Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

TEMAN ALAM MAYA KU......

Wednesday, August 31, 2011

Aduh..Bosannya Hari Ini......




Tetiba pulak terasa bosannya
Saya tak ke mana hari ni sebab hubby kerja
Mungkin raya 4 barulah berjalan2 he..he..

Mak call dia gan 2 adik dalam perjalanan ke Teluk Intan pergi umah Mak Cu & sekitar Manjung
Sekarang ni mak kalau  nak kemana - mana dah x susah sebab adik bongsu boleh drive senang sikit
Sabtu baru mereka balik KL
Saya lama kot kat umah mertua ni

Hari ni tengok tv, makan kuih raya, makan nasi dan kuih raya lagi, buka laptop, buka laptop lagi...
Tu yang bosan tahap giller ni he..he..

Lagipun saya anak beranak tengah sakit perut ni...

Aduh....Sakit Perut, Apa Makan Ni??????




Eh..kenapa pulak dengan amzar ni dah banyak kali masuk toilet dah la tu muntah2
Mungkin perut tu terperanjat selama ni siang x makan, sekarang boleh makan
Mungkin sekarang time raya macam2 lah yang dia makan
Bayangkan dari lewat petang semalam hingga pagi ni sakit lagi..kasihannya dah x tau apa nak buat

Ingatkan dia sorang je yang sakit perut..anak2 yang lain ikut juga cuma lewat sikit je
Fikir.... semalam first raya kami makan rendang ayam dan daging dinding yang dibawa dari rumah mak saya
Sekarang ...... ni kat rumah mertua macam2 la yang kami makan..entah malas nak fikir yang pasti terlebih makan..tak sedap pulak kata orang ni masak x betul la..salah makan kot

>
>
>
>
>
>
>
>
>


Bukan anak2 je yang sakit mama pun sakit perut...
Tapi x pe la mama orang dewasa boleh handle tu semua he..he..he..
Dah tau macam tu kena kawal makan nanti susah orang nak raya ni, karang duduk rumah saja
Tak nak....tak nak.....tak nak....

Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya


Ada ke lagi mood kerja ni..dah kureng oooo...
Semua orang last day kerja ari ni begitu juga dengan saya...

Dikesempatan yang ada ini saya ingin megucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua rakan - rakan blogger tak kira berada dimana...semoga bergembira bersama keluarga tercinta...

Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdentum detam
Riang gembira di hari raya

Salam Aidilfiri
Maaf Zahir Batin







Coklat Raya...


Petang semalam adikku bawa balik coklat raya yang dibeli dari member opis

Patut la tiap2 tahun ada je coklat kat rumah rupanya hasben membernya jual coklat.

Malam tadi dah buka dan rasa... memang sedap, orang orang kita yang buat (bukan import tau)








sekarang ni coklat yang dibuat sendiri dah sama taraf dengan yang di import, coklat kita tidak terlalu manis malah terasa kokonya....

makan biskut raya makan juga...coklat nak juga...

Thursday, August 25, 2011

Semut Kena Marah Dengan Amzar..




Lepas sahur tadi anak- anak minta nak makan biskut raya yang ada kat umah tu..makanlah sikit nanti asyik teringat pula siang hari...

Amzar baru nak buka bekas biskut..tup..tup dengar dia marah la...rupanya tengah marahkan semut - semut yang dah ada dalam bekas tu..

" eh..semut, kau buat apa ha tu..ngape kau makan biskut aku..memanglah kau ni tak de otak "

Saya yang tengah dok cuci pinggan masa tu terkejut, senyum lah juga bila dengar anak cakap cam tu, anak - anak sekarang ni kita sendiri pun tak leh nak jangka mereka akan cakap begitu..anak - anak

Wednesday, August 24, 2011

KUIH GUNTING QHAIFA GITU...

Alhamdulillah... anak - anak memang ringan tulang la kalau bab nak menolong, lebih - lebih bab masak suka sangat nak buat ...

Start pukul 9 malam dah mula nak cari gunting, bukannya apa ada operasi gunting mengunting nak buat kuih gunting (berapa banyak ayat gunting da)



Yang si adik (aeish) nak makan je, terjerit la abang - abangnya, macam saiz ada tak kisah la janji siap. Raya kali ni kuih gunting dari anak - anak mama (tolong gunting je)




Tuesday, August 23, 2011

MINGGU STRESS HE...HE..HE....



Minggu ini stress sikit

Buat tender, siap tender

Mood kerja dah makin kurang sebab nak raya kot ye k...

