Senyap - senyap saja my hubby bawa kami semua kat sini. Ada kawasan riadah baru nice katanya.
Taman Saujana Hijau kat Presint 11, Putrajaya. Memang sangat cantik permandangan dari atas bukit. Dipenuhi pula dengan pokok - pokok pine dan macam - macam lagi.
Maklumlah tempat baru jadi kawasan kat situ sunyilah sikit. Untuk berjogging memang sangat sesuai.
Nak mencari pintu masuk memang susah sikit. Klu masuk ke kawasan ni bersebelahan balai polis presint 11.
Tak puas sebab pergi pun dah lewat petang. Akan datang lagi....
Tuesday, June 28, 2011
Thursday, June 23, 2011
KETRAMPILAN DIRI
Hari ni nak kongsi mengenai ketrampilan diri. Mungkin ada yang kisah dan tidak. Mungkin dengan ketrampilan sekarang sudah ok buat kita.
Satu lagi benarkah usia kita juga dapat dinilai dari ketrampilan diri?
Benar..sebagai contoh kita lihat pelakon Didie Alias " jangan kita fokus pada seksinya tapi dilihat dari segi imej baru beliau sekarang dari hujung rambut hingga kaki " tak sangka usia dah memasuki 40 an gayanya macam anak dara. Perkara yang baik kita contohi yang tidak elok dihindarkan..
Baru ni saya hantar anak ke tadika ada seorang guru pelatih berkata " amzar cepat abang dah datang" cikgu faezah mencelah itu bukan abang dia, itu papa dia la.. tergelak kat situ
Dari ketrampilan yang ada pada kita hari ni dapat orang menilai. Bukan nak cakap apa my hubby ni jenis orang yang menjaga ketrampilan diri. Eh..eh..tak boleh jadi ni aku pun kena jaga imej walaupun dah ada 5 orang anak.
Sekarang ni fesyen pun dah bertukar ganti dah moden, nak dengan tidak je kita buat. Ini untuk kebaikan diri sendiri juga.
Sunday, June 19, 2011
BESDAY AZEEM 7 TAHUN
Syukur kepadamu tuhan kerna aku dapat sambut besday anak ke 2..Azeem 7 tahun pada 17/06/11.
Eh, rasa macam baru je sambut besday Afnan bulan 4 hari tu..ni sambut lagi. Azeem dah kata besday Afnan ada kek..kita pun nak la. Tu yang tak sanggup mendengarnya gagahkan le juga buat asalkan ada kek dah cukup baginya.
Macam tu la bila anak dah ramai he..he...Lepas ni giliran Amzar pula bulan 7.

Wednesday, June 15, 2011
AIMAN (HARI BAPA)
Papa nak baca la. " sayang papa, I luv you, terima kasih sebab menjaga dari kecil hingga besar" itu antara ayat yang ditulis aiman. Sekarang ni dah pandai anak-anak bagi ucapan. Sejuk mendengarnya..
Tuesday, June 14, 2011
RABBIT OH RABBIT
Adui pagi-pagi dok x de mood..ngapa yek?
Seronok aku sekarang kad touch n go dah banyak isi. Naik je touch, naik je touch.
Dalam senang-senang dia telan juga, 5 ringgit hilang hari ni..bukan salah aku. Nak marah dah tahu jawapan dari mereka pergi la pejabat buat report kami tak tahu la. Banyak kekurangan dari kebaikan pada aku la.
Rabbit oh Rabbit, esok tambah lagi, x pe aku dah tau cam ne dia tak telan lagi..esok aku try.

