Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

TEMAN ALAM MAYA KU......

Wednesday, October 31, 2012

CITER SEBELUM KORBAN......


Salam Semua............


Lepas jumaat jam 3 ptg lembu 9 ekor untuk korban sampai kat surau perumahan saya. Kebetulan rumah pun bertentangan padang dan surau zoom gambar dari rumah saja.

Anak-anak sepantas kilat keluar nak tengok lembu korban, sekor demi sekor dibawa turun dari atas lori lalu diikat pada pokok mengikut nombor yang telah diatur.

Peristiwa yang tidak disangka berlaku lembu no. 5 telah terlepas dari pegangan tuannya kerna tali pengikatnya pendek, memang bernasib baik hari tu lembu tu tak kemana hanya berlari dalam kawasan padang menjeritlah penduduk taman yang hadir termasuk saya yang tengah zoom gambar dari rumah.




(9 ekor lembu utk korban dah sampai...........)



(inilah dia lembu yang terlepas tu no. 5.......)



(tetap datang ke arah kawannya..........)


Hampir 1 jam saya menyaksikan adegen yang cemas ini (cemaslah sangat he..he..), alhamdulillah mungkin lembu ni tahu ia akan dikorbankan, ia akan datang balik ke lembu-lembu yang lain merintih nasib agaknya. Bila tuannya datang untuk menangkap mesti ia akan lari dalam hati bila nak selesai ni hari makin petang, masih ada 4 ekor lagi atas lori........

Bijak juga tuan lembu ni dibawanya masuk lori dan diparking betul-betul depan lembu tadi dengan tidak disangka-sangka lembu tadi terus melompat naik atas lori, apalagi dengan cepat-cepat pintu besi ditutup rapat. Rasa bersyukur sangat masa tu semuanya telah selesai dan akhirnya semua 9 ekor lembu selamat diikat hanya tunggu masa untuk dikorbankan....





(lori diletak betul-betul depan lembu, tengoklah lembu tu siap pandang lagi rakannya yang ada atas lori..........)



(tak sangka ia lompat atas lori, alhamdulillah.........)


Kalau semua nak tahu inilah lembu korban kami adik beradik, lembu no. 6...............





( sebahagian  lembu-lembu sedang lepak-lepak........)



(amzar dan aeish tolong jaga lembu mama ok.....)

Tuesday, October 30, 2012

AIDIL ADHA KAMI PULA.......


Salam Semua.......

Hari ini baru ada mood nak citer aidil adha kami pula. Sambutan raya kami sederhana saja sempat masak rendang ayam hijau, ada kek lobak, tauhu goreng, serunding ayam,  kuah lodeh serta nasi impit.

Raya haji sambut kat rumah mak sebab esoknya kami ada buat korban. Hubby pula kerja hanya anak-anak dan adik-adik penyeri suasana raya.




(hanya gambar ni yang sempat diambil, susah betul nak bergambar...........)





(antara menu raya kami..........)



(duduk lepak depan tv sesaja, selagi lembu korban tak sampai macam tu lah........)



(bersama ahmad afif, anak adik lelaki saya (baju oren)..........)



Yang paling best tahun ini hubby buatkan kami sambal kicap (orang johorlah katakan...) makan dengan tauhu goreng, sedapnya...........









p/s - rasa sangat terharu dan ribuan terima kasih buat semua rakan-rakan blog yang wish birthday nur semalam.........

Monday, October 29, 2012

MY BIRTHDAY......


Salam semua....


Kenapa Nur hari ini gembira dan ceria....sebenarnya today is my birthday


29/10/2012 birthday saya, apa-apapun nak wish pada diri sendiri dulu

Happy Birthday To Me........


Hari ini rasa sangat bersyukur ke hadrat illahi, saya masih bernafas lagi di dunia ini dapat melihat keindahan alam yang indah ini, dapat lagi melihat anak-anak membesar di depan mata dan dapat lagi menjadi isteri yang solehah buat suami tercinta..............

Insya allah hari ini dan seterusnya akan menjadikan diri ini lebih terbaik lagi, insya allah..............





Wednesday, October 24, 2012

TAHNIAH BUAT AMZAR....


Salam semua....