Mana le tak stress sikit member opis tiba2 mc 2 minggu + raya = 3 minggu

Semua kerja member saya yang ambil alih..kerja yang cukup membosankan + memboringkan = sediakan dokumen tender...selama 13 tahun telah saya tempuhi, baru 1 tahun ditinggalkan kini ia kembali lagi....nak tak nak kena le buat....

Sepanjang bulan posa ni rasanya masa berlalu dengan pantas, tup top dah 4.30 ptg

Minta - minta hari esok semuanya berjalan dengan lancar dan tenang..tiada lagi stress..stress...stress

Monday, August 22, 2011

BUBUR NASI


Rupanya dah lama hubby teringin nak makan bubur nasi.....

Minggu sudah berbuka di rumah mertua....oooo dah pakat dengan mak dia berbuka nanti nak masak bubur nasi.

( Teringat bubur nasi havana yang sedap tu kat ampang berdekatan ampang puteri...memang sedappp )



sesekali makan bubur nasi + kangkung masak tiram + telur asin + ikan bilis goreng + cendawan masak tiram juga + ayam panggang memang terangkat....

Sunday, August 21, 2011

BLOG MACAM - MACAM ADA.....


setuju sesangat bila ramai yang berkata blog masakan lebih jimat, tak payah nak keluar duit beli majalah..

sekarang ni pun resepi baru bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan...memang kreatif



betul kata Dunia dari Dapur Kak Jee lebih jimat tak payah keluar belanja percuma saja....

tapi bila saya fikirkan semula semua orang boleh masak ( orang A + orang B ) masak masakan yang sama resepi yang sama tapi kenapa orang B yang lebih sedap ataupun sempurna...jadi dalam fikiran saya teknik masa itu penting..jika masak lama sangat nanti jadi lain (pecah minyak la, hangit la dan sebagainya)

nak masak pada saya kena banyak sabor, hati mesti ikhlas baru sedappp..satu lagi teori tentang air tangan juga penting..

aaaa.... sekarang dah teringat kata2 mertua, masak jika main hentam saja tak ikut peraturan yang betul memang tak jadi...


Saturday, August 20, 2011

Oh...Asam Pedas


Lepas balik opis semalam terus singgah umah kak faizah kat sungai cincin gombak, nak ambik baju2 raya yang dah siap tu..

Sempat singgah juga di bazar ramadan grenwood, dalam pusing2 hubby nampak satu gerai jual pelbagai masakan asam pedas belaka...mulalah teringat kat aiman (anak sulung), asam pedas memang febret dia, saya beli asam pedas ikan pari dan asam pedas daging tetel...tiba - tiba hujan la tak sempat nak jalan2 lagi sebab nak ambik anak taska pula...


asam pedas ikan pari


asam pedas daging tetel

bila dah sampai rumah rupanya my mother pun nak masak asam pedas ikan pari..eh..eh... macam dah berjanji pulak...berbukalah seisi rumah dengan 3 jenis masak asam pedas...




Friday, August 19, 2011

Nak Raya Mana Ni.....


Cepat - cepat kita kira puasa tinggal berapa hari lagi...eeee 11 hari lagi.

La ni tengah hot citer pasai buat kuih raya, beli kuih raya dan yang semestinya tengah fikir tentang nak balik kampung. Tak sabor la tu..



Saya senang tak payah nak pening - pening kepala. Bukannya apa family ada kat KL, mertua nun di Puchong. Aha..aaa  dekat saja 1 jam dah sampai...

Yang kurang pada saya anak - anak tidak merasai suasana beraya di kampung, nak buat cam ne dah nenek, wan dan atuknya duduk di bandar, ciannya anak - anak mama.

Ni ada satu lagi citer nak bagitau sepatutnya tahun ni giliran raya kat umah mertua, saya dan hubby dah buat plan baru tahun ni raya kat umah sayalah bukannya apa first raya hubby cuti, second & third hubby kerja lepas tu lamalah sikit duduk kat umah mertua eeee...boleh ke...tak marah ke my mother in law ha..ha..

Yang anak - anak pula nak beraya kat sini..umah mak saya, mungkin mereka membesar di sini, kawan - kawan pun ramai. Malam raya kat sini ada takbir raya umah ke umah itu pun yang anak - anak tunggu..

Tengoklah macamana nanti harap2 semua ok....

p/s - u all semua tahun ni raya kat mana? citer la sikit....

Wednesday, August 17, 2011

Tahun Ni Fesyen Baju Manik



Baru ini ada pergi jalan2 kat Jalan TAR.. mata melilau pandang itu ini sempat lagi lihat si peniaga yang lemah lesu sebab jaga kedai yang dibuka sepanjang ramadhan ni (kurang tido la tu)

Sana sini tergantung fesyen baju raya tahun ini ' fesyen baju manik ', memang cantik harga pun cantik juga.

