Alhamdulillah dan bersyukur kepadamu tuhan kerna mempermudahkan segala urusanku selama ini...
Bukannya apa saya ada hantar 2 orang anak (afnan / aeish ) kat taska berhampiran dengan kawasan rumah, alhamdulillah mereka berdua dijaga dengan baik
Afnan saya hantar semasa umurnya 4 bulan sehingga sekarang nak masuk 4 tahun manakala aeish dari umurnya 2 bulan sekarang 2 tahun.
Terima kasih untuk Cik Pah (pengasuh) anak umurpun dah masuk 60 thn...walaupun tegas tapi penyayang
Saya selalu pesan kat Cik Pah, kalau anak anak saya nakal atau buat perkara / cakap yang tak elok marahkan je, kalau nak rotan boleh tapi mesti dari pinggang ke bawah...(setakat hari ni rotan tak pernah lagi)..saya tak kisah untuk kebaikan anak-anak
Pagi - pagi hantar anak, mereka dah tahu tempat masing-masing, terus duduk atau baring...ala baiknya anak-anak mama (ialah dah bertahun duduk kat situ)
Mengantuk lah tu nak tidur...
Keadaan dalam taska
Cik Pah baju putih, muka tak nampak sebab malu bergambar...
Duduk elok- elok ya sayang...nanti petang mama ambil
Taska ni pilihan ke 2 saya, sebelum ni ada hantar anak kat taska ??????..2 bulan hantar afnan kat situ, pada tu umur afnan 4 bulan asyik menangis sesaja sampaikan bos taska hantar SMS minta saya dan hubby carikan ubat atau jumpa bomoh supaya afnan jangan nangis
Terkejut saya ada ke ubat...sampai sekarang saya masih simpan SMS mereka..
Semua itu saya jadikan kenangan untuk diri sendiri dan masih terpahat dalam sanubari saya