Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

TEMAN ALAM MAYA KU......

Friday, May 31, 2013

BERKHATAN


Salam Semua...


Alhamdulillah, akhirnya pada 27/05/2013 aiman dan azeem selamat dikhatankan di Klinik Sulaiman Talib S/B kat Greenwood.

Tarikh kami yang booking sendiri harga sekitar RM 120-150 saja, ada survey dibeberapa klinik kebanyakkannya tak buat tapi ada 1 klinik tu cecah RM 250 mahal sangat rasanya akhirnya pilihan kami Klinik Sulaiman ini...

Hati rasa lega bila FIL & MIL datang ziarah pagi tuh dapat juga abah temankan hubby, kalau tidak saya yang kena pergi













 Ini sebelum pergi klinik sempat makan lontong....



Azeem



Aiman


Apa-apapun sangat bersyukur sebab keduanya dah selamat berkhatan, sekarang tengah pantang makan, mengeluh sakit adatlah sayang. Semoga aiman dan azeem cepat sembuh



p/s - kata peransang dari nenek sakit mama bersalin lagi teruk dari berkhatan tau.....

Thursday, May 30, 2013

KAFE D' MANGGIS


Salam Semua...


Semalam dah start kerja tapi malasnya nak n3 sebab dah cuti panjang dari hari jumaat hari tuh

Plan nak ke Cameron Highlands tak kesampaian dengan air cond kereta problem, Afnan pula tak sihat akhirnya lepak kat rumah saja. Kalau dulu asal cuti saja kunjungan ke rumah MIL pasti pergi tapi kali ni malas pula.

Malam hari wesak tuh, Afnan beransur sihat dari demam dapat pula ajakan dari adik saya Nurul nak belanja kami semua makan steamboat. Pilihan nak ke D'Islands Subang tapi dah penuh, call pula D'Manggis Kuang penuh juga kalau nak jam 9.30 malam baru kosong, bolehlah...

Santai kami di Kafe D' Manggis, Kuang malam tuh







kenapa nama D' Manggis sebab ada 3 batang pokok manggis kat situ...











banyak pilihan kat sini, nak makan apa ambil saja...
pencuci mulutnya rojak buah dan ais kerim...





operasi grill bermula, berasap sana sini...
tempat duduk kami terbuka tanpa bumbung...



hubby ratah ketam malam tuh...





dah kenyang, terima kasih mak su (yang pegang baby tuh..)



Kafe D' Manggis
254 Batu 17, Kg. Cempedak
Lorong Manggis Kuang
48050 Rawang Selangor

Tel : 03 6038 6844

Wednesday, May 22, 2013

KOLEKSI KERETA KEBAL



Salam Semua...


Afnan : mama jom tengok bilik pakcik
Mama : mama dah tahu banyak barangkan
Afnan : taklah ada banyak kereta kebal


Mula-mula saya tak dapat bayangkan mungkin kereta kebal bersepah kat lantai kot. Kalau nak tahu adik hubby ni baru tamat pengajian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Sg. Besi dan juga telah ditauliahkan Leftenan, tempat kerja dah tahu nun di Sarawak sana




Sekarang tengah asyik kursus sana sini nak jumpa pun susah hingga anak buah yang 5 orang ni rindu-rinduan pada pakcik.

Dengarnya 1, 2 tahun ni kena kursus kat Semenanjung lepas tu baru stay kat Sarawak. Terbang ke Sarawak kami semua yup nanti, bestnya

Berbalik pada citer kereta kebal tadi akhirnya saya pun melangkah masuk ke bilik adik hubby di tingkat atas terpegun sekejap bila tengok banyaknya koleksi kereta kebal tersusun rapi dalam rak yang di buat. Raknya pula cantik sekali, menurut MIL baru buat ni dan dah pesan pada cucunya tengok boleh tapi jangan usik. Ribuan ringgit telah dihabiskan untuk membeli koleksi kereta kebal ini. Kalau dah minat berhabis pun tak kisah kan..kan..








masih ada kosong lagi, lepas ni pasti penuh...




inilah tuan punya koleksi kereta kebal tu
Khairil Erfhan Farhan Bin Taha


Tuesday, May 21, 2013

AKHIRNYA BELI JUA


Salam Semua...


mula-mula kami diberi test 5 hari
tak sampai 5 hari akhirnya hubby beli jua
setelah tengok hasil tapisan air selama 3 hari
sungguh kotor (keruh warna coklat gelap)



blondal pilihan kami



setiap 5 hari kena buang air kotor didalamnya
takut nak tengok kualiti air sekarang......


perbincangan dengan pihak blondal dapat pula diskaun
kami tambah 1 lagi iaitu penulen air Lux Alva 
dengan teknologi lampu ultra unggu pula







sebelum ini tak pernah simpan air sejuk dalam freezer 
tapi sekarang wajib simpan 
semua sebab Lux Alva ini laaa

Monday, May 20, 2013

CERITA HARI SABTU KAMI


Salam Semua....