Masih ada mood lagi ke sekarang maklumlah jumaat dah raya haji......

n3 masih citer amzar lagi semalamkan tergantung he..he..saja bagi suspen. Amzar ni walau kecil molek tubuhnya bila buat sesuatu kerja memang tekun dan teliti. Dari tadika 5 tahun masa tu guru kelas Cikgu Faezah selalu dapat pujian tentang hasil kerja sekolahnya. Masa tu dok anggap biasa saja

Bila masuk tadika 6 tahun pula sekarang guru kelas Cikgu Nur Hayanah, pujian dari cikgu sentiasa saya dengar, dari situ dah nampak keperibadian sebenar amzar, alhamdulillah.......

Yang tak best pula tak dapat markah tinggi atau tiada pujian dari cikgu mesti menangis, itulah dia Qhaifa Nur Amzar........





Masa mini konvo baru ni 2 X amzar naik pentas, saya nampak amzar sedang beratur bersama 2 lagi rakan sekelasnya (perempuan)...tanya kat cikgu ada apa pulak ni...jawab cikgu ini untuk anugerah pelajar cemerlang pula. 

Memang tak sangka amzar dapat anugerah ini sebab stail Cikgu Nur ini dia memang tak akan cakap awal, apalagi terkejutlah saya hari itu...tahniah amzar dari mamapapa, bangga dengan pencapaian amzar, moga terus cemerlang lagi........



(comel betul anak mama ni....beratur bersama 2 lagi penerima anugerah pelajar cemerlang......)



(hadiah disampaikan oleh ketua wanita umno parlimen batu........)



(gambar kenangan atas pentas......)



(sebelum balik semua pelajar naik atas pentas nyanyi lagu 1 Malaysia, sungguh bersemangat......)



(selepas acara tamat aiman sempat ambil belon, punyalah banyak........)





(ini antara hadiah yang diterima oleh amzar hari itu............)



p/s- tamat sudah amzar tadika 6 tahun, tahun depan masuk darjah 1, alhamdulillah dapat satu sekolah dengan abang-abangnya.............

Tuesday, October 23, 2012

MAJLIS KONVO TADIKA AMZAR.....


Salam Semua......


Hadiri majlis mini konvokesyen murid 6 tahun tadika kemas tempat amzar belajar pada 21/10/2012 jam 8 pagi. Majlis diadakan di Dewan Komuniti Taman Keperasi Polis Fasa 2 bersama 4 buah tadika kemas dibawah Parlimen Batu.

Maklumlah majlis buat hari ahad dikesempatan ini ramai ibubapa yang hadir bersama keluarga dan anak-anak memang riuh rendah majlis tu. Hanya saya dan aiman yang hadir, hubby ada hal pergi pahang, anak-anak yang lain tak ikut saya tinggal dengan adik-adik.....





(first time saya masuk dewan ni selalu pandang dari luar saja...banyak majlis kawen dibuat kat sini....)



( senyum jangan tak senyum amzar....)



(setiap tadika perlu buat 1 persembahan...boria dari tadika amzar )
(ini tengah tunggu giliran......)



(boria dari tadika kemas taman batu muda, siap ada tongkat kecil lagi.......) 



(ready untuk ambil sijil dan cenderahati.........)



(sempat snap gambar sebelum salam, time salam terlepas ambil sebab kamera buat hal pula....)



(bergambar dgn rakan-rakan, lepas tu bekas scroll pulang balik (kosong saja sijil pun tak ada akan diberi kemudian...)



Persembahan dari murid-murid tadika mencuit hati kami semua yang hadir. Time anak masing-masing buat persembahan atau ambil sijil semua ibubapa meluru ke depan untuk ambil gambar terlindunglah tetamu kehormat hari tu memang tak boleh cakap apa termasuklah saya he..he..

Bila amzar selesai buat persembahan dan ambil sijil, ingatkan nak balik tapi saya diberitahu oleh aiman cikgu suruh saya tunggu.......

aaaaaaa kenapa pula yup nanti saya beritahu tungguuuuuuuuuuuuuuuuuu..........


Monday, October 22, 2012

AEISH POTONG KEK.....


Salam Semua......


19/10/12 jam 8 malam kami semua meraikan besday girl aeish ke 3 tahun. Simple tapi meriah bersama seisi keluarga dan jiran berdekatan saja. Malam tu pula hujan turun dengan lebatnya, kira hujan rahmat juga.....





(kek aeish sponsor dari adik bongsu saya, sedappp.........)



(menu malam tuh simple - domino pizza 4 jenis, spiral pasta, nugget & kentang goreng...)





(seronok aeish potong kek.......)
(teringat pula aeish ada crown terus pakai........)





(tetamu cilik aeish malam tuh..abang-abangnya, seorang anak buah dan 2 orang anak jiran ..........)

Saturday, October 20, 2012

CELOTEH HARI SABTU.....


