Salam jumaat semua....
Hari ni Nur nak kongsi 2 resepi dari telur yang telah dicuba dan hasilnya sungguh sedap. Sebenarnya kita boleh pelbagaikan menu telur ni untuk kelihatan menarik dan sedap. Telur kukus ni sangat sedap dan lembut, bila dah masak ia bak bunga yang sedang kembang.....
Telur Kukus
- Blander 5 biji telur bersama 5 sudu kecil air (air masuk ikut berapa biji telur - air yang buatkan telur jadi lembut)
- Sediakan bekas kukus Nur masukkan hirisan bawang merah, cili merah potong dadu (buang biji), kacang panjang, daun sup, sedikit lada sulah, bawang goreng dan mayonis. Kukus selama 5 minit.
(hasilnya......)
Telur Hancur Masak Cili
- Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi, cili merah hingga garing (ditumbuk)
- Masukkan 5 biji telur bersama air dan dikacau hingga hancur, masukkan bawang potong bulat dan daun sup tambah sedikit sos tiram, goreng hingga masak
(makan dengan roti sedapnya)
p/s - telur yang diblander dan dicampur dengan air buatkan telur lebih sedap malah lembut ....(petua ni seorang chef yang beritahu).......