Salam Semua....
Kejapnya hari jumaat, rasanya esok opis cuti boleh jenguk aiman dan azeem kat umah MIL di Puchong. Rasanya dah banyak kali mereka call tak datang sini ke...rindulah dengan adik-adik
Bukan mama/papa tak nak datang sana, tujuaan hantar umah MIL pun sebab beri motivasi kat mereka jangan asyik nak main saja...kan sekarang dah tahu hari-hari mesti hafal sifir kena selalu ulangkaji matapelajaran, esok mama/papa ok......
Baru hari boleh cerita pasal crepe durian saya, buat crepe durian ni ahad lepas dan kebetulan mak beli 2 beg plastik durian dalam hati memang tak sabar-sabar nak try buat sendiri crepe durian yang tengah femes sekarang ni.
Resepi ambil dari blog Kak Izah KLIK SINI cuma bahagian isi dalam buat sendiri letak whipping cream dan isi durian saja......tq Kak Izah
Dapatlah dalam 12 ketul crepe durian hari tu. Simpan dalam freezer dulu dah sejuk baru dibenarkan makan he..he..kalau aiman dan azeem tahu ni mesti mereka marah tak simpan untuk mereka. Nanti mama buat lagi ok Afnan minta buatkan kaler hijau pula......
T.E.R.I.M.A K.A.S.I.H sudi singgah sini...........