Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

TEMAN ALAM MAYA KU......

Friday, November 30, 2012

CREPE DURIAN SAYA PULA........


Salam Semua....

Kejapnya hari jumaat, rasanya esok opis cuti boleh jenguk aiman dan azeem kat umah MIL di Puchong. Rasanya dah banyak kali mereka call tak datang sini ke...rindulah dengan adik-adik

Bukan mama/papa tak nak datang sana, tujuaan hantar umah MIL pun sebab beri motivasi kat mereka jangan asyik nak main saja...kan sekarang dah tahu hari-hari mesti hafal sifir kena selalu ulangkaji matapelajaran, esok mama/papa ok......

Baru hari boleh cerita pasal crepe durian saya, buat crepe durian ni ahad lepas dan kebetulan mak beli 2 beg plastik durian dalam hati memang tak sabar-sabar nak try buat sendiri crepe durian yang tengah femes sekarang ni.

Resepi ambil dari blog Kak Izah KLIK SINI cuma bahagian isi dalam buat sendiri letak whipping cream dan isi durian saja......tq Kak Izah






Dapatlah dalam 12 ketul crepe durian hari tu. Simpan dalam freezer dulu dah sejuk baru dibenarkan makan he..he..kalau aiman dan azeem tahu ni mesti mereka marah tak simpan untuk mereka. Nanti mama buat lagi ok Afnan minta buatkan kaler hijau pula......





T.E.R.I.M.A  K.A.S.I.H sudi singgah sini...........


Thursday, November 29, 2012

PHOTO MAGNET DARI KASIH FIZALYA......


Salam Semua........

Petang kelmarin balik dari opis tengok ada sepucuk surat atas meja, hati berdebar-debar untuk membukanya.......

Terima kasih yang tak terhingga buat rakan  Ya ALya dari blog KLIK SINI  diatas pemberian photo magnet  buat Lagesi Qhaifa cantik sekali, memang suka sangat.....

Semoga persahabatan kita kekal abadi selamanya, amin........





(kata-kata dari Ya ALya sangat terharu....semoga persahabatan kita kekal abadi selamanya, amin...)



(tak sabar nak letak kat freezer, bertambah lagi FM.....)


p/s - Ya ALya setem 50 sen pun sampai juga, alhamdulillah......



T.E.R.I.M.A  K.A.S.I.H sudi singgah sini...........


Wednesday, November 28, 2012

WW - MENU AHAD LEPAS....


Salam Semua....

Ah, lega baru boleh bernafas sekejap..2 hari bizi menyiapkan dokumen tender yang tutup hari ini...hati pun tak tenang tak dapat BW rumah rakan-rakan....bila tender yang melibatkan dengan harga ini kena buat dengan berhati-hati, kalau tidak habislah kita.........

Alhamdulillah masalah blog dah selesai, baru ada mood untuk berblog.....

Ahad lepas masak  lunch tengahari kami sekeluarga.....



(singgang ikan kembung...yang ni Nur yang masak........)



(kepak ayam masak kicap my hubby yang masak.......)





(ais kerim ini ikut kretiviti masing-masing.....)


T.E.R.I.M.A   K.A.S.I.H  sudi singgah sini..................

Tuesday, November 27, 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU (SHARMA/DIN)........


Salam Semua........


Selamat Pengantin Baru buat adik sepupu hubby Sharma/Din...majlis kenduri kahwin diadakan di Bandar Baru Kangar Pulai, Johor 10hb - 11hb Nov 2012.......... 

Setelah 3 tahun baru datang Johor balik.........





(kena bayar tol dulu.....)





(bab ni yang tak tahan..anak-anak asyik ulang ke sini.....)


Anak-anak seronok hari tu sebab jadi sebahagian crew pada majlis kahwin nih (tolong cuci cawan, angkat cawan)









T.E.R.I.M.A   K.A.S.I.H  kerna sudi singgah sini..............

Saturday, November 24, 2012

ALHAMDULILLAH...


Salam Semua.......