Balik opis tengok banyaknya khemah depan padang ada orang kahwin ke, bukan hari sukaneka tadika islam bagi tahun 2013

Ada 5 khemah untuk 5 tadika islam bersukan hari tuh. Khemahnya telah dihias cantik dan indah oleh para guru, ada pertandingan khemah tercantik 

Kalau diimbas kembali tahun lepas suasananya sangat meriah sana sini pelbagai gerai ada



bonet kereta tempat Aeish selalu panjat untuk tengok apa yang berlaku di padang...





ini gambar sehari sebelum acara bermula....





Sabtu 18 Mei 2013


Meriahnya pagi itu dengan kehadiran  ibu bapa dan orang ramai, hanya Afnan dan Aeish yang dapat tengok rakan-rakan bersukan 3 abangnya ke sekolah sebab ada program bestari solat

Mulalah Afnan tanya bila tadika kemas Acik nak sukan mama....





suasananya sangat meriah...



macam-macam kami beli yang nak snap gambar sengkuang ini saja....





makan kek  SR adik yang beli nama tak ingat tapi sangat sedap....



ini kek carrot...


Friday, May 17, 2013

CH & TOK DEBOK


Salam Semua...





cantik dan kreatif kad kahwin ni





dapat undangan kenduri kahwin anak penyelia taska tempat saya hantar aeish, kendurinya buat di Cameron Highlands pada 26 Mei 2013....



dalam pada tuh perhimpunan keluarga Tok Debok (keturunan sebelah arwah abah ) buat program juga untuk hari keluarga, tup, tup, tup dapat tarikh 24-26 Mei 2013 juga, macamana nih




maklumat terkini saya ketahui hari keluarga kami ditunda ke satu tarikh lain
 lega rasanya, saya memang nak hadiri
perjumpaan keluarga ini
kerna ini first time perjumpaan keluarga Tok Debok diadakan






p/s - kalau pergi CH seronok juga time tu cuti sekolah nantilah saya fikirkan   


Thursday, May 16, 2013

SELAMAT HARI GURU


Salam Semua...



Selamat Hari Guru
buat semua cikgu-cikgu diluar sana
tak lupa juga buat semua
cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya selama ini  
jasa kalian semua akan saya kenang




malam tadi aiman, azeem dan amzar
pun sibuklah membalut hadiah
nak beri pada cikgu masing-masing



tengoklah hasil kerja tangan my hero-hero
 bolehlah kan
hadiah tak penting pengorbanan dan susah payah
cikgu patut dibalas dengan kejayaan

Wednesday, May 15, 2013

SG. KEDONDONG, BATANG KALI


Salam Semua....


suggestion dari adik hubby
ke Sg. Kedondong di Batang Kali pula
laluan ini juga boleh ke Genting Highlands
airnya sangat sejuk dan bersih
tapi nak datang kena awal
sebab tempat istirehatnya terhad
masa saya sampai famili hubby dah berendam sakan











MIL yang masak nasi lemak + ayam bakar....


2, 3 hari juga hubby sengal-sengal badan
dan sakit pinggang
sebab dok asyik terjun ada tempat tu kita boleh terjun
berani dengan tidak dalam airnya tau

lepas ni kalau berpiknik lagi sure hubby akan beringat
jangan suka sangat sebab umur tu bukannya muda lagi (jangan mare yup abang)
tapi kan kalau aiman atau azeem dapat terjun
suruh berhenti tak mahu
nak terjun bole kena pakai life jaket...





berebut makan maggi...



tengoklah anak dara saya berposing...



aiman dah jumpa tempat sembunyian ikan, jadi nelayan kejap





tak lama kami sampai ada pulak sekumpulan
anak-anak muda datang juga untuk berlatih silat
 ramai pula riuh rendah hari tu...