Nak buat dah tak sempat, raya makin hampir....tak pa la lain kali bikin sebab ada adik yang pandai jahit manik tak susah pun...

KEISTIMEWAAN ANAK KIDAL


17 Ramadhan sudah & Salam Nuzul Quran..

Eh..eh...ari ni nak citer mengenai " KIDAL "


mengapa seorang anak menjadi kidal? hal ini karena kecenderungan sistem kerja otak mereka. anak kidal menggunakan otak belahan kanan untuk berfikir. cirinya: berfikir divergen (banyak cara untuk memecahkan satu masalah), menyenangi kegiatan seni, tidak rigid/ fleksibel. 
mungkin karena perbedaan dalam berpikir ini, mereka terlihat lebih cerdas dibandingkan dengan anak lain. (tapi akan lebih sahih lagi jika diuji dengan tes IQ). Bahkan, jika sejak kecil, penggunaan tangan kanan dan kiri distimulasi dengan seimbang dengan latihan seperti menjimpit dengan kedua tangan, menangkap bola dengan kedua tangan.. siapa tahu, mereka bisa menggunakan kedua tangannya dengan maksimal.

materi referensi:

baca deh buku2 perkembangan anak tentang motorik

Anak kidal banyak keistimewaan dan kemahiran. Masakan mereka enak. Cerdas dan cergas. Kelemahan paling ketara ialah PEMANAS, cepat marah berapi-api tetapi cepat mesra dan tidak membalas dendam.Selalunya berterus terang biar di khalayak ramai.



Saya dan hubby, kami tidak kidal mungkin dah ada keturunan kidal iaitu mak saya dan adik ipar  (adik hubby)... ia dah singgah kat anak no. 4 (afnan) & 5 (aeish)...macam mak pula kedua belah tangan boleh guna tapi kalau tengok mak potong ikan / sayur laju lagi tangan kiri itu mungkin itu kelebihan yang ada pada mak.

Anak - anak yang lain tidak kidal kecuali afnan ni saya tengok kiri kanan dia guna tapi lebih banyak guna tangan kiri sampai makan pun kiri,  mula - mula risau juga tapi bila fikir  dah besar dan berakal nanti berubah kot tak palah nanti ajar dia perlahan-lahan.

Yang si adik pula kiri lebih lagi dah ajar tangan kanan mesti ke kiri juga berbanding abangnya..




Syukur dan alhamdulilah di atas kurniaan yang diberi kepada anak - anak saya.

p/s - dah try guna tangan kiri tak boleh kanan juga yang sedappp....


Monday, August 15, 2011

Ke Mana Kita Hari Ni Yek...

He..he.. ari ni saya cuti la. Ke mana kita hari ni yekkk......

Rasanya macam nak pi cuci2 mata jap, tengok2 je apa yang patut....



( ha...nak gi sini le dah lama x jalan kat sini )

Lepas hantar anak kat taska nanti dalam kul 12 berangkat la dengan my hubby. Kalau nak pe tempat macam ni, waktu hari bekerja baru dapat pandang itu ini, kalau tidak lihat dari jauh je sebab full.....

Oh ye, ni lagi yang best ari ni  sapa - sapa kerja gormen dengarnya bonus dah kuar ari ni...apa lagi ....

Citer bab shopping ni, sya dah lama x kuar bershopping bukannya apa dulu2 la time ni tengah pregnant la, anak2 pula masa tu kecil lagi sekarang tidak lagi....

Ala bukannya nak borong bagai dapat tukar sehelai 2 baju / seluar anak2 pun dah bersyukur sangat..saya tengoklah macam mana nanti susah nak cakap he..he..he... 



Saturday, August 13, 2011

Aaa Dah Telan...Biar Betul




Masa nak sarung kasut aeish tetiba pulak terpandang rantai yang aeish pakai...

Mana dik buah rantai epal kristal tu...ha..ha hilang lagi masuk ni dah 2 X buah rantai adik hilang.

Tanya kat afnan,,acik ada nampak buah rantai adik..Jawapan acik mengejutkan mama " acik dah makan buah tu" tergamam sekejap + termenung juga..acik makan ke buah rantai adik...

Macam - macam ada dalam kotak fikiran ni...ya allah selamatkanlah anakku....

................................................................................................................................................................

Sampai taska tanya kat Nek Pah (pengasuh anak)..ada x Cik Pah perasan afnan makan buah rantai aeish, x tau pulak Cik Pah katanya..aeish dan afnan tu memang rapat dan kuat bergurau mungkin masa tu gaknya ia jatuh..

