Ahad lepas bawa amzar ke padang UNIKOP 2 untuk pertandingan mewarna. Kalau nak diikutkan hari tu banyak program yang dirancang demi amzar kami batalkan juga, tak kisahlah....
Masa sampai jam 9 pagi semua jemputan tengah senamrobik, disebabkan subuh tadi hujan kawasan disitu basah dan terpaksa mewarna di kakilima Kolej Unikop. Ibu bapa boleh membantu anak untuk mewarna, saya hubby dan anak-anak yang lain bantu amzar
(sarapan pagi nasi lemak disediakan penganjur)
(inilah lukisan amzar)
Aturcara sehingga petang tapi lepas mewarna kami beredar sekitar jam 11 pagi untuk ke rumah MIL di puchong pula...
Dan sebelah malam sebelum balik rumah singgah putrajaya untuk tengok floria akhir bersama MIL & FIL dan umairah (anak buah hubby)
p/s - Hari isnin amzar pergi sekolah saya dikhabarkan lukisan amzar dapat no. 3 disebabkan kami balik awal hadiah bertukar tangan, tak ada rezeki buat amzar.......