TEMAN ALAM MAYA KU......

Tuesday, January 31, 2012

NASIB BAIK TAK JADI BABY CNY


Sehari sebelum CNY adik ipar hubby selamat bersalin anak kedua di Hospital Serdang. Dapat baby boy, ini cucu ke 8 bagi keluarga hubby.

Hampir - hampir nak jadi baby CNY tengoklah muka & mata yang sepet macam anak cina. Masa saya dan hubby pergi melawat kat hospital geram sungguh saya tengok baby comel ni..huk..huk..

Kalau uolls nak tahu pak cik & mak ciknya menggelarkannya AGON (singkatan Dragon) suka - suka je yup..






Mohamad Danish Akashah

23/01/2012

3.59 kg

semoga sihat & jadi anak yang soleh ok sayang mak long

Monday, January 30, 2012

AIS KRIM DARI FELDA TERSANG, RAUB



Ni tak habis lagi citer pasai kenduri kawin mas baru ni, semasa saya sampai sana sini saudara mara, sepupu sepapat tengok asyik makan ais krim. Deejay pun sibuk suruh semua tetamu makan ais krim di satu sudut khemah, saya dan anak - anak tidak terkecuali biasalah budak - budak itu yang dituju dulu rupanya ais krim buatan sendiri  bakal mertua salah seorang adik pengantin dari Felda Tersang Raub.

Memang sedap tau tak cukup satu, entah berapa kali kami semua tambah....
















Ni lagi satu cenderahati buat tetamu dari family pengantin, kompon botol madu punya rupanya tidak




>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>



kicap tamin + kalender 2012

Comel botolnya, lama sungguh tak beli kicap ni sekarang ramai yang dok beli kipas udang termasuk saya kalau tak de kipas udang tak sah. Satu masa dulu kicap tamin memang popular ia berubah ikut peredaran masa...betul kan..kan..kan

Friday, January 27, 2012

27/01/2012 - SELAMAT HARI LAHIR HUBBY



Tiada ungkapan yang dapat saya luahkan selain mengucap syukur padamu ALLAH di atas kurniaan ini

Saya dan anak -anak mendoakan semoga hubby diberi kesihatan yang baik, dijauhkan dari segala bencana/bahaya dan sentiasa dimurahkan rezeki buatnya. 



Hari ini 27/01/2012 ulangtahun kelahiran hubby
 Khairul Anuar Bin Taha...................



Selamat Hari Lahir


Sayang Selalu 

Dari- Qhaifa - Qhaifamu

Thursday, January 26, 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT MASRIZA & IWAN



Lega rasanya tak kerja sabtu hari tu (21/01/12) dapatlah pergi rumah pak ngah (abang mak) & mak ngah kat wangsa maju, adik sepupu nak kahwin 

Tahniah mas dan irwan, selamat pengantin baru & selamat menempuh alam perkahwinan....semoga kekal hingga hujung nyawa










Cantik mas, tema warna yang dipilih biru turquoise semuanya dibuat bawah  satu bumbung pelamin, meja beradap

Anak - anak suka tengok meja yang disediakan untuk keluarga pengantin lelaki siap ada sangkar burunglah mama dan air pancut warna biru, betul mama jom tengok

Bagi saya memang cantik dekorasinya...saya tak dapat tunggu lama sebab hubby nak masuk kerja pula petang itu...















( pak ngah & mak ngah saya baju biru )







p/s - dah besar rupanya adik - adik sepupu saya, lepas ni seorang lagi bakal melangsungkan perkahwinan di perak pula...anak mak andak 

Wednesday, January 25, 2012

5 TABIAT BURUK YANG BOLEH MEROSAKKAN KULIT

  1. Bercakap di telefon terlalu lama
  2. Kerap mengerutkan mata
  3. Penggunaan penyembur rambut (hair spray)
  4. Malas mengganti sarung bantal
  5. Kerap mandi air panas

p/s - betul ke ni...

Friday, January 20, 2012

SENANGNYA BUAT VADEI DARI MAK


Salam semua...sekarang ni baru selesa nak tido malam kalau tidak bahang dek kepanasan , pagi ni hujan pula alhamdulillah....

Masa nak pergi opis tadi lalu kat depan Sekolah Chong Wa Jalan Gombak, jemlah rupanya pagi ni PM kita nak datang sini Kampung Puah Seberang, apalagi seisi turun padang dan mesti nak hulur RM 500 buat rakyat yang terpilih..itu dah rezeki buat mereka, bersyukurlah

Aaaaha....tak sangka dapat jugak belajar buat vadei dari mak kita.  Senangnya mana tak rendam kacang dal hingga lembut lepas tu di blender, potong cili kering, bawang merah dan daun kari. Semua bahan tadi digaul rata bersama kacang dal dah siap boleh digoreng. Makan panas - panas memang meveles....





