Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

TEMAN ALAM MAYA KU......

Thursday, May 16, 2013

SELAMAT HARI GURU


Salam Semua...



Selamat Hari Guru
buat semua cikgu-cikgu diluar sana
tak lupa juga buat semua
cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya selama ini  
jasa kalian semua akan saya kenang




malam tadi aiman, azeem dan amzar
pun sibuklah membalut hadiah
nak beri pada cikgu masing-masing



tengoklah hasil kerja tangan my hero-hero
 bolehlah kan
hadiah tak penting pengorbanan dan susah payah
cikgu patut dibalas dengan kejayaan

Wednesday, May 15, 2013

SG. KEDONDONG, BATANG KALI


Salam Semua....


suggestion dari adik hubby
ke Sg. Kedondong di Batang Kali pula
laluan ini juga boleh ke Genting Highlands
airnya sangat sejuk dan bersih
tapi nak datang kena awal
sebab tempat istirehatnya terhad
masa saya sampai famili hubby dah berendam sakan











MIL yang masak nasi lemak + ayam bakar....


2, 3 hari juga hubby sengal-sengal badan
dan sakit pinggang
sebab dok asyik terjun ada tempat tu kita boleh terjun
berani dengan tidak dalam airnya tau

lepas ni kalau berpiknik lagi sure hubby akan beringat
jangan suka sangat sebab umur tu bukannya muda lagi (jangan mare yup abang)
tapi kan kalau aiman atau azeem dapat terjun
suruh berhenti tak mahu
nak terjun bole kena pakai life jaket...





berebut makan maggi...



tengoklah anak dara saya berposing...



aiman dah jumpa tempat sembunyian ikan, jadi nelayan kejap





tak lama kami sampai ada pulak sekumpulan
anak-anak muda datang juga untuk berlatih silat
 ramai pula riuh rendah hari tu...