Salam Semua...
Macamana ni Batu Caves pun dah tak nampak, memang berjerebu. Teruk sangat kali ini dahlah lama tak hujan tak tahu berapa lama lagi akan begini. Setakat hari ini alhamdulillah kesihatan anak-anak baik.
Sekolah Kebangsaan anak-anak memang cuti hari ini sebab sabtu lepas ada sukan tahunan.
Nak citer sikit pasai afnan 5 tahun ni
Selama seminggu afnan pergi tadika pakai baju sukan katanya ada belajar silat. Saya memang tak tahu afnan terpilih untuk pertandingan silat peringkat negeri bagi tadika kemas. Memang setiap tahun akan ada acara yang dipertandingkan.
Jumaat lepas saya tanya Cikgu Norhayati katanya memang afnan terpilih dari 9 murid pilih 6, dari 6 murid akhirnya seorang saja yang terpilih iaitu Afnan manakala seorang wakil perempuan untuk bola jaring.
Sekarang afnan tengah giat berlatih tak tahu lagi dimana dan bila tempat pertandingan akan berlangsung jangan luar KL sudah.
Ada juga yang lagi kelakar
Guru silat afnan tanya siapa nama nenek sebab macam pernah nampak afnan sebelum ini dengan spontan afnan jawab nenek nama Siti Nurhaliza, mahu tak tergelak semua cikgu kat situ
Akhirnya sepupu afnan yang belajar sama dengan afnan jawab bukanlah nama nenek Siti Rahanah, tersasul ya afnan.
aeish pun nak silat juga....
nasib baik ahmad afif sepupu afnan
tolong betulkan nama nenek..