Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

TEMAN ALAM MAYA KU......

Wednesday, February 29, 2012

BUAH TANGAN DARI MELAKA

Ini buah tangan dari mak untuk cucu - cucunya. Beli kat melaka sebab baru ini mak telah  ikuti rombongan ke sana. Saya yang dengar citer dari mak rasa excited, lama betul tak jenjalan ke melaka. Comel bila tengok aeish pakai topi nih....suka, suka....









abang dapat baju, kalau bole hari - hari nak pakai


p/s - kata mak lagi rakan rombongan beliau semuanya pakat beli topi bukan untuk cucu tapi diri sendiri....

Tuesday, February 28, 2012

KAMI SEMUA REDHA......

Sudah beberapa hari pak cu masuk wad, saya tak berkesempatan nak pergi HUKM. Semalam dapat tahu pak cu tenat bergegas saya dan hubby ke hospital lagipun hubby kerja petang sempat nak pergi, saya pula minta kuar kejap dan masuk lepas lunch




Sampai pak cu dah koma family ingat pak cu gastrik rupanya kanser perut, operation telah dijalankan dan kini paru - parunya dijangkiti kuman, ya allah terkedu kami mendengarnya. Teringat pada arwah abah dulu beginilah keadaan beliau bila koma, walaupun sakitnya tak sama tapi menunggu penjelasan dari doktor tetap mendebarkan buat kami semua. Semoga arwah abah tenang di sana, amin.........


p/s - terkilan arwah abah tak dapat tengok saya kawin dan tatap wajah cucu - cucunya

Friday, February 24, 2012

KEK AIMAN 10 TAHUN


Sekarang ni bizi sikit sebab tu kuar lambat citer nih...suka, suka je. Sabtu 11/02/12 aiman keluar dengan mak saya  ke hospital tengok adik ipar mak yang sakit kat HUKM...tup, tup, tup bila balik umah siap bawa kek besday dia dan sate (beli di depan Celcom HQ - memang femes sate kat situ) lagi katanya nenek belanja





Walaupun tiada majlis yang meriah dapat sebji kek  pun sudah mencukupi sebab dalam kotak fikiran kita bila besday mesti ada kek...terima kasih buat mak



sayang nenek

Thursday, February 23, 2012

SELALU BERSIHKAN LIDAH.....


Semalam nampak ok je afnan dan aeish nih..tup, tup, tup tengah malam afnan demam dan diikuti aeish pulak, nasib baik sempat call hubby minta belikan panadol untuk kanak - kanak sebelum habis kerja. Jarang sekali beri anak makan panadol jika demam tapi semalam dah tak de ubat panadol pun bolelah.

Pagi tadi terfikir pulak tak payah hantar afnan dan aeish kat taska hari ni, kasihan pulak kat mereka demam - demam nak hantar juga so ajak hubby pergi klinik batu lah...boleh doktor check mereka

Afnan demamnya dah pulih masa nurse check tapi aeish demam, saya tetap juga minta ubat untuk afnan nasib baik doktor tu beri...tq lah dan juga doktor pesan minta saya selalu bersihkan lidah anak - anak untuk elakkan sebarang penyakit....bukan untuk anak - anak saja orang dewasa pun perlu buat







seronoknya dapat banyak ubat....so sayapun cuti hari ini.......

Tuesday, February 21, 2012

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA


Assalammuaikum semua....

Sudah banyak kali A pesan kat B, jangan cuai dalam kerja lebih - lebih lagi kerja B yang menyediakan dokumen untuk tender jangan silap taip harga walau terlebih 50 sen, ia akan terbatal

3 kali mungkin orang tak kisah masuk kesalahan ke 4 angin satu badan dibuatnya, aduh sapa nak jawab nih...
Semuanya gara - gara ini



Susah nak cakap B nih dari masuk kerja hingga nak balik fb sesaja. B tak perasan ke orang sekeliling sentiasa memerhati tapi B buat selamba aja so inilah yang berlaku sekarang mulai hari ini segala tugas - tugas B akan diambil alih sepenuhnya  oleh A. Bila ditanya apakah perasaan B jawabnya tak palah, nasi dah jadi bubur tapi A pula yang rasa serba salah dibuatnya.

Semua itu harus dijadikan ikhtibar buat semua agar lebih berhati - hati di masa hadapan. Itulah luahan rasa A kepada saya

p/s - fb juga paling lama 5 minit lepas tu close.......

