TEMAN ALAM MAYA KU......

Monday, April 30, 2012

AFNAN...4 TAHUN

Semalam 29/04/2012 sambut bufday Qhaifa Nur Afnan 4 tahun. Kek sponsor dari adik saya nampak special sangat, bila potong rupanya kek rainbow. Rasa teruja sangat sebab selalu tengok kat blog rakan-rakan aja akhirnya saya dapat rasa kesedapan kek rainbow nih...thank you adik





Saya beritahu pada afnan...afnan dah masuk 4 tahun dah besarkan nanti mama belikan botol air baru ganti botol susu nak tak...

Leganya hati bila afnan kata nak..nak.nak...so nanti mama belikan 









Friday, April 27, 2012

ABC MEMANG SEDAPPPP......

Baru ni goreng ikan senangin bersos kicap ABC. Ini gara-gara iklan Chef Zam kat tv lah....terus beli nak rasa betul ke sedap.........





Dah masak sedapnyaaaaa, tak rugi saya beli....anak-anak siap kaut sosnya lagi...

Thursday, April 26, 2012

PENCEGAHAN AWAL LEBIH BAIK



Mungkin sudah tertulis olehNYA bahawa saya perlu jalani ujian pap smear bak kata orang mencegah lebih baik ya tak....

Ingat lagi masa tu saya bawa aeish check bulanan kesihatan, aeish baru 9 bulan dan nurse cadangkan saya buat ujian tersebut tapi disebabkan ada perkara yang tidak dapat dielakkan ujian tersebut tidak dapat saya jalani.....dan bila diberi tarikh baru saya tak hadir pula



Dan semalam bila bawa aeish check kat klinik di usianya 2 tahun 6 bulan saya didatangani nurse hanya untuk isi borang selidik 'mengapa tak ramai wanita mahu buat ujian pap smear' malah ia adalah percuma.

Sekadar isi borang oklah rupanya setelah  diserah kembali borang tersebut, saya didatangani semula nurse  tadi untuk minta nama penuh, no. tel & alamat rumah so saya kena faham-faham sendirilah ya......dalam hati terdetik  inilah masanya yang sesuai untuk saya jalani uijian tersebut elak dok elak harinya tiba jua

Hubby setuju saya jalani ujian tersebut katanya sangat baik untuk kita mengetahui sebarang kemungkinan yang akan terjadi so saya kini hanya tunggu call dari pihak klinik dengan hati yang tenang



p/s - adakah rakan-rakan telah jalani ujian tersebut.............

Wednesday, April 25, 2012

PISANG BAKAR....



Makan pisang bakar satu kenikmatan yang sukar diunggapkan....lebih-lebih lagi apabila dibakar dengan arang

Yang terperanjat sangat anak-anak suka makan bukan sekali diminta tapi banyak lagi...sedapnya pula yup



Tuesday, April 24, 2012

YURAN SRA & KAFA DIMANSUHKAN...

Ini adalah berita gembira buat semua ibu bapa yang menghantar anak mereka ke kelas SRA & KAFA di bawah seliaan pihak JAWI termasuklah saya sendiri............

Mana tidaknya yuran SRA & KAFA sebanyak RM 10.00 sebulan dimansuhkan mulai 1 Januari 2012, cuma perlaksanaannya baru saja diumumkan. Bagi yang telah membayar yuran berkenaan akan dikembalikan semula.




Bagi saya sendiri yang menghantar 2 orang anak belajar di sana berasa sangat bersyukur, malah 6 buah sekolah agama baru di Wilayah Persekutuan akan dibina ini termasuk di tempat saya sendiri Kampung Batu Muda dan dijangka siap 2014. Ia akan memberikan keselesaan buat semua anak- anak kita mencari ilmu agama.

Friday, April 20, 2012

TAK CUKUP RUPANYA, MASAK SEMULA...


Masa pergi rumah MIL sabtu lepas masak sup tauhu....rupanya tak cukup almaklumlah ramai. Baru ni ulang masak semula sup tauhu  dan dalam senyap-senyap en. hubby siap beli tauhu, sotong dan pelbagai jenis bebola tak puas makan katanya kelakar betullah....



Biasalah bila masak sendiri ni suka hati nak bubuh apa, yang pasti sangat sedappp...





Thursday, April 19, 2012

6 JENIS CACING DALAM BADAN KITA....

Inilah ubat yang doctor beri pada amzar bagi membunuh cacing kerana kegatalan dibahagian duburnya....



Apabila saya amati botol ini rupanya tertera 6 jenis cacing yang ada dalam badan kita antaranya :


  1. Cacing Gelang
  2. Cacing Cambuk
  3. Cacing Kait
  4. Cacing Kerawit
  5. Cacing Benang
  6. Cacing Pita


p/s - rasa sayalah cacing ini wujud mungkin dari  pemakanan kita sendiri.......

