TEMAN ALAM MAYA KU......

Thursday, December 29, 2011

SEGMEN : JOM SERTAI SENARAI BLOG TERHEBAT 2012

Kali ke 2 sertai segmen gini......

Terima kasih buat PAPA PUSS tag blog ini, sekadar suka - suka masuk bolehkan....



Singgah  SINI 



mamaema punya cerita

Herba Tihara

Kesah Kami

SEKALI JALAN JE - KAWIN N CUTI

Kebetulan sama tarikh kawin sepupu anak pak lang (abang mak) dengan percutian saya ke Pangkor. Boleh dikatakan saya balik kampung opah juga mana taknya rumah arwah opah tak jauh dari rumah pak lang saya. 

Rupanya sebelum saya sampai sini dengarnya hujan tak berhenti - henti patut banyak rumah berhampiran ditenggelami air so kami semua makan dalam keadaan tanah yang basah dan lembap

Sambil makan nasi sambil makan buah rambutan mana taknya keliling rumah pak lang di tanam pokok rambutan, siap dibekalkan lagi ke Pangkor











pak lang tolong kaitkan...







bekalan mak untuk saya ke pangkor he..he..

Wednesday, December 28, 2011

PERCUTIAN BERMULA - PULAU PANGKOR


24 Dis - seawal 9 pagi percutian bersama keluarga hubby ke Pulau Pangkor bermula, excited betul anak - anak kalau nak berjalan ni. Tak masuk higway pun lalu jalan kampung Kuala Selangor - Sabak Bernam. Suka lalui jalan ni boleh lihat suasana kampung dan saya boleh bayangkan begitu banyak peniaga menjual di tepi - tepi jalan.

Hubby berhenti disalah satu gerai menjual jagung rebus, amboi sedapnya dapat makan panas - panas lagi







Kami pergi 2 buah kereta, plan tunggu keluarga hubby dari Puchong kat Kuala Selangor pagi tu pulak cuaca mendung disusuli rintik - rintik hujan. Sempat singgah Pekan Kuala Selangor kononnya nak rehat tak jadi sebab lepas hujan banyak tempat duduk basah

Last - last tukar plan tunggu mereka kat R & R menuju Seberang Perak sebelum tempuh jambatan tinggi sungai perak. Entah macamana saya boleh terserempak dengan adik sepupu yang nak balik kampung (Seri Iskandar) untuk tengok anak buah mereka yang baru lahir






Dapat lihat sawah padi yang sedang menguning semasa melalui Seberang Perak menuju Lekir - Sitiawan terasa tenang damai jiwa ketika itu...





Tuesday, December 27, 2011

SEBELUM KELUAR PASTIKAN SEMUA ADA....


Lama rasanya tak n3 baru 4 hari je, memang tak fikir lain fikir nak gi holiday saja seperti yang telah di rancang

Sebelum bertolak sempat pergi Pasar Selayang, dah pilih barang untuk menu tengahari masa nak bayar minta hubby duit, ingatkan dia dah ambil wallet rupanya tidak katanya bukan dah bagi tolong bawakan...mana ada...saya pula malas nak bawa wallet hari tu semua simpan dalam wallet hubby....tertinggallah tu

Buat muka manis cakap dengan nyonya tu tolong simpankan nanti saya datang balik, terus balik rumah nasib baik dekat....dah tu pergi pasar semula nasib baik barang tadi ada lagi.....

Inilah menu yang dimasak hari tu 



asam pedas ikan pari + kobis masin



taugeh kasar



lala goreng



yang ni memang tak boleh nak elak...apa yang penting kerjasama buangkan ekor taugeh..

Thursday, December 22, 2011

SEMPAT LAGI NAIK BUKIT TINGGI



Dapat call dari MIL, jomlah singgah bukit tinggi semasa nak balik KL dari lurah bilut baru ni...

Nak tak nak saya singgah juga bukannya apa adik ipar kerja dengan Berjaya Group baru ni kena tranfer kat situ, itu yang selalu MIL naik bukit tinggi ni

Sampai puncak bukit punyalah sejuk, dapat pulak tengok permandangan hijau pasti segar biji mata











Sampai pun dah lewat petang tak sempat nak masuk Colmar Tropicale, lain kalilah datang..





Wednesday, December 21, 2011

HAFIZ DAN HAJAR, SELAMAT PENGANTIN BARU...



Dok leka makan buah lupa nak story kisah pengantin baru  2 adik sepupu saya ni

Macamana tu masa dapat kad jemputan hanya tertera nama abangnya Hafiz, bila datang sini rupanya ada adiknya sekali Hajar ....bukannya apa hari tu tak kompom nak kawin sekarang jodohnya dah sampai...tak kisahlah berdoa semoga jodoh mereka semua berpanjangan hingga hujung nyawa, amin... 




Ini kenduri first time bagi keluarga pak chek saya senang buat sekali 2 jimat belanja, bagi saya kenduri ni dibuat dengan begitu meriah sekali mana taknya ada saja makanan yang terhidang bukannya penat bekerja tapi penat makan...yang bestnya ada ayam golek gitu, sedap sekali





















sempat lagi makan buah...



tengoklah tu mak ngah saya (pegang beg biru) sempat edarkan kad jemputan kawin anaknya bulan 1 nanti..

Masa sampai sini hari sabtu hujan sepajang hari, nasib baik masa majlis besarnya cuaca baik


p/s - minggu ni nak balik perak pulak sorang lagi adik sepupu kawin lepas tu terus bercuti kat pulau pangkor

Tuesday, December 20, 2011

MAKAN BUAH DULU.....BARU KERJA

Alhamdulillah kami selamat tiba di Felda Lurah Bilut, ni kali ke 3 datang tapi masih sesat untuk ke rumah pak chek, tak pa cari sampai dapat....aaaa jumpa pon



Saudara mara sibuk buat itu ini saya dan hubby sampai je terjah makan buah - buahan dulu yang dipetik dari dusun pak chek, mak ooooooi banyaknya buah macam - macam ada

Saya macam jakun je bila tengok begitu banyaknya buah almaklumlah tak pernah ada dusun, terkejut pon ada










Buah durian memang feveret hubby 5 biji dia sorang boleh habiskan, saya 5 ulas dah cukup takut makan banyak nanti sakit perut sapa nak jawab huk3....







kekenyangan gitu...releks dulu



apa lagi buat kerja, jangan malas

Monday, December 19, 2011

SEPANJANG JALAN JUMPA NANGKA DAN DURIAN...SEDAPNYA

Assalammuailaikum semua

Sebenarnya pagi - pagi ni mood ke laut, mana taknya seluruh badan penat, rasa mengantuk lagi pun ada kalau dapat rehat 1 hari lagi ok kot

Penat bukan apa baru balik dari Felda Lurah Bilut hadiri majlis kenduri kawin rumah pak chek adik mak saya. Citer kenduri kawin ni esok - esoklah n3, pagi ni citer pasai buah nangka....buah durian yek



Sepanjang jalan menuju ke Lurah Bilut ni saya perhatikan pelbagai gerai jualan ada tapi yang tertarik sekali gerai buah nangka, ada nangka madu, nangka emas...buahnya besar yang amat, geram pula kita yang melihatnya






Gerai buah durian tak ketinggalan juga, saya tak risau sangat sure bila sampai rumah pak chek dapat makan punya, dengarnya macam - macam buah ada.....tak sabar ni