Petang ini dengan gigihnya cuba menyelesaikan masalah upload gambar penuh dengan tekun sekali....
Cuba untuk buat dengan sendirinya, alhamdulillah kini boleh senyum dan senyum.......
moga semuanya kembali ceria buat saya..................






Jalan penyelesaian buat saya untuk masalah ini dirujuk pada blog KLIK SINI, terima kasih LYAfrina....





Saya berblog ini pun kerna mereka insan tersayang.........
hubby dan anak - anak .............




T.E.R.I.M.A  K.A.S.I.H sudi singgah sini.......................





Friday, November 23, 2012

BERPISAH SEKETIKA......


Salam Semua.......


Blog sunyi sepi 1 2 hari ni...Sekarang dok gigih mendapatkan semula kuota untuk upload gambar..step by step telah dibuat tengah tunggu email dari gmail ni lambatnya.....takkan makan masa 2 hari kot...memang begitu ke???????
moga semuanya pulih seperti sedia kala.......walaupun begitu kunjungan ke rumah rakan-rakan tetap diteruskan.....



Malam tadi MIL datang rumah.....
Bila cuti sekolah ni anak - anak mesti nak duduk dengan atuk/wan mereka........
Bagus juga sebab boleh adik - adik hubby tolong ajarkan Aiman dan Azeem......
Sangat terharu MIL yang sangat beria-ria nak Aiman/Azeem ke sana......
Rumah sunyilah sikit....tinggal Amzar, Afnan dan Aeish......









Wednesday, November 21, 2012

KEHABISAN RUANG FOTO......


Salam semua........


Tengah syok menaip n3, masa nak masukkan gambar tiba-tiba keluar pulak ayat yang buat saya kaget sekejap....... 
Macamana ni.....apa nak buat??????????
Saya perlukan bantuan dari rakan-rakan .........
Apa yang perlu saya buat...............
Adakah saya boleh berblog tapi tanpa gambar...........




***********************************************************
Op! Anda kehabisan ruang. Anda sedang menggunakan 100% kuota 1 GB anda untuk foto. Tingkatkan storan
Foto disimpan dalam akaun Album Web Picasa anda dan disertakan dalam kuota percuma 1 GB untuk foto anda. Storan tambahan yang anda beli dikongsi antara beberapa produk Google dan adalah tmabahan kepada kuota percuma anda.......

**************************************************************

Tuesday, November 20, 2012

MENUJU BANDAR BARU KANGKAR PULAI......


Salam semua.....

...........Sabtu 10/11/12 - 7.30 pagi dah pergi sekolah Azeem untuk hari anugerah cemerlang 2012. Pelbagai acara pagi itu, ada tarian, pengumuman pelajar terbaik sekolah... lepas Azeem terima anugerah saya hubby anak-anak meneruskan perjalanan kami ke Skudai Johor...kalau boleh nak bertolak awal pagi risaukan Afnan yang kena CP, bila hari panas mulalah nanti badan gatal-gatal.....










(yang ni guna hp, jadi warna silver pulak he..he..)



(sblm keluar sapukan calamine lotion kat seluruh badan Afnan...)

Lepas saja tol sg. besi jalan mula sesak hingga seremban, kenderaan bergerak perlahan hubby mula tension bila Afnan merengek badan gatal-gatal...minggu tu cuti panjang sekali dengan cuti sekolah pakat berjalan-jalan semua macam saya he..he..

Dalam pada tu sempat pujuk Afnan nanti kita berhenti kat Hentian Air Keroh makan A & W nak.....




(selesa agaknya bila baju dibuka, tidur pun lena...kasihan Afnan....)





(makan A & W kami tengahari tuh...sambil makan tengok kenderaan lalulalang di bawah jejantas....)



(bila muka Afnan dicuci baru nampak, tak banyak CP yang keluar, alhamdulillah .....)


Sepanjang jalan hujan turun dengan lebatnya, akhirnya kami selamat tiba di rumah Mak Yot hubby di Bandar Baru Kangkar Pulai jam 4.30 ptg, masa tu akad nikah sedang dijalankan.......



(pihak perempuan punya hantaran......)



