangat rangup makan pula dengan sos yang dibuat sendiri..........










Bahannya :

Tofu goreng
isi udang
isi ayam kisar
bawang merah (potong dadu)
bawang putih 
daun sup
1 biji telur


Cara buatnya :

1. Belah bahagian bucu tofu dan keluarkan isi dalamnya
2. Campurkan udang, ayam, bawang merah/putih, daun sup dan isi tofu, digaul rata
3. Setelah itu masukkan telur dan digaul lagi
4. Dah siap masukkan dalam tofu dan digoreng terbalik............



p/s - yang simple lagi sedap rupanya...........

Monday, July 30, 2012

IFTAR WESTERN = BEEF BURGER

Masuk 7 ramadhan buntu nak masak apa untuk berbuka

Hubby cakap jom pergi giant nanti bole fikir. Last-last dapat idea nak buat homemade beef burger. Kan sekarang tengah fermes burger ni. Dah beli semua barang-barang tak sabar nak buat lepas tu nak makan pula. Bagi saya yang dah buat sendiri rasa cukup puas menikmatinya memang sedap seperti dikata




Beef burger yang saya buat tak makan dengan roti tapi dengan salad. Seketul burger cukup mengenyangkan 









p/s - lepas ni buat sendiri aja burger........

Friday, July 27, 2012

SAMBUNG LAGI CREDIT CARD.......


Sambung lagi......... surat berdaftar ni saya terima 2 hari lepas berdebar-debarlah juga masa nak buka siapa pulalah yang hantar ni..





Bila dah dibuka rupanya kad kredit sepatutnya kad yang first akan tamat 09/12 kini disambung lagi, sangat bahaya ni ha..ha..ha..

Sebenarnya banyak kebaikan dan kelemahan ada kad kredit ni kalau dah terdesak guna aja tapi bab nak membayar aduh lemah longlai rasanya. Tak apa terima sajalah tapi dalam hati tetap berpesan tengok saja tau jangan lebih-lebih hi..hi..hi... 



Thursday, July 26, 2012

DANDANKAN RAMBUT AEISH........


Sekarang ni hari - hari mesti nak ikat dandan rambut aeish

Bila dibuka ikatan rambutnya nampak beralun-alun saya suka sangat

Dah besar aeish sekarang mana tak pampers dah tak pakai kalau nak buang air kecil pandai dia pergi toilet sendiri cuma untuk tido malam sekarang ni mesti pakai sebab aiesh kuat minum susu tak larat setiap sejam nak gerak pergi toilet

Percakapan aeish sekarang pun dah berbutir (jelas) bolehlah nak ajak aeish berbual

itulah dia Qhaifa Nurin Aida Aeish......................









Wednesday, July 25, 2012

KONGSI RESIPI IBU MERTUA............



Salam semua............

Hari ni nur cuti tak sihat, cukup takut batuk konpom suara jadi rock so hari ni rehat dirumah bersama afnan dan aeish. 

Walaupun 1 ramadhan terdapat pelbagai kisah didalamnya hati nur terubat juga bila dapat jumpa MIL & FIL malam harinya. MIL kurang sihat sebab demam dan hari ahad pula paling menyeronokan sebab nur dapat berkongsi pelbagai rahsia masakan dari MIL walaupun kurang sihat beliau tunjuk cara dalam hati tak sabar untuk mencubanya.......

Antara resepi yang nur belajar cara-cara nak buat bingka ubi, ingatkan selama hari senang rupanya tidak kalau tak kena caranya bingka ubi jadi maung (rasa kurang enak sebab lebihan air ubi, perahan ubi untuk kurangkan airnya pun ada teknik)




(aiman kalau bab mesin kelapa tau apa2 mesti nak buat, kali ni mesin ubi kayu pula)



(ubi kayu yang siap dimesin)



(bingka ubi siap dimasak selama 1 jam lebih, perlu disejukan pula makan masa 2 jam baru boleh dikeluarkan)



(lepat bingka ubi pun ada)





Nanti bila nur dapat buat sendiri bingka ubi baru kongsi resipinya, kena cuba dulu baru tahu..................





