Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

TEMAN ALAM MAYA KU......

Monday, October 31, 2011

Puncak Genting - Strawberry

pagi sabtu ari tu cuaca mendung, nak kuar malas jalan - jalan malaslah pula bukannya apa kalau hujan kasihan anak- anak, no idea mana nak pergi sambut bufday he..he..

terfikir genting tapi tak diluahkan pada hubby.....tiba - tiba hubby kata jom pergi genting, tersenyum seketika..orait lah juga apalagi siap..

tempat first yang kami tuju Genting Strawberry baru dibuka dengar yang terbesar ceritanya, memang besar dan luas tempatnya malah macam - macam ada honey farm, ladang cendawan, sayur sayuran, gerai cenderahati punyalah banyak tak rugi datang sini tak payah pergi cameron...masuk free ok....









strawberrynya manis gitu...sedap tau




petik dan beli = 100 gram RM 6 hinggit......








pokok anggur pun ada


eh..eh..teh pun ada, samalah macam kat cameron

Saturday, October 29, 2011

Hepi Befday ....



Selamat hari lahir to me.....

ya allah terasa kejapnya masa berlalu, terasa baru semalam lahir ke dunia ini...

hari ni ganjak lagi usiaku.......saya berdoa agar tuhan ampunkan segala dosa - dosaku, berikan saya kekuatan dalam menempuh onak duri kehidupan yang makin  mencabar ini

memberikan saya sinar kebahagiaan yang berkekalan disamping suami tercinta dan anak - anak tersayang

dan akhir sekali murahkan rezeki buat kami semua...amin..amin..amin

Friday, October 28, 2011

Seronoknya Buat Puding Tauhu.......


Assalammuaikum buat rakan - rakan semua, semoga semua ceria dan hepi - hepi hendaknya....

Hari ni nak n3 betapa seronoknya saya dan family buat puding tauhu, lebih - lebih lagi anak - anak

Gini citernya ari tu lah rumah mertua ada buat makan - makan sikit, saya dan hubby  fikir nak sponsor apa kat mereka, minta resepi kat adik saya so operasi pun bermula.....



kuah puding ikut suka hati nak letak apa...laici boleh, peach pun sedap..







Jangan kata anak - anak, saya pun bukan sekali bertambah banyak kali juga......


Thursday, October 27, 2011

Perlukah Ada Second Chance??????


Sebenarnya dah lama nak tanyakan persoalan ini.

Perlukah ada atau patut ke diberi peluang kedua atau seterusnya????????

Manusia tidak dilahirkan sempurna kesilapan tetap akan berlaku tak kira dalam hubungan suami isteri, pasangan bercinta dan orang disekeliling kita sendiri....


Wednesday, October 26, 2011

Menu Last Minit.....


Dari pagi tv asyik dok tayang rumah terbuka sempena deepavali.....ari ni kan deepavali, kalau tengok menu yang diberitahu, kita orang melayu boleh pergi tapi tak tergerak pulak hati ni nak pergi sana padahal rumah saya dengan batu caves ni dekat bebenor...

Dalam pada tu dok menung juga apalah yang nak dimasak sebab hubby kerja petang...buka peti ais nampak ada ayam so dapat idea....

>
>
>
>
>
>
>



ayam masak kicap



kobis + sotong

Tuesday, October 25, 2011

Fuji Xerox C3371 Lagi Tu......

suka dan hepi rasanya hati kami semua bila bos gantikan mesin photostat yang baru - FUJI XEROX C3371

mengikut kata si penjual Fuji nilah, mesin ni yang paling canggih dan terkini...ye ke????? mesin ni boleh photostat, scan to pc, printer to pc dan fax lagi....





nampaknya bertambah senanglah kerja kami semua cuma tekan saja..he..he..

Monday, October 24, 2011

Terima Kasih Nenek Belanja MD.......


selamat pagi semua....minta - minta semua cihat dan ceria hari ini

ucapan sebegini seringkali diucapkan oleh anak - anak sebagai tanda terima kasih.....

terima kasih nenek sebab belanja kami semua makan MD, terima kasih papa sebab masak yang sedap - sedap untuk kami dan terima kasih mama sebab bawa kami semua jalan - jalan....

eeeeee.. sejuk rasanya perut mama dengar ayat - ayat sebegini, alhamdulillah...