Tak palah Cik Pah mungkin bila afnan buang air besar harap2 buah rantai tu pun ikut keluar sekali..dah buang pun kata Cik Pah (ketawa lagi)...

Afnan...Afnan....

Semoga tiada apa - apa yang berlaku pada anak mama Afnan...........

Thursday, August 11, 2011

Rambut Raya Afnan...


Salam....

Suka tengok rambut anak kita berfesyen, nampak comel & cute lebih - lebih lagi anak lelaki, mmg nampak berstail dan ada gaya...

Time anak ke 3 dah mula fesyenkan rambut mereka (panjang atau pun digelar ekor rambut). Sekarang ni tinggal anak ke 4 je lagi boleh fesyen rambut sebab yang lain dah bersekolah...

Ni gaya rambut raya afnan nanti...

 

Terbaru gitu


Yang sudah - sudah



Wednesday, August 10, 2011

No..No..Tak Leh Main Bunga Api



Salam semua..

Kali ni nak entry mengenai bunga api yang dah jadi trade mark sempena bulan ramadan ni.

Mana - mana anak pun mesti nak main, tak risau ke family mereka kalau - kalau anak tercedera nanti...sekarang ni dah kurang kita lihat kat tv atau suratkhabar mereka yang cedera disiarkan, mungkin dah ada kesedaran tau dah ambik iktibar tentang perkara ini.

Alhamdulillah..

Anak yang sulung saya tak galakkan bermain bunga api, yang adik -adiknya pun mengikut juga...mereka pun tidak mendesak / merengek nak beli bunga api.. boleh main tapi mesti ada saya...risau


Tuesday, August 9, 2011

Jangek + Rebung



Eh..peliknya , tak pernah dengar pun.. apa tu?

Jangek tu perut lembu dalam bahasa orang nogori sembilan. Sapa orang nogori mesti tau punye.

Minggu lepas berbuka di umah mertua dan saya dapat resepi ni lah.

Perut lembu ni mesti direbus dulu dan first time saya makan sedapppp, macam makan jeli gitu tapi anak - anak kurang suka. Masak dengan rebung fuhhh lagi la sedapppp........

Next time cuba buat sendiri pulak....

Monday, August 8, 2011

Mesin Basuh


Alhamdulillah & syukur di atas kurniaanya....

Jika sebelum ini saya selalu buat exercise tangan dan kaki, kini tidak lagi sebab dah ada mesin basuh baru. Bukannya apa ganti mesin basuh yang yang dah berapa elok tu..hanya boleh spin saja.

Senang sikit  kerja rumah, kalau tidak otak dah setkan " nur pukul 10 mlm jangan lupa basuh baju nanti time akan terbabas, kelam kelibut nanti cepattttt " he...he..he...

Walaupun dah dapat yang lain yang lama tetap akan dikenang juga sebab yang lama tu dah banyak berjasa kepada kami sekeluarga. Mana ada benda yang sentiasa elok sesaja, lama - lama akan rosak jua.

Sunday, August 7, 2011

Sana Sini Semuanya Full


Semalam dalam perjalanan balik ke puchong lalu kat Jalan TAR, jalan jem tension sekejap.

Pandang sana sini semua kedai penuh dengan mereka yang datang tak kira jauh tau dekat nak shopping raya

Sabtu ramai yang cuti, time tu lah nak jalan-jalan. Ahad pula ramai yang berehat sebab penat berjalan semalam jadi tak semeriah hari sabtu.  

Kalau saya cepat datang pening kepala bukannya apa dah le puasa, orang dah le ramai ditambah dengan cuaca yang panas, tak larat..tak larat sebab tu suka shopping lepas buka puasa ada la tenaga sikit.

Yang kesihannya kedai orang jual karpet kosong mesti mereka tension tak de orang nak beli..

Sempat lalu kat CM ramai pulak orang asing (indon la), kat sini kurang lah orang mungkin tempat kurang glamor kot.

Seronok bila kita lihat gelagat orang disekeliling kita macam-macam ragam ada.


p/s - semalam adikku nurul shopping raya yek kat jalan tar ke?

Roti Sardin Goreng


Roti Sardin Goreng....
Ala resepinya sama je macam sandwic sardin tu, ye ke... lain tau kenapa yek?
Yang ni special sikit sebab dah di tambah @#$%^&*** nanti saya bagi resepi tau............
Sepanjang ramadan ni dah 2 kali saya buat untuk family, minggu ni berbuka di rumah mertua pun buat juga kiranya killer resepi saya lah tu...kali ni terasa lain sebab anak - anak lepas terawih minta lagi mana ada dah habis, ala kata mereka. Kesihan pulak nanti mama buat lagi ok.


