Salam Semua....
19/10/2013 sebelah malam sambut besday Aeish.....sebelah paginya kami ke FRIM Kepong (Ins. Penyelidikan Perhutanan M'sia) masuk hutan pula korang....hubby nak bawa puterinya masuk hutan...jenjalan dalam hutan tuh
pagi tuh hari mendung saja jam 11 pagi kami bertolak....dari rumah dalam 20 minit saja....
ini first time kami masuk FRIM.....selepas dapatkan penerangan tentang FRIM dan ambil map perjalanan kami teruskan
tujuan utama hubby ajak kami ke FRIM untuk naik canopy walkway (jambatan gantung antara pucuk pokok)
untuk sampai atas besarnya dugaan buat kami semua kena mendaki bukit.....semangat kami kuat untuk sampai ke puncak bukit walau kaki dah lenguh-lenguh siap menggigil juga seluruh badan...mencungap semua ada......aduh tingginya
penat-penat.....
antara spesis pokok hutan kami temui
anak-anak kata ini buah pisang mama...
pandailah tuh, bukannnn
hubby cakap ini buah kelompung
orang N9 cakap
sebab bila jatuh dalam air bunyi pung..pung
tempat lain tak tahulah namanya
kami semua salah berpakaian hari tu
masuk hutan pakai seluar jeans
orang pakai seluar sukan
macam nak pergi mall ha..ha..
nasib baik ada tempat berehat, aduh letihnya kaki
akhirnya berjaya juga sampai puncak bukit
tutup jam 2.30 petang tau
harga tiket kami
beli kat bawah tau
saya punyalah gayat tak sanggup nak tengok bawah
bergoyang-goyang jambatan bila kami lalu
pegang tali sekuat hati ha...ha..
tumpang bahu kak lang (adik saya)
bergambar di puncak pucuk pokok
tingginya 1000 meter dari aras laut
30 meter dari tanah sepanjang 150 meter
ada 3 anjung antara pucuk pokok
perlu kami singgah
rupanya seronok naik jambatan gantung ni, cubalah