Saturday, October 22, 2011

Mood Baik........Semua Kerja Cepat

Salam 1 Malaysia dan Selamat Hari Kanak - Kanak pada hari ini, semoga anak - anak kita menjadi pengerak dan pemangkin buat kita semua...amin

Hari ini saya cuti so mood baik tu yang semua kerja berjalan lancar dan cepat he..he..lepas hubby pergi kerja dalam pukul 6 pagi saya terfikir apa nak buat hari ni, yes..yes nak mop lantai rumah dan mengemas senang sikit buat sementara anak - anak tido.....

selalunya semua kerja tu saya akan lakukan pada tengah malam selepas anak - anak masuk tido sekarang tak lagi kot, kalau mother in law saya pulak pukul 4 pagi dah bangun untuk mengemas rumah, aduh lagilah awal katanya boleh relaks awal he..he..

ok semua kerja dah beres dan  sarapan pagi pun dah siap

>
>
>
>
>
>



mee goreng menu sarapan pagi 

>
>
>
>
>
>


aaaha, lantai dah siap tunggu nak susun atur saja.....







insya allah jika semua kerja dibuat dengan ikhlas, jiwa pun tenang dan hati juga gembira.....

Friday, October 21, 2011

Kisah BBQ Kami....

morning  & salam jumaat buat rakan - rakan semua...

ari ni saya nak story entry yang tertangguh lah...apa lagi BBQ kami di Ulu Yam, seperti yang uolls semua tahu minggu sudah saya sekeluarga disertai juga mak dan adik telah pergi berkhemah dan sempat lagi berBBQ serba sedikit...

kami tiba jam 11 pagi ingatkan kamilah yang paling awal rupa-rupanya ada lagi yang awal sampai parking ari tu penuh....almaklumlah sekarang kan musim hujan karang kuar lambat nanti semua plan terbantut, kasihan kat anak - anak pula

bestnya dapat tempat berkhemah dekat dengan air, senang nak pantau pergerakkan anak...apa lagi operasi mandi manda dan BBQ pun bermula..he..he..tapi uolls semua nak tahu tak airnya sejuk sejuknya, tak tahan dek badan saya so tak dapat nak mandi lama - lama...















 menu macam ni dah best buat anak - anak, mana tak makan panas-panas

>
>
>
>
>
>
>

sekitar jam 2 petang hari dah mendung, hujan turun lah, kami semua masuk dalam khemah nasib baik semua bekalan yang dibawa telah habis dibakar, cuma tinggal jagung je.....









so kami semua terpaksa stop segala aktiviti sebab air deras & berlumpur



sempat snap jiran sebelah khemah kami, semua berteduh tunggu hujan berhenti...jam 3.30 ptg packing barang balik sebab hujan still turun lagi...

next time datang lagi....

Thursday, October 20, 2011

Gelagat Aeish Potong Kek...Comelnya

alhamdulillah dapat juga aeish potong kek bufday walaupun simple...makan anak beranak sahaja

apa lagi snap sana sini semuanya untuk gegirl sorang ni, besar dah.... pandai pulak dia buat memek muka ini yang buatkan saya rasa hilang segala rasa kesakitan semasa melahirkannya, betullah orang kata bila anak kita cihat dapat membesar dengan sempurna, dapat pula dengar hilai tawa mereka,  sekelip mata sakit masa lahirkan semua hilang...............itulah dia anak













Wednesday, October 19, 2011

Hari Ini Genaplah Aeish 2 Tahun...



baru balik dari klinik check up aeish, alhamdulillah semuanya ok (berat dan tinggi naik)...lega rasanya

aaaaaa....yang paling rasa bersyukur sekali hari ini genaplah QHAIFA NURIN AIDA AEISH BINTI KHAIRUL ANUAR  - 2 TAHUN......(19/10/2011)





selamat hari lahir buat puteri kesayangan papa & mama.....tiada lain yang diharapkan dan berdoa agar aeish sihat dapat membesar dengan sempurna, selalu dimurahkan rezeki dan sentiasa mendapat rahmat dariNYA...

selamat hari lahir sayang..........