Tuesday, July 24, 2012

KISAH 1 RAMADHAN KAMI........


Salam 4 ramadhan buat semua...................

1 ramadhan kami tahun 2012 mungkin tak akan dilupakan sampai bila-bila kelakar, sedih semua ada salah sendiri juga hik..hik...

Selepas hubby balik kerja jam 5 petang kami menuju ke puchong tapi sebelum itu sempat singgah pasar ramadhan putrajaya sampai di jambatan semua kenderaan kena tahan dengan trafik dalam 20 minit ingatkan apa rupanya ada orang bikin filem kat situ. Hubby dan pemilik kete-kete yang lain hot juga mana nak kejar beli juadah untuk berbuka, nak balik umah agaknya......

Nak sampai ke pasar ramadhan satu hal pulak jem-jem...nak parking jenuh mencari ini belum citer bab beli juadah, nak mencelah pun tak boleh sesak dengan orang ramai rasa menyesal pulak datang sini. Hubby nampak toyota hilux abahnya nak kuar kami baru nak masuk......


ini juadaah yang sempat di snap yang lain habis dimakan...... 



 (apam balik double special - pulut hitam+ kelapa+ jagung+choc chip)



(beli pulut kuning saja, rendang daging bawa dari rumah)





(muka keletihan selepas berjalan dipasar ramadhan)


Konon-konon nak buat kejutan datang rumah MIL tak call dulu, jam 7.10 petang sampai beri salam tak berjawab konpom tak ada orang, saya hubby dan anak-anak pandang sesama sendiri dan jawapannya kena berbuka sendiri, dalam hati sedihnya rasa kasihan dekat anak-anak nak buat macamana perkara dah berlaku. Rupanya MIL & FIL hantar adik hubby kat terminal ets sungai besi......



p/s - batuk pulak hari ni.....nak demam juga, bertahan-bertahan. hingga penghujung...........



Friday, July 20, 2012

SALAM RAMADHAN 1433H.......


Salam Jumaat buat semua..........

Sekejap saja masa berlalu tup..tup esok dah 1 ramadhan, esok juga seluruh umat islam akan menyambut kedatangan ramadhan al-mubarak bulan keberkatan bulan yang kita semua tunggu-tunggu.....

Saya juga mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna agar dapat saya lalui dengan sempurna bersama keluarga tersayang.....

Kepada semua rakan-rakan saya ucapkan selamat menyambut ramadhan 1433H, moga diberkati..........








p/s - ramai yang balik kampung untuk first posa, saya tidak terkecuali akan ke rumah MIL esok............

Thursday, July 19, 2012

BERJAYA - STOPKAN AFNAN HISAP BOTOL......


Tak terfikir nak stopkan afnan hisap susu guna botol padahal tahun depan dah 5 tahun malah nak masuk pratadika pula. Rasa macam masih kecil afnan......

Bincang dengan hubby kena buat sesuatu ni so plan saya nak pakat dengan nek pah (pengasuh taska) seolah-olah botol susunya tertinggal kat rumah hari tu dan minta ajar guna cawan.

Hari first ok hingga kini dah seminggu malah dirumah pun saya ajar juga dan alhamdulillah saya berjaya, afnan sendiri cakap mama acik dah besar mana boleh hisap botolkan........





Wednesday, July 18, 2012

PINEAPPLE PUDING........


Kalau mood baik rajin pun datang. Sebenarnya dah lama nak buat pineapple puding ni bahan-bahannya pun dah lama saya beli cuma rajin dengan tak rajin gitu. Kebetulan lepas masak laksa baru ni petangnya terus buat.....




