Assalammualaikum
Raya ke 4, lepas selesai majlis perjumpaan
Famili sebelah arwah abah di Seri Iskandar
Tiba2 adik lelaki ajak jom naik CH, esok yakni hari isnin
Bincang2 jap dgn adik2 dn mak, oklah
Apartment pun dah dpt, lagipun cuti masih panjang
Lepas check out hotel kat Seri Iskandar
Kami pun gerak ke CH pagi tuh
Masa nak naik CH, nampak jalan clear
Dalam hati cakap x jem ni
Dh sampai puncak stress jap
Jemmm tuuu...aduh
CH bila jem segala plan tergendala huhu
Betui cakap hubby sekarang nak naik CH
Kena datang hari bekerja, baru puas berjalan
Kali ni dapat pula apartment yang baru tu, memang selesa
Dah rehat jap, kami ke Strawberry Healty
Tempat wajib singgah sebab ais kerimnyaaa
Nasib baik senang nak parking huhu
Dah puas kat situ, jom jalan2 kat pasar malam pula
Tapak pasar yang baru ni, selesa parking pun senang
Baik beli kat sini sayur n stoberi
Malas nak hadap jem ke Kea Farm tu
Situ yang buatnya jalan jemm
Lepas isyak saya, hubby n 2 anak keluar lagi
Nak tengok suasana malam kat CH
Repeat lagi ke pasar malam
Tergoda pula dgn ayam bakar bersos stoberi
Kata hubby sedap, rezeki la dpt makan
Orang punya lah ramai nak beli
Saya dn hubby pestime bermalam kat CH
Sejuk ya amat rupanya waktu malam
Sebelum balik KL singgah ladang teh kat Cameron Valley
Wajib minum teh tauu kalau dtg CH
Mak n adik ipar naik traim
Yang lain jom jalan kaki tengok pokok teh
Nak turun ok lajuuu
Nak naik atas balik, semputtt.. lenguhnya kaki
Apa2 pun kami hepi walau sekejap je kat CH...1 mlm
Ada rezeki datang lagii