Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

TEMAN ALAM MAYA KU......

Thursday, February 28, 2013

KASUT BOLA


Salam Semua...


Kokurikulum tahun 2013 Aiman dan Azeem dapat masuk pengakap dan bola sepak. Tak sudah - sudah minta kasut bola. Baju t-shirt pengakap dah beli tapi tak diberi oleh cikgu lagi. 

Kasut bola papa dah belikan bersemangat Aiman dan Azeem mencubanya. Semalam 27/02/2013 dengan bangganya bawa kasut bola untuk kokurikulum sebelah petangnya.

Aiman dan Azeem siap beritahu " mama cikgu puji kasut along dan angah cantik " yang tak bestnya Azeem malam tadi siap rendam kasut bola sebab kotor. Aduh Azeem kenapa direndam orang lap saja. 






Wednesday, February 27, 2013

BANYAKNYA PETI SEJUK


Salam Semua...


Amboi banyaknya peti sejuk
Siapa punya agaknya
Cuba teka







ada 5 semuanya
Semuanya terdapat dirumah MIL saya, banyakkan......

Tuesday, February 26, 2013

SALAH BACA RUPANYA MAMA


Salam Semua....


Baru ini Afnan bawa balik surat memo dari tadika kemas, saya baca tulis gotong - royong dan pertandingan mewarna yang akan di adakan hari sabtu 23/02/2013  jam 8.00 pagi. 

Bila sekali baca ada gotong royong rasa malas nak hadir. Sabtu pagi semua anak - anak excited nak teman Afnan ke tadika beri sokongan dalam pertandingan mewarna. Dalam pada tuh Aiman sempat balik rumah beritahu cepat mama ada meeting dalam hati berkata kenapa ada meeting pula bukan gotong royong. 

Dok leka buat kerja rumah dalam jam 11 pagi anak - anak balik, Afnan siap bawa hadiah lagi dan surat beritahu mulai tahun ini semua tadika kemas diwajibkan beli insurans MAA Takaful dengan bayaran RM 10.00 untuk murid - murid dibawah seliaan mereka.

Saya ulangi baca surat memo kembali kenapa ayatnya mesyuarat agong dan pertandingan mewarna, bukan gotong royong, mata saya ke yang salah nasib baik hubby tak tahu kalau tidak habis saya ha..ha...




(sori Afnan mama silap baca tiada gambar Afnan tengah mewarna, tahniah sebab dapat hadiah)



(abang-abang yang excited nak buka hadiah....)



(sabarlah kata Afnan marah tuh.........)



(ini hadiah saya buku dan kaler.......)

Monday, February 25, 2013

DATANG SINI KALI KE 2


Salam Semua...


Kali ke 2 datang sini mana tuh, mana lagi Istana Negara. Kali ini bersama famili hubby pula rupanya mereka pun tak pernah sampai sini lagi, dalam perjalanan pulang ke rumah MIL selepas mandi di Ulu Yam baru - baru ini. Hubby pula planning, ikut sajalah walau kepenatan sebenarnya

Disebabkan sampai sini pun dah petang so tak dapat lagi nak tengok unit berkuda buat pertukaran shift mereka. Kalau nak tengok mesti jam 3 petang.




(masa ni semua berebut nak pilih nama mereka...)



(atuk dan wan bersama cucu - cucu....eh mana sorang lagi....)



(ini dia Umairah merajuk sebab nak tangkap gambar sendiri tapi tak diberi...)



(FIL dan MIL saya...)



(abang askar yang baik hati, sempat lagi minta anak - anak bergambar dengannya.....)





(muka kepenatan sebab lepas mandi tapi untuk bergambar kena bersemangat....)

Friday, February 22, 2013

Thursday, February 21, 2013

CNY HARI KE 2, MANDI LAGI


Salam Semua......


Dah hajat orang nak pergi mandi, kita ikut sajalah cerita CNY kami tak habis lagi 10/02/2013 ke PD, 11/02/2013 ke Ulu Yam pula mandi lagi dan lagi badan memang letih tapi tak pergi tak sedap pula kan

Bila plan dah dirancang BBQ kami terpaksa dibagi 2. 1 bakar di PD dan 1 lagi di Ulu Yam. 

Kalau semua nak tahu seawal 7 pagi adik ipar hubby dan anak - anak telah keluar rumah MIL di Puchong ke Ulu Yam untuk mencari tempat istirehat kami, umum sedia maklum cuti CNY kan lama takut tiada tempat tapi memang tepat jangkaan MIL, kami trip ke 2 tiba jam 9 pagi tempat semua dah penuh malah ada di antara pengunjung yang datang dah siap membakar, berasap - rasap Ulu Yam hari itu.

Sejuknya air pagi tuh jangan cakap, anak - anak telah keluar awal kelaparan menunggu kedatangan mama kasihannya





(lapar sungguh Amzar  makan sandwich dulu, mana tak 8 pagi dah mandi...)



(selain sandwich, nasi lemak ada juga........)



(sempat lagi pakcik ni jual madu pada pengunjung disini...)









(masa ni semua dah lepas mandi, semua dapat makan ais kerim....)

Wednesday, February 20, 2013

BANANA BOAT DAN SAYA



Salam Semua...