Sampai hari ni masih berbaki dalam freezer dalam hati tertanya-tanya kenapa anak-anak tak makan. Rupanya bila saya tanya azeem ini jawapanya - hari tu dah kira seorang boleh makan cuma 3 saja jadi kita orang tak makan lebih lah mama. Anak-anak, nak terduduk saya mendengar terus saya cakap lain kali nak makan ambil saja mama tak marah........





Tuesday, July 17, 2012

RAHSIA SEDAPKAN KUAH LAKSA........


Buat laksa lagi, kebetulan masa pergi pasar selayang untuk cari bahan-bahan hubby buka satu rahsia ada seorang teman beliau beritahu nak sedapkan lagi kuah laksa masukkan ikan sardin dalam tin so saya cuba hasilnya sangat memuaskan hati saya, sedap memang sedap..........




( laksa bersama bali ais........)



( ikan sardin ini dihancurkan biar kasar-kasar)




p/s - tengok masterchef malam tadi kreatif sungguh dato fazley, patut dia menang.............

Monday, July 16, 2012

KELUAR BER 3 AJA....


Tinggal saya, hubby dan aeish saja anak-anak yang lain pergi bercuti so petang semalam kami pergi jalan TAR. Kena cari juga padanan kain kosong untuk baju raya saya kalau tidak pakai baju aja ha..ha...

Ingatkan hari ahad tengok jam pukul 5 petang clearlah jalan,  rupanya tidak jem dari chow kit menuju sana tension betul. Nak cari parking satu hal pulak ini semua nak shopping sebelum ramadhan gitu. Dapat padanan kain kat Jakel dan tak sangka hubby belikan aeish handbag kecil buatnya, comelnya.....










Sebelum balik singgah secret recipe di Tkt 6, SOGO





( saya punya - Lasagne Beef )


( hubby - Veitnam Beef  Ndl Sup )


( Cream Brulee Cheese )


( Iced Lemonade )







Saturday, July 14, 2012

PERGI MELAKA..........


Bukan saya yang pergi melaka tapi anak-anak bersama mak dan adik-adik saya kiranya famili trip juga. Mak memang dah lama berhajat nak bawa cucunya jenjalan ke melaka ini gara-gara rombongan yang mak pernah ikuti dulu katanya seronok kalau dapat ajak cucunya so hari ini hajatnya tercapai tapi saya tahu mak terkilan sebab saya, hubby dan aeish tak dapat ikut kerna hubby kerja cutinya tak boleh nak ejas........






Semoga anak-anak gembira dengan percutian selama 2 hari, dengarnya banyak tempat yang akan mereka semua lawati tak sabar nak tengok gambar mereka, saya pun ada plan dengan hubby nak 'window shopping' ha..ha....



( kasihan kami berdua ni hik..hik.... )

Friday, July 13, 2012

TERIMA KASIH...........



Hanya ini yang dapat saya luahkan padaNYA............



TERIMA KASIH............






Thursday, July 12, 2012

CITER ROMBONGAN AMZAR


Seronok dengar amzar cerita kisah rombongan tadika ke pusat sains dan kilang vitagen. 5 orang pelajar yang tidak diiringi ibubapa tau penjaga termasuk amzar dalam rombongan tersebut. Jam 11.30 pagi bertolak.

Pusat sains tempat first yang mereka singgah, budget untuk tengok dinasour tiada so jalan-jalan di tingkat bawah sajalah. Selepas itu baru menuju ke kilang vitagen pula




Menurut cerita amzar lagi dari jauh dah nampak botol vitagen yang sangat besar, dapat vitagen free lagi nak hadiah lebih lagi kena jawab soalan yang diberi. Amzar dan 4 lagi rakan beliau dapat hadiah sebab jawab dengan betul yang lain mama menangis sebab tak ada hadiah dan inilah hadiah yang amzar dapat...........





(FM Bgn Sultan Abd Samad pemberian ibu rakan amzar - tq buat ibu haikal tambah 1 lagi koleksi mama)





(afnan dan aeish pun dapat juga)