Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

TEMAN ALAM MAYA KU......

Showing posts with label aiman hari bapa. Show all posts
Showing posts with label aiman hari bapa. Show all posts

Thursday, May 26, 2016

ALAHAI ANAK BUJANG MAMA


Assalammualaikum.....


sikit2 saya lalui dan tengok sendiri bila anak bujang saya ni  meningkat dewasa dan membesar depan mata...salah satunya bab pakaian...nak yang up to date gitu...dah tak nak sama dengan adik2nya...kalau bole nak pilih sendiri

dah mula nak melawa oiii...kalau uolls nak tahu dari sekolah rendah dah ramai peminat misteri...rahsia along banyak kat adik2nya...saya saja malas nak tanya...janji along tak buat perkara yg bukan2 sudah

mama kenapa muka along ada jerawat...ini yg tak suka...ini tandanya along dah dewasa ok...banyak berangan kot

ada 1 hari tu along bawa balik daun lidah buaya...katanya nak lebatkan rambut dan licinkan kulit muka...ramai kawan2 along yang buat mama


inilah lidah buaya yg along bawa balik
mmg banyak khasiat lidah buaya ni
kita saja yg dah lupa khasiatnya


amboi dah siap dipotong2
selalu along guna lepas balik sekolah
masa mandi tu dia buatlah


alhamdulillah,
 besar dah anak bujang mama ni
dah 14 tahun rupanya
moga along berjaya dunia n akhirat
tahun depan dah nak ambil PT3

1 lagi along aiman ni dari kecil kreatif budaknya
pernah masa umurnya 10 thn
dalam diam along buatkan mama
kamera huhuhu
sekarang pun masih kreatif lagi
ada saja yang nak diciptanya
minat sebenarnya
 galakkan tetap saya n hubby berikan



Monday, April 25, 2016

ANUGERAH KECEMERLANGAN 2015


Assalammualaikum....



check tarikh 23 April 2016, hubby cuti la... along aiman pun serah borang kedatangan untuk majlis anugerah kecemerlangan bagi tahun 2015..ok mama papa pergi....

esok nak pergi sekolah along malamnya pula hubby pergi ngeteh gan membernya kat tupai-tupai pukul 3 pg baru balik..pergi ke tidak esok ni (sabtu) 



ok, 9 pg hubby kata gerak..pergilah ni hahaha ingatkan tak jadi...nasib baik program baru nak bermula...along aiman pun belum naik pentas lagi...ini anugerah utk tahun 2015 diatas pencapaian dalam bidang akademik dan hal ehwal murid....pg tadi katanya badan panas, a'aah nak demam ke along ni...mood kurang ceria sikit ala ciannya


tak lama duduk nama along pun dipanggil naik pentas...zoom la dari jauh...apa2 pun tahniah la dari mama papa atas anugerah yang along perolehi...tahun depan dah nak PT3 kena berusaha dari sekarang...skrg dunia pendidikan makin mencabar along ingat tu...kena berusaha lebih lagi


Ok....

Wednesday, February 10, 2016

HAPPY BESDAY ALONG

Salam.....

Happy besday along (Qhaifa Nur Aiman Bin Khairul Anuar)

Hari ini 10/02/16 genaplah 14 tahun

Makin besar dah anak mama papa ni, makin ensem gak (kasi puji sikittt)

Besday boy ni demam pulak, kali ini demam teruk juga..x nak makan..2 hari sunyi tiada gelak ketawa darinya

Apa-apapun mama berdoa semoga along diberi kesihatan yang baik, hidup sentiasa diberkati oleh Allah

Monday, April 22, 2013

BAJU PUSAKA NI


Salam Semua...


Bila aiman dan azeem masuk pengakap tahun ni baru hubby teringat akan baju pengakapnya 

Baju pengakap ini memang disimpan rapi oleh emaknya begitu juga dengan baju-baju yang lain tak kira hubby punya atau adik-adiknya memang disimpan elok hingga kini

Baju pengakap hubby ni dah berusia 28 tahun. Baju ni memang ditempah khas sempena Jemboree (perhimpunan pengakap sedunia) masa tuh hubby darjah 5. Tanya hubby kenapa tempah katanya sebab nak  jaga standard he..he.. begitu juga butangnya tempah tu







Baru ni minta aiman pakai tak nak, malu, tak sama dengan baju pengakap sekarang katanya macam-macam alasan yang diberi. Kata papanya pula no beli, beli tetap kena pakai baju ini juga mahal tuh papa tempah, kalau tak nak papa beri pada adik - adik yang lain





tengoklah muka kalau dah tak nak

Baru saya teringat awal tahun hari tu ada tempah
t-shirt pengakap untuk aiman dan azeem kat cikgu hingga kini senyap saja kena follow up ni

Wednesday, February 13, 2013

HEPI BESDAY BUAT AIMAN


Salam Semua.......






Selamat hari lahir buat Qhaifa Nur Aiman Khairul Anuar pada 10/02/2013 yang ke 11 tahun

Sekejap rasanya along dah besar. Tahun ini first time along tak potong kek tapi papa bawa kita semua jenjalan

Along, papa mama bangga punyai anak seperti along, semoga along terus cemerlang dalam apa jua bidang yang along ceburi



(ini hadiah buat diri along juga, semoga tanggungjawab yang diamanah dijalan dengan sebaiknya...)



T.E.R.I.M.A  K.A.S.I.H  kerna sudi singgah sini...........

Tuesday, October 16, 2012

BILA AIMAN PERGI ROMBONGAN........


Salam Semua.....


Beria-ria aiman nak pergi rombongan kelab sains dan matematik sekolahnya. Bila saya dengar ke pusat sains, petrosains KLCC dan kilang coklat mulalah kurang setuju almaklumlah pusat sains dah 3 X pergi. Pujuk macamana pun tetap pergi juga...last-last papa dan mama pun lembut hati 

Bila adik-adiknya dengar along nak pergi kilang coklat macam-macam yang dipesan. Bila along balik bukan coklat yang direbut tapi permainan yang dibeli dipetrosains




(spek mata ajaib kata aiman....)



(semua tengah tunggu along pakai spek mata....)



(along asyik cantum badan kumbang.......)







(memang kelakar bila anak-anak pakai spek ni....ketawa besar kami semua)







(kilang coklat Beryl's rupanya...pandai juga aiman pilih coklat,  dark coklat paling sedap........)

Wednesday, June 15, 2011

AIMAN (HARI BAPA)


Papa nak baca la. " sayang papa, I luv you, terima kasih sebab menjaga dari kecil hingga besar" itu antara ayat yang ditulis aiman. Sekarang ni dah pandai anak-anak bagi ucapan. Sejuk mendengarnya..