Ni sebenarnya aktiviti kami sepanjang cuti maulidur rasul baru ni. Memang tiada plan pun nak pergi holiday, kalau ada planning pun dalam bulan jun nanti. Nasib baik cuti baru ni telah diisi dengan pelbagai aktiviti jika tidak tentu boring giller punya. Terasa kasihan pula kat anak - anak tentu bosan duduk kat rumah aja.
Sabtu
Taman Layang - Layang Kepong
Ahad
Berarak ke masjid sempena maulidur rasul
dapat tengok perarakan taman saya tiba di masjid melalui tv alhijrah
Isnin
Ulu Yam lagi...
menuju ulu yam jalan jem di batu caves
BBQ mesti ada
sempat lagi pak cik ni jual madu pada kami
Selasa
Batu Caves
Sudah menjadi kebiasaan tepat 12 tengah malam tembakan bunga api pun bermula, kali ni lagi cantik dari tahun sebelumnya. Walaupun duduk berdekatan batu caves ini first time dalam hidup saya tengok thaipusam. Saya sebenarnya takut bila tengok mereka cucuk sana sini di anggota badan. Hati tergerak nak tengok bila balik dari ulu yam rupanya ramai yang berhenti tepi jalan untuk tengok thaipusam. Esoknya ajak hubby, ini keadaan sebelah petangnya