Bahan - Bahan

1 buku roti gardenia
1 tin sardin (ayam brand la) 
cili kering sikit 
bawang merah ) (potong dadu)
bawang putih   )
kentang (potong dadu)
hotdog
cendawan butang (potong nipis)
daun bawang/sup
telur 2 biji
serbuk roti rangup

Cara - cara membuatnya

  1. Goreng ikan sardin terlebih dulu lepas tu di hancur kasar - kasar
  2. Tumis bawang merah /putih bersama cili kering sehingga garing
  3. Masukkan ikan sardin, kentang, hotdog cendawan butang & daun sup/bawang dimasak sehingga sebati (untuk inti sah siap) 
  4. Roti tadi digelek sehingga nipis, baru masukkan inti
  5. Celur roti dalam telur dan digaul bersama serbuk roti bolehlah digoreng
  6. Siap boleh makan


p/s - nanti mama buat lagi ......

Friday, August 5, 2011

KAWAL PANCAINDERA ...



Sekadar renungan untuk kita bersama........

" Puasa itu adalah 'perisai', sekiranya seseorang dari kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia berkata kepada orang itu : saya sedang berpuasa."
(riwayat al-Bukhari dari muslim)

Rasanya ini pun perlu kita ketahui iaitu tidak digalakkan banyak tidur pada siang hari dan makan berlebihan pada sebelah malamnya.

Terpulang kepada kita semua bagaimana menjaga ibadah puasa sendiri, yang baik di amalkan, yang tidak elok dijauhkan..

Wednesday, August 3, 2011

BAZAR RAMDHAN


uh..mengeluh sekejap bukannya apa pening nak masak apa untuk buka puasa nanti.

Balik kerja semalam sempat ronda - ronda dengan hubby kat bazar ramadhan di kawasan rumah. Kononnya banyak masa lagi 3 tempat kami gi he..he..

Tak boleh jadi cam ni kalau 1 hari 20 hinggit, sebulan huyoooo. harga pula mak oii mahalnya, besar cam tu jugak. Aku pula family ramai kena fikir 10 X...baik beli barang masak sendiri lebih afdal anak - anak pun kenyang.

Semalam beli kuih serba sikit sampai sahur pun ada lagi..membazir tul...teringat pulak family mertua berbuka nasi makan waktu sahur je kekok aku masa masuk family hubby dulu sekarang tak kisah.

Petang ni nak singgah pasar tani nak beli tauhu buat tauhu sumbat kebesaran hubby tu...

Tuesday, August 2, 2011

SERONOKNYA SHOPPING...


eee..lama dah aku tinggalkan window shopping ni.

Masa anak dara dulu tak pernah mis. Almaklum la dulu opis dekat Bangunan Medan MARA je, time rehat masuk SOGO, PERTAMA cuci mata he..he...

Bila dah beranak pinak ni slow la sikit kekadang tak bershopping langsung. Bukan apa nak bawa anak yang masih kecil susah la sikit. Bukan 1 jam dapat shopping, paling lama pun 5 jam..nak tinggal anak lama - lama minta dijaga pun kena fikir juga.

Kenapa tahun ni pulak terfikir kembali bab shopping ni..

Hajat dihati nak tengok - tengok kain tudung pakai masa raya nanti sekarang dah bermacam jenis ada.
Tengok la macam mana nanti..oooo

eh...eh..klau ada rezeki nak tebus balik waktu lepas yang tak dapat dilakukan sebelum ini....ya allah ya tuhanku engkau restuilah apa jua yang telah kami lakukan...amin..

Monday, August 1, 2011

FIRST POSA .......


salam ramadhan...

eeeee....first posa kerja dah melambak. Dah le PC kat opis tak boleh print gara - gara internet problem hari ni.

Baru je siapkan 7 tender USM, ingatkan boleh duduk releks..tup...tup dapat lagi 2 tender Uitm Shah Alam.

Posa ni cepat bebenor kul 4.30 ptg dah nak balik. Alhamdulillah minggu ni hubby kerja pagi, kalau tidak bercinta nak balik rumah.

' Hello akak, linda nampak akak nak balik sama k'. Syukur tidak la terkejar - kejar nak ambil anak kat taska. Tahu linda pregnant, first jumpa rasanya dah 6 bulan, ari ni jumpa lagi tengah tunggu masa je..aduh terasa cepatnya masa berlalu..semoga selamat buat linda.