 (sempat tangkap muka pengantin lelaki aja he..he..)



(cepat salam atuk, hubby apalagi terus jalankan tugas melapah daging lembu....)





Monday, November 19, 2012

IMPIAN DIMAKBULKAN JUA........


Salam semua........

Dah lama tak bertandang  rumah rakan-rakan, rindunya.......

lamanya blog berehat, nampak ada sedikit sawang ni kena cepat-cepat  bersihkan...sesekali dapat cuti panjang memang best dan sekarang dah kembali bertugas......


Jumaat 09/11/12

Saya half day hari tu kepala jadi blur kerna Afnan kena chicken pop, saya dan hubby tak sudah bertukar fikiran dok fikir apa nak buat, last-last saya call mak lang (mak saudara) seorang bekas bidan terlatih minta pendapat beliau. Sebenarnya dari anak sulung hingga ke 5 ni, mak lang tempat saya mengadu jika anak-anak tidak sihat.

Hubby nak bawa Afnan dapatkan injection kat klinik...mak lang kata jangan, mak lang minta saya beli syrup panadol dan calamine lotion (warna pink) sapu pada kulit.....

Entah macamana boleh terlintas dalam kepala nak singgah kedai ubat cina, ini ikhtiar terakhir kami dan alhamdulillah dengan beri Afnan makan ubat cadangan dari mak lang dan herba cina ini nampaknya berkesan.........




pek merah - herba untuk mandi
peket kecil - makan serbuk mutiara campur sedikit air dan minum, sangat baik untuk demam campak 
(RM 10/= satu peket kecil)
saya beri Afnan minum serbuk mutiara dulu lepas 2 jam baru makan syrup panadol.........



memandangkan susah nak dapat daun bambu, saya mandikan Afnan dengan ubat herba ini......




lepas 2 jam baru beri Afnan makan syrup panadol dan sentiasa saya sapu calamine lotion ini...syrup panadol kena makan sebelum anak demam, makan setiap 6 jam sekali........selama 3 hari juga saya beri ubat ini pada Afnan

Alhamdulillah doa kami dimakbulkan jua, CP Afnan mulai kering dan tak banyak CP yang keluar di badan dan muka dan kami yakin dapat meneruskan niat untuk ke Johor keesokkan harinya....syukur padamu ya Allah......

Friday, November 9, 2012

GO BACK TO MY HUBBY HOMETOWN ????????????


Salam Semua........


Pelbagai perkara sedang difikirkan saat ini nak pergi atau tidak. Hari ini hari terakhir anak-anak bersekolah lepas tu cuti panjang saya dan hubby pun ambil cuti panjang seminggu tuh semua demi anak-anak.

Pagi ni Azeem diminta hadir ke sekolah agama sebab dapat anugerah lagi tahniah sekali lagi. Aiman tetap nak pergi sekolah kebangsaan sebab nak salam dengan semua cikgu dan rakan-rakannya, bukannya apa saya minta Aiman temankan Azeem kasihan sorang-sorang ambil hadiah....

Esok sebenarnya nak go back to my hubby hometown di Air Itam Johor sebab dapat undangan majlis kahwin anak Mak Yot ( FIL punya adik perempuan) ini kenduri pertama anak Mak Yot di Skudai, dengarnya nak buat majlis dengan meriahnya...kita tengoklah macamana

Plan yang dirancang banyak tempat juga nak kami lawati dan singgah, nak balik rumah arwah atuk hubby kampung FIL di Air Itam, nak pusing-pusing Johor...masa nak balik KL nanti nak singgah Melaka kejap...tapi sekarang saya dan hubby keliru dan berbelah bagi....semuanya kerna Afnan boboy mama yang ensem ni...

Kisahnya begini pagi tadi masa saya nak mandikan Afnan untuk hantar ke taska nampak ada bintik-bintik merah dibahagian depan dan belakang malah ada 2 bintik yang berair, sebenarnya takut nak fikir adalah ini chicken pop bila saya perhatikan betul-betul kemungkinan tu ada, check dengan taska tiada budak kena chicken pop....ya allah masa ni pula Afnan kena, ini dugaan buat kami sekeluarga..kami redha

Saya tak hantar Afnan ke taska takut berjangkit pula dengan budak-budak yang lain, hanya hantar Aeish sorang kasihan Aeish selama ini tak pernah berenggang dengan Aciknya...