Thursday, January 19, 2012

FESYEN RAMBUT AEISH SEKARANG



Aeish...Aeish ....dahlah anak dara saya sorang je ni, rasanya kalau orang lain dah bermacam-macam fesyen dibuat untuk anak masing-masing saya pun tak terkecuali

Saya suka buatkan pelbagai fesyen rambut untuk aeish ni dengan harapan biarlah nampak cantik dan kemas tapi aeish tak suka rambutnya diikat tak sampai 10 minit saya buat ia kembali seperti sediakala....aduh tensionnya rasa

Rupanya ini yang aeish nak...rambut disepit dan inilah fesyen rambut aeish sekarang











Wednesday, January 18, 2012

ANYANG OH ANYANG........



Sebenarnya dah banyak kali hubby buat anyang, baru hari ni nak interprem. Kiranya ini makanan tradisi keluarga beliau mana taknya ayah hubby orang johor dan menurut kata hubby orang johor yang selalu buat anyang tapi tak tahulah kalau ada orang johor yang tak makan tau tak tahu....

Kebetulan hari itu saya bakar ikan kembong dan ada balance, memang sesuai buat anyang begitu mudah untuk menyediakannya





Bahannya -

  • Isi ikan kembung (dibakar)
  • Timun (ambil bahagian dalamnya dikaut dengan garpu)
  • Belacan (ditumbuk)
  • Limau nipis (diperah)
  • Cili padi dan cili merah (dihiris halus)
  • Bawang merah (dihiris halus)


Caranya -

Isi ikan kembung digaul rata bersama bahan seperti bawang merah, cili padi, cili merah, belacan dan isi timun serta masukkan perahan limau nipis




Tuesday, January 17, 2012

DAH MAKIN PETAH BERKATA - AMZAR



Teringat pulak cerita kelakar dari Amzar 6 tahun baru ini


Amzar : Mama nak dengar cerita tak....

Mama : Apa dia???????

Amzar : Cikgu tanya Rafikin mana surat beranak awak kan cikgu suruh bawa....

Kawan alang cakapkan mama....mak saya dah tak beranak lagi lah cikgu
           
Cikgu cakap pula yang inilah dia surat beranak.....


Apalagi ketawalah kami anak beranak, biar betul kawan alang cakap begitu.....betullah mama kata amzar

Budak - budak sekarang dah makin petah dah bijak dalam berkata - kata.......memang kena berhati - hati dalam percakapan kita sekarang silap hari bulan kita yang diajarnya nanti




Monday, January 16, 2012

JAPANESE GARDEN & ARNAB...



Kalau datang colmar rugi tak singgah taman jepun. Sepatutnya nak merasa naik kenderaan yang disediakan pihak colmar tapi lama sangat menunggu so kami pun naik kete sendiri lagi senang. Bila dah sampai sini ingatkan boleh bawa kete naik atas rupanya kena jalan kaki termengah - mengah kami semua mendaki bukit untuk ke taman jepun ni......







jumpa orkid hutan

Betullah seperti yang diceritakan oleh rakan - rakan yang pernah ke sini bekalan air mesti dibawa kalau tidak memang tak berdaya nak berjalan nasib baiklah sebelum naik bukit tinggi saya   singgah di petronas sempatlah beli air kotak untuk anak - anak





Semasa nak turun hujan pun turun ingatkan sempat sampai ke kete rupa tidak habis basah kami semua dahlah tu kena berlari dan tempuh bukit yang sangat curam nasib baik tak ada yang tergolek jatuh

Dalam basah - basah singgah pulak kat taman haiwan .....geramnya bila tengok arnab










anak arnab baru lahir






Friday, January 13, 2012

SAMPAI JUGA KAT COLMAR TROPICALE.........



Tak sangka sampai juga kami ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi ni. Jika sebelum ini pernah citer kami tak sempat nak naik sana tup...tup...1 hari sebelum tahun baru 2012 sampai jugak....





Bila dah sampai  bagi sayalah tiada apa yang menarik pun kat sini kecuali dapat melihat bangunan - bangunan ala english / ala perancis je...ye ke, tak kisahlah yang penting dapat merehatkan minda sambil melihat permandangan yang menghijau

Dan bila tiba kat pintu masuk kami terkejut dan ketawa sesama sendiri, bukannya apa tak sangka jumpa adik bongsu hubby yang sedang tunggu result SPM kerja kat sini dan kebetulan pada hari itu ditugaskan dibahagian berkenaan. Dia pun terkejut melihat kami apalagi masuk jelah kira free gitu....

TQ Pak Su Adha kata anak - anak saya.....