Friday, February 17, 2012

SPIRALS MEET BALL



Asyik, asyik speggeti sesekali kena tukar yang lain pula. Kali ni beli spirals bila dah siap direbus cantik pula bentuknya dan berwarna - warni. Untuk sosnya saya tambah meet ball, cendawan butang dan daging kisar

Bagi saya ia tak cepat muak macam speggeti, anak - anak makan begitu saja tanpa sos dah cukup.








Betul kata MIL anak lelaki ni memang kuat makan padahal baru makan spirals, makan pula roti gardenia + lady choice (coklat dan mentega).....budak nak membesar memang begitulah





Thursday, February 16, 2012

NI LAH DIA ..AEISH SEKARANG 2 THN 4 BLN



Pantang nampak basikal ni mesti nak naik punya, kalau difikirkan mungkin belum sampai masanya untuk aeish buat semua itu bukannya aeish tak ada basikal, ada...basikal roda 3

Kalau bab jatuh ni tak payah kira selalu.... basikal yang aeish naik ni saya beli untuk abangnya azeem, sekarang dah jadi milik afnan pula...memang tahan sungguh basikal ni, bayangkan kat rumah ni 5 anak 5 basikal, banyak tuh...

Dan saya juga tak nak lepaskan peluang untuk merakam apa jua gelagat anak - anak, ini semua untuk kenangan saya kemudian hari....












tak sangka aeish bole naik begini...

Wednesday, February 15, 2012

SEMUA KERNA BEG YANG COMEL NI.....



Kerna beg yang comel ni kami semua terpaksa Q untuk makan, pandang sana sini semua tempat duduk penuh terpaksa berdiri hampir 20 minit

Kerna beg yang comel ni kami dapat masuk tv 9 dan tv3 (entah ada entah tidak berangan kot) almaklumlah pengantin kawin dengan anak datuk




Kerna beg yang comel ni anak - anak siap tambah ABC 4 kali

Kerna beg yang comel ni nak juga tengok pengantin tapi dapat tengok yang lelaki je yang perempuan bertapa atas pelamin nak tunggu tolllll.......tak boleh tunggu lama sebab aeish tinggal kat umah cian dia......






Yang pasti memang cantik dan comel beg ni......

Tuesday, February 14, 2012

TELUR IKAN GORENG SOS TIRAM



Tak tahu nak cakap apa sedap, best dan macam - macam lagi....

Yang pasti jangan makan selalu kolesterolnya tinggi ye tak.....






telur ikan sebelum digoreng



p/s - tetiba teringat telur itik masak lemak cili padi.....aduh..aduh

Monday, February 13, 2012

CUTI PANJANG NASIB BAIK ADA AKTIVITI



Ni sebenarnya aktiviti kami sepanjang cuti maulidur rasul baru ni. Memang tiada plan pun nak pergi holiday, kalau ada planning pun dalam bulan jun nanti. Nasib baik cuti baru ni telah diisi dengan pelbagai aktiviti jika tidak tentu boring giller punya. Terasa kasihan pula kat anak - anak tentu bosan duduk kat rumah aja.

Sabtu

Taman Layang - Layang Kepong












Ahad

Berarak ke masjid sempena maulidur rasul







dapat tengok perarakan taman saya tiba di masjid melalui tv alhijrah




Isnin

Ulu Yam lagi...



menuju ulu yam jalan jem di batu caves







BBQ mesti ada



sempat lagi pak cik ni jual madu pada kami


Selasa

Batu Caves

Sudah menjadi kebiasaan tepat 12 tengah malam tembakan bunga api pun bermula, kali ni lagi cantik dari tahun sebelumnya. Walaupun duduk berdekatan batu caves ini first time dalam hidup saya tengok thaipusam. Saya sebenarnya takut bila tengok mereka cucuk sana sini di anggota badan. Hati tergerak nak tengok bila balik dari ulu yam rupanya ramai yang berhenti tepi jalan untuk tengok thaipusam. Esoknya ajak hubby, ini keadaan sebelah petangnya













Friday, February 10, 2012

10 TAHUN SUDAH AIMAN....










Selamat hari lahir buat anak mama yang dikasihi dan disayangi QHAIFA NUR AIMAN BIN KHAIRUL ANUAR hari ini 10/02/2012 genap 10 tahun usia aiman

Semoga aiman menjadi anak yang soleh, sentiasa diberkati dan dapat membimbing adik - adik di masa hadapan...

Selamat Hari Lahir dari kami semua....

Thursday, February 9, 2012

" SEGMEN REVIEW BLOG KAMI "



Tanda sokongan buat Blog Herba Tihara





Tarikh Tutup : 14 Februari 2012 ( jam 6.00 petang)

Hadiah best.........