Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

TEMAN ALAM MAYA KU......

Friday, May 17, 2013

CH & TOK DEBOK


Salam Semua...





cantik dan kreatif kad kahwin ni





dapat undangan kenduri kahwin anak penyelia taska tempat saya hantar aeish, kendurinya buat di Cameron Highlands pada 26 Mei 2013....



dalam pada tuh perhimpunan keluarga Tok Debok (keturunan sebelah arwah abah ) buat program juga untuk hari keluarga, tup, tup, tup dapat tarikh 24-26 Mei 2013 juga, macamana nih




maklumat terkini saya ketahui hari keluarga kami ditunda ke satu tarikh lain
 lega rasanya, saya memang nak hadiri
perjumpaan keluarga ini
kerna ini first time perjumpaan keluarga Tok Debok diadakan






p/s - kalau pergi CH seronok juga time tu cuti sekolah nantilah saya fikirkan   


19 comments:

AYuNG said...

bestnyaaa kak kenduri kat CH tuh.. =)

sambil menyelam boleh minum air nanti...

Tie HT said...

best pegi CH sambil makan kenduri :)

lieyalatif said...

Cantik n unik kad kawin tu kak...ala2 watikah taman dulu2 heheheheh

Sonok kak dpt naik ch...tp akak kene ingat2 gak tau kak...cuti sekolah kat ch tu mmg ramai org...siap boleh jem lagi kat atas tu...so better kak nur plan perjlnn akak kalo jd pegi....

Bestnye kak perjumpaan family...mesti besar2an nanti....

mama maman aka yana said...

wah.. panjang kaki berjalan.. seronoknya.. :)

amirah said...

best kak, kalau dapat pegi Ch boleh cuti2 sekali kan. memang tgh cuti sekolah tu. bolehlah akak book hotel ke sebab takut nnt takde dah

dear anies said...

kreatif la...g CH la kak... mn tau bleh ketemu nnt... ;-)

Kakzakie Purvit said...

Kakak kalau 24 dan 25hb tu memang dapat banyak kad undangan kawen - itu kakak rasa penganjur hari keluarga Nur kena tangguhkan..

hazila said...

Dah macam macam rupa kad jemputan kahwin sekarang ni kan...

-Sara- said...

knduri kawen kt CH? bestnyaa

Qhaifa Nur said...

- (AYuNG)

terkejut juga kendurinya buat kat CH...
menyelam sambil minum air yup AYuNG..

- (Tihara)

jauhnya makan kenduri...

Qhaifa Nur said...

- (lieyalatif)

mula2 dapat terkejut juga lieya, macam wartikah lama...

pernah naik CH masa cuti sekolah memang jem teruk2 sangat..rasa nak pergi hari lain saja...
bila ramai sangat tak seronok pula, semua tempat penuh...

- (mama maman aka yana)

panjang kaki berjalan suka ayat tuh he..he..

Qhaifa Nur said...

- (amirah)

hotel konpom full sekarang...
cuti hujung minggu yang panjang amirah..sekali dgn cuti sekolah..ambik kau Nur ha..ha..

Qhaifa Nur said...

- (KhaiRin : anies)

kreatif kan..
wow naik CH ke, seronoknya anies...

- (Kakzakie)

rasanya macam tuh juga Kakzakie, banyak kenduri kawen...
nasib baik cancel...

Qhaifa Nur said...

- (hazila)

zaman dah moden, semua nak yang terbaik...

- (Sara)

dengar macam best kan..
pergi atau tidak tak tahu lagi Sara..

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

kemain unik lagi kad kawin tu...waa bestnyer pi ch...

Unknown said...

wah syok tu ke CH sana.. lama x pergi.. ;)

Sweet red cherry said...

salam..

uniknya kad jemputan tu..skarang ni macam2 jenis kad yang ada..terpulang pada pilihan masing2.

wahida said...

cantiknya kad...unik...

kalau pegi CH time cuti sekolah sure jammed...huhu...

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Cantik kad kahwin tu...unik..

Seronok gak p CH tu..teringin nak p sana..