Salam 4 ramadhan buat semua...................
1 ramadhan kami tahun 2012 mungkin tak akan dilupakan sampai bila-bila kelakar, sedih semua ada salah sendiri juga hik..hik...
Selepas hubby balik kerja jam 5 petang kami menuju ke puchong tapi sebelum itu sempat singgah pasar ramadhan putrajaya sampai di jambatan semua kenderaan kena tahan dengan trafik dalam 20 minit ingatkan apa rupanya ada orang bikin filem kat situ. Hubby dan pemilik kete-kete yang lain hot juga mana nak kejar beli juadah untuk berbuka, nak balik umah agaknya......
Nak sampai ke pasar ramadhan satu hal pulak jem-jem...nak parking jenuh mencari ini belum citer bab beli juadah, nak mencelah pun tak boleh sesak dengan orang ramai rasa menyesal pulak datang sini. Hubby nampak toyota hilux abahnya nak kuar kami baru nak masuk......
ini juadaah yang sempat di snap yang lain habis dimakan......
(apam balik double special - pulut hitam+ kelapa+ jagung+choc chip)
(beli pulut kuning saja, rendang daging bawa dari rumah)
(muka keletihan selepas berjalan dipasar ramadhan)
Konon-konon nak buat kejutan datang rumah MIL tak call dulu, jam 7.10 petang sampai beri salam tak berjawab konpom tak ada orang, saya hubby dan anak-anak pandang sesama sendiri dan jawapannya kena berbuka sendiri, dalam hati sedihnya rasa kasihan dekat anak-anak nak buat macamana perkara dah berlaku. Rupanya MIL & FIL hantar adik hubby kat terminal ets sungai besi......
p/s - batuk pulak hari ni.....nak demam juga, bertahan-bertahan. hingga penghujung...........