Hari ini nak cerita pengalaman pertama kali naik banana boat dalam hidup saya

....11 tahun berkahwin dengan hubby bila diajak naik banana boat pasti saya akan menolak walaupun diberitahu tiada apa - apa yang akan berlaku In Sha Allah

10/12/2013 satu tarikh keramat buat diri saya, percutian bersama keluarga hubby dan pada tarikh itu mengenangkan besday aiman anak sulung pintu hati saya terbuka untuk naik banana boat setelah dipujuk berkali - kali oleh hubby, semua demi aiman.....

Dah naik hubby cakap sayang nanti ada 4 kali jatuhan sempat lagi saya menjerit nak turunlah tapi tak boleh sebab boat dah bergerak dalam hati hanya tuhan yang tahu ada 1001 perasaan dan saya redha. Saya tak tahu berenang








(mama buat semua demi aiman.......)
(mama bangga sebab aiman dah 2 kali naik dan azeem turut naik juga...)

  • jatuhan pertama menjerit sakan dalam air sebab takut itulah pengalaman dijatuhkan, nasib baik sempat  capai adik hubby 
  • jatuhan kedua hubby kata separuh pokok kelapa sebelum naik pemandu boat berpesan jatuh dalam air terus tarik jaket keselamatan bahagian bawah masa tuh dah terminum air laut
  • jatuhan ketiga setinggi pokok kelapa sangat - sangat takut sebab berada ditengah laut saya redha
  • jatuhan terakhir berhampiran pantai dalam hati lega dan saya yang cukup penakut sebenar berjaya naik banana boat akhirnya

Tuesday, February 19, 2013

LUMBA PELAMPUNG PULA


Salam semua......

Sewakan 4 biji pelampung untuk anak - anak, rasa lega bila ada pelampung ni terapunglah dalam air. Hari tu saya memang tak nak mandi sebab tengok airnya kotor sikit dahlah panas terik, takut gelap muka ha..ha... Sekarang ini pun tengok badan anak - anak berbelak - belak separuh hitam separuh putih.

Akhirnya pelampung dijadikan mainan, main lumba - lumba siapa punya pelampung paling cepat. Saya yang tengok gelagat anak - anak pun terhibur malah menjerit - jerit lagi












Penat lumba mandi pula....





Monday, February 18, 2013

CUTI CNY BERSAMA FAMILY HUBBY



Salam Semua.....

CNY baru - baru ini hubby buat planning dengan familynya BBQ di PD. Keluar rumah MIL di Puchong jam 8.30 pagi kami ikut Sepang memang dekat tak sampai 1 jam dah sampai tapi tersangkut kat bulatan menghala ke Teluk Kemang ramai betul orang nak berpiknik kat PD hari tuh

Terpaksa cari tempat lain untuk BBQ, mula-mula singgah kat Blue Lagoon air lautnya surut rasa macam susah anak - anak nak mandi, MIL cadang kami pergi tempat lain padahal tikar dah bentang

Akhirnya pantai pilihan kami dekat rumah rehat Felda dan jalan masuk menuju pantai ada tanda kereta kebal lalu disebelah Kem Askar, tak tahulah nama pantainya dah penat pusing cari port yang bagus akhirnya sini destinasi kami semua rupanya sini dah masuk sempadan Melaka

Pengunjung tak ramai sebab tiada kemudahan seperti toilet dan surau disebabkan FIL bekas kakitangan Felda tiada masalah bagi kami menggunakan kemudahan disitu.







(belakang tuh rumah rehat Felda..)



(adik ipar hubby (baju kelabu) bersedia untuk BBQ....)







(BBQ kami ikan kembung, daging, udang ayam dan jagung......)



(salad jadi pilihan kami dulu....)





(seronoknya anak - anak mandi walau tengah panas terik....)

Friday, February 15, 2013

DOAKU HARI INI


Salam Semua....


Doaku hari ini, dihari jumaat yang mulia








T.E.R.I.M.A  K.A.S.I.H kerna sudi singgah sini........

Thursday, February 14, 2013

SETIAP RABU MESTI BELI INI


Salam Semua....

Setiap rabu memang ada pasar malam kat rumah ni tapi sekarang tinggal 2 gerai saja yang menjual. Peniaga yang lain dah pindah ke tempat lain sebab ada pasar tani dihari yang sama ditaman sebelah mungkin mereka tak bole cari makan sebab tiada yang datang untuk membeli

Yang tinggal hanya gerai jual ayam goreng dan apam balik dan inilah yang anak - anak beli setiap rabu



(menu wajib beli setiap rabu........)



(tak sabar aeish nak makan ayam goreng yang panas ni, sabarlah adik....)



(tak payah letak dalam pinggan makan macam tuh pun boleh...)


p/s - eh, eh ada sorang adik hubby yang sambut besday hari ini, hepi besday 14 Feb tuh....


T.E.R.I.M.A  K.A.S.I.H kerna sudi singgah sini..........

Wednesday, February 13, 2013

HEPI BESDAY BUAT AIMAN


Salam Semua.......






Selamat hari lahir buat Qhaifa Nur Aiman Khairul Anuar pada 10/02/2013 yang ke 11 tahun

Sekejap rasanya along dah besar. Tahun ini first time along tak potong kek tapi papa bawa kita semua jenjalan

Along, papa mama bangga punyai anak seperti along, semoga along terus cemerlang dalam apa jua bidang yang along ceburi



(ini hadiah buat diri along juga, semoga tanggungjawab yang diamanah dijalan dengan sebaiknya...)



T.E.R.I.M.A  K.A.S.I.H  kerna sudi singgah sini...........