Friday, June 10, 2011
HADIAH DARI MAK
Tak sabar rasanya menunggu mak balik dari umrah. Bukan aku seorang sahaja anak-anak pun sama. Nak tunggu hadiah dari Mekah yang pasti jubah, buah kurma dan air zam-zam tak boleh lupa punya. Alhamdulillah mak selamat pulang, syukur walaupun nampak muka mak penat. Aku happy sangat dapat jubah yang sesuai dengan aku, suka sangat-sangat.
Hadiah dari nenek untuk cucu-cucu tersayang
Aeish seorang je puteri nenek, baju vouge gitu
Unta yang sentiasa berselawat
Mak selamat tiba di KLIA
Afif & Afnan 'ahli syurga'
Hadiah dari nenek untuk cucu-cucu tersayang
Aeish seorang je puteri nenek, baju vouge gitu
Unta yang sentiasa berselawat
Mak selamat tiba di KLIA
Afif & Afnan 'ahli syurga'
Wednesday, June 8, 2011
SERONOKNYA MANDI HUJAN
Ini sebahagian gambar yang dapat dirakam selepas kenduri doa selamat hari tu. Nasib baik semuanya dah selesai baru hujan turun selebat lebatnya. Masa tu aku dan suami sedang basuh periuk dan pinggan mangkuk.
Anak-anak sibuk nak mandi hujan, bukan x bagi sebenarnya risau mereka demam nanti. Ini bukan lagi pertama anak-anak mandi. Betul kata suami anak-anak ni kita kena lasakkan badan mereka jangan itu ini tak boleh. Badan jika di manjakan macam-macam penyakit yang singgah.
Memang seronok tengok gelagat mereka, macam nak join sekali. Itu pun yang sepatutnya mereka rasa dan buat supaya bila besar nanti tidak menyesal.
Tuesday, June 7, 2011
MALAM NAMPAK LAIN LA...
Jenguk sebentar kat luar rumah pagi tadi sementara nak ke tempat kerja saja nak tengok ramai ke orang pergi rumah tu, dengar kata ada orang meninggal...nampak clear je. Masa lalu tadi x de orang pon, kami tergelak sesama sendiri kenapa yek? adik kata nampak macam ada keranda semasa balik dari pasar malam, malam tadi.
Tu bukan keranda la itu motor yang di tutup dengan tikar getah la...Berdekah-dekah kami gelak, kau ni buat dosa kering je kata aku pada adik...Balik nanti bila cerita dengan mak mesti dia ketawa..mak cik tu kat hospital lagi lah. Sorry, sorry salah pandang le...

Friday, June 3, 2011
BABY GIRL
Semasa ambil anak kat taska semalam berbual dengan kak linda yang juga menghantar anaknya di situ. Kak linda ada 3 anak lelaki dan seorang perempuan, katanya syukur dapat anak perempuan. Aku tanya kenapa akak cakap gitu. Kak linda kata sekurang-kurangnya dapat juga lihat macam mana rupa anak perempuan kita.
Eh..eh ayat kak linda sama dengan kata suami aku.."nak juga ada anak perempuan sebab nak tengok macam mana rupanya"
Terkejut kak linda bila tahu aku ada 4 lelaki dan seorang perempuan. Rupanya naluri kami sama teringin nak baby girl... syukurlah tuhan mendengarnya...

Thursday, June 2, 2011
DONAT BIG APPLE
Sampai rumah cepat ari ni sebab adikku Nurul datang pick up yang bestnya siap shopping beli donat BIG APPLE lagi. Orang kata makan petang gitu bersama dengan anak-anak. Tengok dah terliur belum makan lagi..Amboi-amboi melopong ye depan tv pulak tiap-tiap petang jam 7.00 bukan apa melayan cite NORA ELENA pulak. Makin best pulak part dia..apakah kesudahannya?
Wednesday, June 1, 2011
ANNIVERSARY KE 10 TAHUN.......
Alhamdulillah syukur aku kepadamu ALLAH di atas kurniaan ini dapat aku bernafas lagi bagi meneruskan dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri, mama dan anak kepada suami tercinta KHAIRUL ANUAR TAHA.
Alhamdulillah syukur juga di atas kurniaan menjadi mama kepada 5 cahayamata tersayang...
Hari ini 01/06/2011 genap 10 tahun aku melayari alam berumahtangga bersama suami dan anak-anak terasa seperti semalam hidup bersama. Apa pun pelbagai onak duri, susah senang, suka duka telah diharungi bersama. Pelbagai kisah dan cerita terdapat dalam kamus kehidupan kami. Semuanya akan ditempuhi bersama-sama hingga akhir hayat....amin.
Semoga hidup kami akan lebih bercahaya lagi dan lagi dari mu ALLAH....
Subscribe to:
Posts (Atom)