Salam Semua...
Macamana ni Batu Caves pun dah tak nampak, memang berjerebu. Teruk sangat kali ini dahlah lama tak hujan tak tahu berapa lama lagi akan begini. Setakat hari ini alhamdulillah kesihatan anak-anak baik.
Sekolah Kebangsaan anak-anak memang cuti hari ini sebab sabtu lepas ada sukan tahunan.
Nak citer sikit pasai afnan 5 tahun ni
Selama seminggu afnan pergi tadika pakai baju sukan katanya ada belajar silat. Saya memang tak tahu afnan terpilih untuk pertandingan silat peringkat negeri bagi tadika kemas. Memang setiap tahun akan ada acara yang dipertandingkan.
Jumaat lepas saya tanya Cikgu Norhayati katanya memang afnan terpilih dari 9 murid pilih 6, dari 6 murid akhirnya seorang saja yang terpilih iaitu Afnan manakala seorang wakil perempuan untuk bola jaring.
Sekarang afnan tengah giat berlatih tak tahu lagi dimana dan bila tempat pertandingan akan berlangsung jangan luar KL sudah.
Ada juga yang lagi kelakar
Guru silat afnan tanya siapa nama nenek sebab macam pernah nampak afnan sebelum ini dengan spontan afnan jawab nenek nama Siti Nurhaliza, mahu tak tergelak semua cikgu kat situ
Akhirnya sepupu afnan yang belajar sama dengan afnan jawab bukanlah nama nenek Siti Rahanah, tersasul ya afnan.
aeish pun nak silat juga....
nasib baik ahmad afif sepupu afnan
tolong betulkan nama nenek..
tolong betulkan nama nenek..
15 comments:
wahhhh kecik2 da pandai bersilat, kagum nyer acik dgn Afnan...
he3 ct nurhaliza yer... tersasul suda...
wah..pasni leh la bersilat dgn abg2nye
hahahahah nama nenek siti nurhaliza? hehehehehe adoiiii gelak sy
boleh jaga adik and mama nanti.. good good... kecik2 dah pandai silat.. cute je nampak..
salah nama ? kelakor saya tersenyum sendiri ni..
- (lia)
memang tak sangka afnan bole silat..
masa dengar dari cikgu ketawa sangat..
- (fairus mohamad noor)
habis 1 rumah bersilat, masak macam ni he..he
- (KhaiRin : anies)
kata cikgunya ni mesti sedara dengan Dato Siti..he..he..
- (JaSSNaNi)
yang tak tahan bila bersilat ni suara mesti kuat...suka bab itu
Hihi... Nur kakak gelak sendiri ni bila nenek Afnan ct nurhaliza tak ke gempak jadinya kelas dibuat Afnan:)
Boleh tahan Afnan ni Nur. Penyertaan silat tu kakak doakan moga berjaya.
moga berjaya masuk silat tu nnti....ada gaya tu kak....
glamer nma neneknya...! hehe
Bestnya kecik2 ada mcm2 aktiviti
tahniah afnan, kecik lg dah pandai bersilat..berbakat la tu..kagum tau acik..semoga nnt menang bertanding ye
waa tahniah untuk afnan...pandai dia bersilat...abang uwais nak belajar ngan afnan bole...
kecik-kecik dah masuk silat...siap dapat wakil negeri lagi..tahniah utk afnan....
wahhh wakil silat.... tahniah..
huhu kak.... pagi ni kalo duk kat tingkap..nampak aje batu caves, ni xnampak pape dah..huhu...
wah pandai Afnan bersilat..Tahniah..buat yang terbaik ye.. ^^
amboi bersemangat betul tu !
Post a Comment