Salam Semua.......

Ingatkan opis tutup rupanya buka so kena kerjalah sebab nanti ada orang LHDN Bahagian Tax nak datang opis kena prepare apa yang patut........ 

Aiman pula ada kelas kokurikulum pagi ni lepas tu baru kami gerak pergi Puchong rumah MIL, dengarnya atuk yusuf asyik sebab nama kami semua he..he.. rindu lah tuuuu..... 

Dari tingkap opis saya nampak bendera kelantan berkibar pada kenderaan masing-masing, saya pula yang berdebar pasal bola malam nanti, apa-apapun semua tak sabar yup.....

Pada semua kengkawan selamat berhujung minggu........




Friday, October 19, 2012

BESDAY GIRL 3 TAHUN......


Salam Semua.....


Hari ini 19/10/2012 besday satu-satunya puteri kesayangan mama papa siapa lagi 
Qhaifa Nurin Aida Aeish Binti Khairul Anuar....... 
ke 3 tahun.........

Pagi tadi bawa aeish pergi KKIA check up 6 bulan sekali, alhamdulillah tiada masalah tinggi naik, berat pun naik tapi mama kena kasi gemuk sikit aeish biar cantik kata nurse tadi.......


Ini pula luahan mama buat aeish busyuk.......

  • kehadiran aeish penyeri mama papa dan abang-abang
  • kehadiran aeish menjawab persoalan semua "adakah mama tiada rezeki menatap wajah seorang puteri sendiri"
  • kehadiran aeish akan jadi peneman mama dikala sunyi, sahabat malah pendengar setia mama nanti, insya allah.............





selamat hari lahir sayang....
semoga membesar dengan sihat, selalu dimurahkan rezeki dan menjadi seorang anak yang solehah........



Thursday, October 18, 2012

SATAY KLASIK.......


Salam Semua.......

Satay Klasik Station ni terletak di Kepong, senang cakap dekat dengan FRIM Kepong. Kami datang sini pun lepas maghrib. Rupanya JJCM pernah singgah cini. 




Sataynya lembut perapan rempah ratus memang terasa bila kita makan. Bila hubby cakap sedap maknanya esok-esok bole datang lagi, cuma kuahnya cair hari itu.

Bila adik bayar taukeh satay tu cakap ' sori hari ini kuah mereka cair ' ingatkan memang hari-hari kuahnya cair, kiranya hari tu terlebih air he..he..

Punyalah sedap sampai 2 kali kami order........





(sebelum satay sampai, sempat lagi bergambar.........)



(selain satay ada mee jawa dan laksa....)



(first order satay sampai.....)



(baki order datang kemudian..........)



(tak cukup, order kali ke 2 pula........)

Wednesday, October 17, 2012

SERONOK DI MACA....


Salam Semua....

Hari ni nak citer keseronokkan aiman, azeem dan amzar semasa ikut adik saya ke family day MACA (Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Jalan Duta  pada 13-14hb Okt 2012)......

Bila ada acara sebegini anak-anak akan jadi peneman adik saya (mak lang) tak kiralah apa jua aktiviti, sebab itulah anak-anak seronok nak ikut mak lang

Selama 2 hari di MACA pelbagai aktiviti telah dijalankan, jom layan gambar.........



Sabtu 13/10/12




(sebelum acara dimulakan penerangan apa aktiviti yg akan dijalankan.......)

(tengah menyanyi mama, best kata amzar......)

(main sorok kertas.......)

(acara paling disukai tiup belon.....)

(dengan penuh gigih anak-anak tiup belon......)

(walaupun belon aiman paling besar tak meletup-letup, last-last dapat no. 2.....)



Ahad 14/10/12



(pagi-pagi bersenam dulu..........)

(seronoknya dapat main paintball.........)



(ambil hadiah, yang kelakar bila dipanggil nama asyik Qhaifa yang keluar mana tak semua nama anak bermula dgn Qhaifa he..he....)



(hadiah masing-masing., kasihan amzar pulang dgn tangan kosong........)

(bila sampai dirumah apalagi sesi buka hadiah, tak sabar-sabar betul........)
(baru perasan tang mata afnan, dasyat betul afnan bole julingkan matanya.....)


(hadiah aiman bakul baju dan lampu tidur........)

(hadiah azeem  lampu tinggi betul.......)



(yang ini hadiah cabutan bertuah adik saya...........)



p/s - dgrnya thn depan family day MACA buat luar KL, boleh ke anak-anak ikut lagi.......