Salam Semua............
Lepas jumaat jam 3 ptg lembu 9 ekor untuk korban sampai kat surau perumahan saya. Kebetulan rumah pun bertentangan padang dan surau zoom gambar dari rumah saja.
Anak-anak sepantas kilat keluar nak tengok lembu korban, sekor demi sekor dibawa turun dari atas lori lalu diikat pada pokok mengikut nombor yang telah diatur.
Peristiwa yang tidak disangka berlaku lembu no. 5 telah terlepas dari pegangan tuannya kerna tali pengikatnya pendek, memang bernasib baik hari tu lembu tu tak kemana hanya berlari dalam kawasan padang menjeritlah penduduk taman yang hadir termasuk saya yang tengah zoom gambar dari rumah.
(9 ekor lembu utk korban dah sampai...........)
(inilah dia lembu yang terlepas tu no. 5.......)
(tetap datang ke arah kawannya..........)
Hampir 1 jam saya menyaksikan adegen yang cemas ini (cemaslah sangat he..he..), alhamdulillah mungkin lembu ni tahu ia akan dikorbankan, ia akan datang balik ke lembu-lembu yang lain merintih nasib agaknya. Bila tuannya datang untuk menangkap mesti ia akan lari dalam hati bila nak selesai ni hari makin petang, masih ada 4 ekor lagi atas lori........
Bijak juga tuan lembu ni dibawanya masuk lori dan diparking betul-betul depan lembu tadi dengan tidak disangka-sangka lembu tadi terus melompat naik atas lori, apalagi dengan cepat-cepat pintu besi ditutup rapat. Rasa bersyukur sangat masa tu semuanya telah selesai dan akhirnya semua 9 ekor lembu selamat diikat hanya tunggu masa untuk dikorbankan....
(lori diletak betul-betul depan lembu, tengoklah lembu tu siap pandang lagi rakannya yang ada atas lori..........)
(tak sangka ia lompat atas lori, alhamdulillah.........)
Kalau semua nak tahu inilah lembu korban kami adik beradik, lembu no. 6...............
( sebahagian lembu-lembu sedang lepak-lepak........)
(amzar dan aeish tolong jaga lembu mama ok.....)