TEMAN ALAM MAYA KU......

Friday, March 29, 2013

SIAPA KENA DERA TUH


Salam Semua...


2 minggu lagi audit ISO akan berlangsung kat opis ni jangkanya 08hb April 2013, sekarang kerja banyaklah sikit kena siapkan apa yang patut. Kejap cepat berblog, kejap lambat he..he..

Kalau tengok n3 atas takutnya tapi taklah kena dera siap pukul, pukul gitu cuma kena dera rendam dalam air saja. Siapa yang kena, siapa punya kerja, siapa lagi ini kerja pak long Nadhirah (hubbylah siapa lagi) suka sakat anak buahnya.

Nadhirah (9 bulan), hubby letak dicelah - celah batu kejadian berlaku masa pergi janda baik baru ini tak sejuk tu, lagi suka adalah. Menurut mummynya Nadhirah suka main air sebab itu daddynya pula sekarang rajin ajak kami semua berpiknik






Thursday, March 28, 2013

MAJLIS CUKUR JAMBUL AMNA AFIQAH


Salam Semua......


Majlis Cukur Jambul & Akiqah
Amna Afiqah Binti Ahmad Ghazawi
Tarikh : 24/03/2013
Lokasi :  Saujana Utama 3, Sg Buloh

Selesai sudah majlis cukur jambul buat Amna Afiqah yang merupakan anak ke 2 adik lelaki saya




(Amna Afiqah dan nenek......)


(sebiji muka adik lelaki saya...)
(betullah seperti dikata anak pompuan sure ikut muka bapa...)
(comel.....)


(abah dan umi Amna Afiqah.....)






(bergambar dengan kumpulan marhaban, semua kawan nenek he...he..)
(datang khas dari Gombak....)


(ada kambing bakar lagi....)


(mak saya masak rendang burung puyuh.......)


(dari nenek juga......)


(last sekali tepek gambar Aeish....)

Tuesday, March 26, 2013

DAH PANDAI MAKAN SEKARANG


Salam Semua....


anak - anak dah pandai makan pisang atau ubi keledek yang dibakar sekarang
semuanya gara- gara selalu berpiknik
mesti tak cukup 1 ada tuh siap berebut - rebut lagi
kata papa itulah yang selalu wan atau atuk beri makan dulu
sihat dan bijak hingga kini



(ubi keledek)



(pisang)








p/s - jangan kata anak, mama pun suka sedap....

Monday, March 25, 2013

PULAU SANTAP, JANDA BAIK


Salam Semua.....


Ini cerita minggu lepas kami ke rumah MIL, hubby pula memang dah lama plan nak pergi pasar pagi di Nilai. Jam 7 pagi saya , hubby, FIL/MIL keluar rumah

Dapatlah beli serba sedikit barang untuk masak lunch nanti. Memang saya dengar adik ipar hubby ada ura - ura nak ajak kami semua pergi camping di Janda Baik. Dah semua berpakat nak pergi cepat - cepatlah masak boleh lunch kat sana nanti

Jam 12.30 tengahari semua berangkat menuju Janda Baik, sampai sana jam 2.30 petang cari tempat istirehat yang sesuai, buka juadah dan makan, makan.......







(chalet pun ada bole sewa)





(seronoknya mandi...)



(menu lunch kami sup ikan, gulai pucuk paku, tempe goreng.......)



(anak ikan sepat yang saya beli di pasar pagi nilai, goreng saja tapi anak - anak cukup suka)



(bakar ikan terubuk dan ikan kembung, hubby balut dengan kertas suratkhabar rendam dulu dalam air)



(tempat ni memang dalam, anak - anak mandi digigi air saja kecuali along dan angah)

Friday, March 22, 2013

CENDOL BAKAR


Salam Semua.....


hai, saya Nurin Aida Aeish
saya dah rasa tau cendol bakar ni
kebetulan mak su saya ada kerja luar di Kuala Selangor 
akhirnya saya dapat juga rasa cendol bakar ni
memang sedap seperti diberitahu






(cendol pulut...)



Thursday, March 21, 2013

POTONG KEK LAGI


Salam Semua.....


Mak potong kek besday lagi buat kali ke 2 sebelah malamnya (19/03/2013) dengan dikeliling anak, menantu serta cucu - cucu tersayang

Tak sabar cucu nenek nak makan kek ais kerim BR





(Mint Choc Chip...)





(Memang sedap.....)

Wednesday, March 20, 2013

KENDURI KAWEN & PUTRAJAYA


Salam Semua.....


Aktiviti minggu lepas
Sabtu 16/03/2013

Memenuhi undangan majlis kawen seorang rakan Nor Hanim Mohd Yusuf di Bandar Tun Razak, Cheras











Putrajaya - sebelah malamnya duduk bersama family hubby sehingga jam 12.00 malam

Melihat keindahan waktu malam minggu di Putrajaya memang hepening lokasi berhadapan pejabat PM





(beli rojak sotong, rojak buah, nasi lemak ayam.....)



(gambar gelap sikit tapi meriah dengan kehadian ramai anak - anak kecil bermain mainan......)

Tuesday, March 19, 2013

SELAMAT HARI LAHIR MAK


Salam Semua...


Selamat hari lahir buat Pn. Siti Rahanah Binti Dahalan

Hari ini 19/03/2013 genaplah mak 62 tahun (1951 - 2013). Besday mak dan 2 orang adik yang tarikh lahir jatuh dalam bulan Mac telah kami sambut di Wadi Hadramawt baru - baru ini.

Tiada lain yang saya serta adik - adik pinta semoga mak dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik dan hidup gembira disamping anak, menantu serta cucu - cucu tersayang







(potong kek di Wadi Hadramawt baru - baru ini....)





" Selamat Hari Lahir Mak"

Monday, March 18, 2013

AYAM PENYET RIA


Salam Semua...


Makan ayam penyet ni kebetulan saja lepas keluar tengok wayang kira- kira jam 4.30 petang terasa perut lapar pulak. Kalau boleh tetap nak cari nasi walau dah lewat, anak - anak tak kisah ikut saja

Tak tahu nak makan apa, kami semua melangkah keluar dari wangsa walk masa itulah nampak restoran ayam penyet ria seberang jalan.

Saya pun dah lama teringin nak makan ayam penyet akhirnya tertunai jua





(saya punya...)



(Bakso kuah pilihan anak - anak......)



(Sup ekor pilihan hubby...)



(teh botol...tak cukup 1 order lagi 2....)



(Air soda gembira hubby punya, semua minum pasti gembira...)
(Hanya Amzar sorang tak gembira katanya sebab tak dapat makan bakso dengan penuh semangat beliau cakap, memang berterus terang Amzar ni he......)