Assalammualaikum buat semua
Sana sini orang dok citer pasai tarikh keramat hari ni 11.11.11. Yang lebih bersyukur lagi ia jatuh pada hari yang mulia hari jumaat. Semoga kita semua mendapat keberkatan dari Allah
Disebabkan tarikh yang cantik hari ini mesti ada yang mengambil kesempatan untuk berkahwin dan bertuahlah ibu bapa yang dapat baby hari ni...tahniah buat mereka semua
n3 hari ini saya buat puding tauhu lagi, kali ini untuk jamuan akhir tahun sekolah aiman dan azeem rabu baru ni. Mulanya malas juga nak buat sebab ia berkuah tapi dah anak - anak beria - ia minta so saya buatkan juga
Sebenarnya resepi ni minta dari adik, saya telah ubah suai sikit ikut selera saya biar mudah nak membuatnya
Bahannya -
10 gram serbuk agar - agar (jenis Clear)
7 cawan air
1/2 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 cawan santan kotak (200ml + 50ml air)
daun pandan
Caranya -
1) Masak serbuk agar - agar bersama air, daun pandan dan gula sehingga mendidih
2) Masukkan susu pekat kacau rata - rata, masukkan pula santan dan dikacau lagi sehingga masak
3) Sejukkan sebentar baru di masukkan dalam bekas acuan kemudian simpan dalam peti sejuk
Untuk kuahnya -
1 tin buah - buahan (fruit cocktail) - saya pilih buah peach
1 botol F&N air soda
- Campurkan bahan - bahan diatas dan simpan dalam peti sejuk, nak makan baru letak kuahya