Wednesday, April 18, 2012

MAKAN MASUK BUKU 3..5

Pagi tadi tegur taukeh restoran kat bawah opis ni....





nur : buat apa tu kak???

taukeh kedai : tengah kira hutang makan...

nur : apa tu????

taukeh kedai : makan dulu bayar hujung bulan...kira hutang makan nur....

nur : boleh ke buat gitu kak...ramai pun

tauke kedai : nak buat macamana.....tak bagi susah, bagi pun susah serba salah dibuatnya...

nur : baik akak ni......

taukeh kedai : minta-minta mereka bayar lah....



p/s - betul ke ada lagi hal-hal sebegini....

Tuesday, April 17, 2012

THE FEDERAL BAKERY



Tak beli pun, semua ini adik ipar hubby yang beri because makciknya taukeh federal bakery.........

Adalah 2 3 kali saya masuk ke kilangnya kat jalan sungai besi, rasa teruja dapat tengok banyaknya roti malah sempat jenguh cara membuatnya.............

Monday, April 16, 2012

KE ULU YAM LAGI....


Sekarang ni rajin benar adik hubby buat plan jenjalan. Sabtu 14/04 ke ulu yam lagi saya lagilah suka sebab dekat dengan rumah 1/2 jam dah sampai kuar awal sikit 9.30 pagi dapat pula tempat yang bagus apa lagi pasang khemah dulu....

Bila tanya anak-anak nak bawa apa spagetti jawabnya so masaklah spagetti kali ni lain sikit masukkan rempah sup/kulit kayu manis dan daun beriyani sedap juga......





Pagi tu pula mendung, rupanya adik ipar bawa 11 ekor ikan keli dan ayam untuk dipanggang lagilah sedap...aiman pula begitu asyik dok tangkap ikan dari mula datang hingga nak balik itulah kerja dia...saya tension tak boleh mandi ha..ha....





hubby perah santan untuk bakar ayam....





















Biasalah bila datang tempat gini berdoa janganlah hujan, last-last jam 3 petang hujan turun dengan lebatnya apalagi angkut anak-anak masuk dalam keta dan kami pun terus balik.....

Friday, April 13, 2012

MASUK FUN FAIR LA......



First time  saya masuk fun fair begitu juga dengan anak-anak demi memenuhi hasrat mak yang nak bawa cucu-cucunya ke sini saya ikutlah.....fun fair sri gombak

Masuk rumah hantu dulu, 2 x pusing  tak takut lagi tiba-tiba keretapinya berhenti keluar 'hantu'  habis diusik badan kami, menangis semua anak takut nasib baik tak ada yang pengsan...memang seram 











Lepas ni turn anak-anak main pula....









Sebelum balik singgah kat gerai ni bagi anak-anak merasa tangkap itik dan dapat hadiah masing-masing








p/s - nasib baik tido malam tak mengigau......

Thursday, April 12, 2012

SUKANEKA TADIKA PARLIMEN BATU


Baru balik dari klinik bawa amzar yang kegatalan dibahagian aham..aham.ahamnya suspect cacing kot nasib baik ok.....hari ni dapat entry pasal sukan tadika kemas zon parlimen batu nih.....

Seawal 8 pagi kuar rumah, kali ni diadakan tidak jauh dari padang perumahan saya kalau tidak jenuh nak pergi. 19 buah tadika dibawah parlimen batu yang bertanding iaitu seramai 850 pelajar yang ambil bahagian..ramainya jenuh nak jaga so ibu bapa kena main peranan untuk bantu cikgu.





sarapan pagi yang disediakan cikgu





Dari rumah dah semangat anak-anak hendak kesini tapi bila sampai padangnya lecah (basah), orang jangan cakap punyalah ramai maklumkan hari ahad semua ibu bapa datang untuk beri sokongan. Bila dah basah tahu - tahulah keadaanya.

Yang tak best para ibu bapa asyik kena mare je dengan urusetia majlis minta jauhkan diri dari anak-anak takut mereka hilang tumpuan so tak dapat nak snap gambar amzar tension..tension dahlah cuaca panas terik hati ibu bapa pun panas juga ha..ha..ha..nasib baik ada gerai jualan dapat hilangkan dahaga...









Amzar masuk 3 acara dan tak pulang dengan tangan kosong....saya tunggu hingga selesai acara jam 3 petang baru tamat....barulah terasa badan dah mula lenguh-lenguh rasa nak cepat je balik berehat, para pelajar diberi hadiah saguhati setiap seorang dapat anak patung nampak senyum juga pada yang kalah tu....















p/s - semua hadiah ni nak digantung buat kenangan.......