Thursday, February 25, 2016
KE JOHNNY PULA
Tuesday, February 23, 2016
BOWLING - KALI KE 3 MAIN
Assalammualaikum...
Entahlah dulu bila adik2 ajak jom main bowling malasnya nak ikut, sebenarnya tak pandai main haaaa mulalah reka pelbagai alasan tak nak ikut
Selalu anak2 saja yang pergi, bila balik macam2 citer saya dengar bestlah, rugi mama tak ikut
Hati terdetik nak pergi main bila mak cakap ikutlah adik kau tu nanti siapa nak jaga anak2 tuu, itulah ayat syahdu mak pada saya
Sebenarnya mak dah tahu saya bukannya suka sangat nak jalan kat shopping mall ni, dahlah ramai orang pening kepala dibuatnya..baik punya ayat haaa
Tulah kan belum cuba dah cakap tak best, bila dah start main sedap pulak, mula lupa umur dah makin naik main mengalahkan orang belum kawin heee
Tup tup tup ini kali ke 3 saya main bowling terbaru masa cuti CNY baru2 ni...balingan yang di baling asyik jatuh aja tuh yang gian nak main lagi, kali ini kami main lama sikit adik bayar lagi nak sambung main patut lama saya rasa kenapa tak habis2
Tapi memang seronok main dengan budak2 ni banyak ketawa dari main mana tak asyik masuk lubang sesaja lepas tu suka hati anak2 nak baling macamana, yang penting hepi kan anak2 mama
Inilah 2 orang adik kesayangan saya yang rajin benor bawa anak2 saya berjalan lepas tu ikut saja permintaan anak2 nak itu dan ini...
Tuesday, February 16, 2016
SURPRISE DARI HUBBY
Salam
11 Februari 2016 dapat surprise dari hubby
Syukur, Alhamdulillah padamu Ya Allah kerna bulan ini banyak kejutan dan rezeki yang x di sangka - sangka
Memang dah lama nak punyai tab sendiri, selalu dok kongsi dengan hubby dan anak
Akhirnya impian tertunai jua di tahun 2016
Asyik ada halangan bila nak beli, kejap fikir mahal la, baik duit tu guna untuk yang lain la, baik simpan la..last2 tak beli sudahnya
Dalam diam hubby beli juga, lepas ni x payah kongsi dah, tak payah rebut2 hahaha
Terima Kasih Ya Allah....
Wednesday, February 10, 2016
HAPPY BESDAY ALONG
Salam.....
Happy besday along (Qhaifa Nur Aiman Bin Khairul Anuar)
Hari ini 10/02/16 genaplah 14 tahun
Makin besar dah anak mama papa ni, makin ensem gak (kasi puji sikittt)
Besday boy ni demam pulak, kali ini demam teruk juga..x nak makan..2 hari sunyi tiada gelak ketawa darinya
Apa-apapun mama berdoa semoga along diberi kesihatan yang baik, hidup sentiasa diberkati oleh Allah
Wednesday, February 3, 2016
TERBALIK DEK KIDAL
Salam....
Aida Aeish ni nampak kidalnya tegar
Kadangkala makan pun guna tangan kiri, sori terlupa katanya
Kerja sekolahhhh...nasiblah kalau buat kat sekolah dan terus hantar, tulisan terbalik dek tangan kidalnya kadangkala ada juga..dahhhh kena pangkah dengan pen merah cikgu
Sebab tu sekarang kena tumpu lebih kat Aida Aeish ni..kalau mama check salah boleh diejass
Satu lagi bila tengok dia gunting kertas, lurus ke idakkk ni, lain macam pula rasa...lulussss ok
Perlahan-lahan yup adik kita baiki