Roti Sardin Goreng....
Ala resepinya sama je macam sandwic sardin tu, ye ke... lain tau kenapa yek?
Yang ni special sikit sebab dah di tambah @#$%^&*** nanti saya bagi resepi tau............
Sepanjang ramadan ni dah 2 kali saya buat untuk family, minggu ni berbuka di rumah mertua pun buat juga kiranya killer resepi saya lah tu...kali ni terasa lain sebab anak - anak lepas terawih minta lagi mana ada dah habis, ala kata mereka. Kesihan pulak nanti mama buat lagi ok.
Bahan - Bahan
1 buku roti gardenia
1 tin sardin (ayam brand la)
cili kering sikit
bawang merah ) (potong dadu)
bawang putih )
kentang (potong dadu)
hotdog
cendawan butang (potong nipis)
daun bawang/sup
telur 2 biji
serbuk roti rangup
Cara - cara membuatnya
- Goreng ikan sardin terlebih dulu lepas tu di hancur kasar - kasar
- Tumis bawang merah /putih bersama cili kering sehingga garing
- Masukkan ikan sardin, kentang, hotdog cendawan butang & daun sup/bawang dimasak sehingga sebati (untuk inti sah siap)
- Roti tadi digelek sehingga nipis, baru masukkan inti
- Celur roti dalam telur dan digaul bersama serbuk roti bolehlah digoreng
- Siap boleh makan
p/s - nanti mama buat lagi ......
1 comment:
suka hati kita nak tambah apa utk menyedapkannya..
Post a Comment