Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

TEMAN ALAM MAYA KU......

Thursday, May 31, 2012

JERUK MAMAN.......



Ada yang makan ke???????

Saya makan pun belajar dari my hubby, sedap tau makan dengan nasi panas dapat pulak cicah dengan bawang, cili padi dan perahan air limau + budu, memang meveles ha..ha..ha... 

Sempatlah tengok MIL buat.....













dah siap dan simpan dalam peti ais..........

Wednesday, May 30, 2012

KERJA RUMAH AEISH........



Sekejapnya rasa aeish dah makin besar dan bijak...........

Salah satu kerja rumah yang saya ajar susun sudu yang sudah dibasuh. Kalau dipanggil adik cepat tolong mama susun sudu, sekejap aja dah datang, alhamdulillah....












p/s - abang-abangnya pula sekarang kena lipat kain dengan mama setiap malam...........

Tuesday, May 29, 2012

MANGO CHILI.....


Petang semalam bawa anak-anak pergi Wangsa Walk. Nasib baik senang dapat parking kalau tidak memusinglah kami dahlah sini kawasannya padat. Kami singgah makan di Mango Chili, Thai Combo Set jadi pilihan semalam. Makan masakan Thai pulak....

















Biasalah budak-budak time makan pun nak bergurau-gurau tak semena-mena tangan afnan terkena gelas air sparkling manggo apalagi tumpah, nasib baik time tu orang tak ramai, anak-anak sabar aja lah.









p/s - semalam masuk guardian nak beli set safi rania gold sedihnya set tu dah habis...kena cari di tempat lain lah. dalam hati tetap nak beli juga....

Monday, May 28, 2012

AMZAR DAPAT LAGI HADIAH.......



Jumaat lepas Amzar dapat hadiah lagi dari cikgu. Kali ini dari cikgu Anis pula. Ada Amzar gi tau saya rupanya betul........




Hadiah dari cikgu Anis untuk pelajar cemerlang lagi. Murid 5 tahun 3 orang dan 6 tahun 3 orang juga yang dapat........Alhamdulillah semoga Amzar terus cemerlang lagi.....










p/s - setiap setengah jam mesti call anak-anak kat rumah, lega sikit sebelum kuar kerja dah masak nasi goreng + ayam goreng untuk mereka bertiga, hari ni nenek tak ada pergi melaka.......

Friday, May 25, 2012

RUPANYA KAU...........


Ngapalah bila jalan berbunyi je kereta ni, hubby berhenti juga tengok tapi ok saja. Kebetulan masa hantar servis baru ni member hubby nampak ada paku kat tayar bekalang sebelah kanan.

Kalau gitu dah 3 minggu kau paku duduk melekat kat situ, sekarang dah cabut dan tampal tapi hati tetap tak best juga walaupun hubby kata ok tak ada apa-apa tu........





p/s - bukan apa cuti sekolah nanti nak berjalan jauh sikitlah insya allah.......moga semua ok.

Thursday, May 24, 2012

PISANG NANGKA GORENG.......



Menu buka puasa petang semalam



pisang nangka goreng + air cincau......


Ini sudah semestinya ada setiap kali lepas goreng pisang permintaan anak-anak............



kerak tepung goreng








Wednesday, May 23, 2012

ASAM PEDAS IKAN PARI.............



Minggu lepas pergi rumah MIL di Bandar Nusaputra, Puchong. Hubby, mak gan abah awal pagi dah keluar pergi pasar kat salak tinggi. Seronok datang pasar ni banyak sayur kampung yang dijual. 

Menu hari tu asam pedas ikan pari dan goreng cendawan segar kebetulan masa hubby beli ia baru saja dipetik, memang sedap dan manis bila dimasak.........










Memang disinilah tempatnya gantung ikan yang telah disalai atau ikan masin di rumah MIL untuk elak dari  Cik T......





ini ikan talapia yang telah disalai tunggu nak masak saja......


Tuesday, May 22, 2012

DSLR AIMAN.......


Aiman ni seorang yang kreatif, ada saja benda yang dia akan reka. 
Baru-baru ni aiman hasilkan DSLR untuk dirinya.





(sama tak...lebih kurang samalah tu.....)











p/s - alhamdulillah hari ni aiman dan mama puasa sunat............

Monday, May 21, 2012

PARADOKS............



Dalam banyak-banyak buku ini, Paradoks jadi pilihan saya untuk baca dulu. Buku ni hubby yang beli dan saya telah habis membacanya. Sedikit ulasan tentang buku ini ia tentang dunia politik.........






Sebuah novel konsipirasi, skandal seks, rasuah dalam politik, kepercayaan syirik, fitnah dan falsafah hidup baik untuk direnungi.


Sinopsis

Ariffin ialah seorang ahli teknokrat berpendapatan tinggi dipilih menjadi ahli parlimen pada pilihanraya ke tujuh. Isterinya, Noraini mengharapkan Ariffin diberi jawatan menteri. Akibat dari fitnah, hasutan dan informasi yang salah telah mengugat nasib Ariffin dalam arena politak dan rumahtangganya.

Apabila Ariffin meninggalkan dunia politik dan menjadi usahawan bertaraf jutawan beberapa paradoks telah berlaku dalam kehidupannya.


p/s - dunia politik pelbagai cerita dan kisah terdapat didalamnya, hanya nasib menyebelahi mereka .........

Saturday, May 19, 2012

MALAM NI....MANA SATU PILIHAN KITA



Petang semalam sewaktu balik dari opis bendera negeri kelantan berkibar-kibar dikenderaan para penyokong mereka. Hari ini lagi banyak bendera yang akan kita nampak. Mana tak malam ni final Piala FA 2012..........





Mania Akhir kat Astro pun malam ni juga. Siapalah yang akan menang bawa balik RM 500,000.00 banyak tuh.....nak ucap tahniah siap-siap kat para pemenang mania ok........





Sure hari ini juga jalan sekitar KL banyak yang tutup, lebih-lebih lagi yang menuju ke Dataran Merdeka sebab malam ni juga ada Citrawarna 2012...........




Semuanya best-best belaka....mana satu nak tengok nih...nasib baik kat rumah ada 2 tv kalau tidak pening-pening...........


p/s - malam ni ramai yang akan hilang suara pasal bola , lebih -lebih lagi hero-hero kat rumah ni........

Friday, May 18, 2012

KECIL DAN COMEY BAJU AEISH........


Aeish dapat baju dari hubby. Sungguh kecil dan comey, ia sebesar tapak tangan saya saja






Hari-hari saya pandang bajunya almaklumlah ia sangat kecil. Baju ni akan ikut saiz badan aeish bila dipakai dan sangat lembut kainnya, comey anak mama sorang nih.........










Saya pula dapat jeruk dari penang nih....tak sampai 1 hari dah habis dimakan oleh anak-anak suka sangat mereka....