Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

TEMAN ALAM MAYA KU......

Wednesday, December 5, 2018

6A ALHAMDULILLAH....

Assalammualaikum


Alhamdulillah, Syukur
Akhirnya sahutan dan teguran yang papa ucapkan
Masa result trial upsr hari tu
Jadi pembakar semangat utk kejayaan hari ini

Amzar ni jenis berdisiplin hidupnya
Time belajar...belajar
Time solat...solat
Time main...ala kadar aja

Alasan tiada lagi buku latihan nak diulangkaji
Jadi penyebab result trial hari tu kurang best sikit huhu
Mesti nak buku...kan dh kena marah dgn papa
Papa sangat tegas dgn anak2
Mama biasa2 je huhu




Masa ambil result, papa cuti, mama teman sekali
Mama jenis darah gemuruh
Bila masuk sekolah, blurr sungguh
Risau, takut semua ada huhu
Amzar lagi la..tak keruan dia
Amzar antara pelajar target sekolah
Pencapaian akademik dari darjah 1 - 6
Tak melepasi no. 3, alhamdulilah 

Masa beratur bik result guru besar meluru ke arahnya
Bawa ke depan, minta guru kelas bagi result cepat
Papa dah bole agak, tersenyum 
Tergamam jap bila guru kelas cakap

TAHNIAH ENCIK...FLYING COLOURS...SPEECHLESS
ALHAMDULILAH...6A

Allahu Akbar, Bersyukur atas kurniaan ini
Tahniah Qhaifa Nur Amzar
Usaha yang tekun selama ini
Dibalas dengan kejayaan

Tahun ni 4 calon pelajar sekolah dapat 6A
Amzar lelaki tunggal yang dapat
(3 perempuan, 1 lelaki yakni Amzar)

Tak sudah2 menangis dia ni huhu
Bergambar dgn guru2 pun nangis
Terkejut rasanya
Apa2 pun bagi papa mama setiap anak 
Ada rezeki memasing
Yang penting usaha dan tekun, In Shaa Allah







p/s- esok 6hb Dis ada interview SBP...moga dipermudahkan, amin




Thursday, August 2, 2018

CAMERON HIGHLANDS LAGII

Assalammualaikum


Raya ke 4, lepas selesai majlis perjumpaan 
Famili sebelah arwah abah di Seri Iskandar
Tiba2 adik lelaki ajak jom naik CH, esok yakni hari isnin
Bincang2 jap dgn adik2 dn mak, oklah 
Apartment pun dah dpt, lagipun cuti masih panjang
Lepas check out hotel kat Seri Iskandar
Kami pun gerak ke CH pagi tuh
Masa nak naik CH, nampak jalan clear
Dalam hati cakap x jem ni
Dh sampai puncak stress jap
Jemmm tuuu...aduh
CH bila jem segala plan tergendala huhu
Betui cakap hubby sekarang nak naik CH
Kena datang hari bekerja, baru puas berjalan




Kali ni dapat pula apartment yang baru tu, memang selesa
Dah rehat jap, kami ke Strawberry Healty
Tempat wajib singgah sebab ais kerimnyaaa
Nasib baik senang nak parking huhu
Dah puas kat situ, jom jalan2 kat pasar malam pula
Tapak pasar yang baru ni, selesa parking pun senang
Baik beli kat sini sayur n stoberi
Malas nak hadap jem ke Kea Farm tu
Situ yang buatnya jalan jemm







Lepas isyak saya, hubby n 2 anak keluar lagi
Nak tengok suasana malam kat CH
Repeat lagi ke pasar malam
Tergoda pula dgn ayam bakar bersos stoberi
Kata hubby sedap, rezeki la dpt makan
Orang punya lah ramai nak beli
Saya dn hubby pestime bermalam kat CH
Sejuk ya amat rupanya waktu malam









Sebelum balik KL singgah ladang teh kat Cameron Valley 
Wajib minum teh tauu kalau dtg CH
Mak n adik ipar naik traim
Yang lain jom jalan kaki tengok pokok teh
Nak turun ok lajuuu
Nak naik atas balik, semputtt.. lenguhnya kaki
Apa2 pun kami hepi walau sekejap je kat CH...1 mlm
Ada rezeki datang lagii