Plan nak balik Johor esok lepas Azeem ambil anugerah pelajar cemerlang di sekolah kebangsaan dan sekarang banyaklah yang difikirkan, ya allah ya tuhanku moga ada jalan penyelesaian buat kami, amin..amin















Thursday, November 8, 2012

BAIK UNTUK ANAK-ANAK KITA.....


Salam Semua.......


Perkongsian ilmu buat semua dan diri saya juga.........









AEISH ADA KAWAN, SIAPA TUH....


Salam Semua........


Masa besday aeish baru ni, saya ada jemput kawan aeish, elok mereka sampai hujan turun dengan lebatnya malam tu...

Alhamdulillah, aeish mudah berkawan mungkin duduk ditaska pelbagai peringkat umur ada, bila jumpa kawan yang sebaya dengannya mesti nak usik, senyum kadangkala siap melambai tangan kearah mereka padahal tak kenal pun...

Sekarang aeish dah 3 tahun dan kebetulan  anak jiran saya juga sebaya dengannya, jom tengok siapa kawan aeish ni.......




  






Ariana Qistina Binti Rahmad 
(minta maaf sayang kalau auntie salah eja....)
3 tahun sebaya aeish
 ada nama manja tau NA O MEI.......
dua-dua sungguh comel.............






Wednesday, November 7, 2012

TURN AZEEM PULAK.......


Salam semua........


Alhamdulillah dan rasa amat bersyukur padamu Allah di atas kurniaan ini........

Kejayaan berganda buat diri saya dari anak-anak tersayang kerna cemerlang dalam matapelajaran disekolah...

Tak sabar azeem nak beritahu saya, baru sampai rumah terus call mama...katanya

  • mama, angah dapat anugerah pelajar cemerlang dan bijak kat sekolah......
  • mama, angah periksa no. 2, tahun depan naik kelas sekarang kelas no. 3 nanti naik kelas no. 2 pula iaitu 3 Bestari.....
Semalam dapat surat dari pihak sekolah minta azeem hadir bagi anugerah tersebut. Tahniah Qhaifa Nur Azeem dari mama papa......





(azeem dan aeish........)










Tuesday, November 6, 2012

PENGORBANAN ABAH.....


Salam Semua.......

Sabtu lepas ke rumah MIL di Puchong, atuk yusuf minta hubby guntingkan rambutnya. Sekarang cuaca tak menentu dalam perjalanan melalui MEX hujan lebat sepanjang jalan. Masa nak sampai tol putrajaya FIL call hubby katanya addha (adik bongsu hubby) kemalangan di Presint 8 berdekatan balai bomba terus kami menuju kesana. Adik hubby ni baru dapat lesen 'P', itulah yang merisaukan hubby.

Menurut citer adiknya kejadian berlaku lepas hujan  masa tu di traffic light kereta adik hubby telah melanggar bahagian belakang wira yang sedang berhenti. Wira berkenaan bahagian bumpernya yang rosak,  kereta adik hubby teruk juga. Kerete ni pula milik adik perempuan hubby. 

Perkara nak terjadi bukan boleh dielak. Disinilah pengorbanan seorang abah buat anaknya semasa membuat report di balai polis putrajaya, FIL telah memberitahu beliau yang melanggar wira tersebut. Sayang abah ketat-ketat.........









Lepas kejadian tu kami terus ke rumah MIL, alhamdulillah atuk yusuf makin bertambah sihat, ada kalanya berkerusi roda pusing-pusing sekeliling rumah. Makan pun dah berselera, dengar atuk yusuf ada sekali lagi rawatan dengan doktor lepas tu nak balik kampung di Jelebu dah lama tak tengok keadaan rumah, atuk yusuf akan tinggal dengan MIL saya yakni anaknya di Puchong.