Salam Semua...
Kami semua balik KL tidak dengan tangan kosong kebetulan masa singgah rumah mak andak sempat lagi menjolok buah mangga, yang saya terkejut mak andak ambil benih buah mangga dari rumah mak dulu-dulu. Saiz buahnya memang besar, geram pula saya melihatnya so ambil lebih sikit
mangga dan afnan memang tak dapat dipisahkan, selagi tak habis selagi tu tak bangun...
Mak andak offer lagi kat hubby pokok buluh tapi susah sikit nak mencabutnya, hubby kata boleh juga nanti tanam kat kebun abahnya sekali dengan biji mangga tu.
Bukan senang tau nak mencabut pokok buluh ni mandi peluh juga hubby, hampir setengah jam mencuba baru berjaya.
Menurut citer mak andak semua benih pokok buluhnya beli kat Kulim, Kedah tapi mak andak tak pernah makan rebungnya suka tanam sahaja.
akhirnya berjaya juga hubby cabut pokok buluh ini
ini sebahagian pokok buluh mak andak, banyak lagi tau...
15 comments:
Sedapnya mangga tu. Kalau cicah kuah rojak..memang sedap
terliurnyaaa mangga cicah kicap tu kak...fuhhh
hadoiiiyaiii...dah ngences tengok mangga tu..
cantik buluh tu..
Senanglah nak buat lemang kalau dah ada buluh sendiri. Nur tak ambil rebungnya ke? Masak lemak sedap tau..
mak yan pun ada tanam buluh madu nie..rebung dia sedap & lembut gitu...
uiks.. mangga tu geramnya...
Benih pokok rebung madu ke nur... akak suka rebung tau :)
Aduhai mangga tu yg tak boleh tahan, kecur sudah air liur, tengok afnan cecah dgn kicap tu :)````` (air liur menitis laju hehehe)
kuning moleh buah mempelam tu..mesti manis..
Allah... besar btol pelam tu, wat colek, mmg x bgn da kalau saya...
elok betol tersusun pokok buluh tu...
sedapnya tgk buah mangga tue.. :)
x tahan tgk buah mangga tu..kecur sendiri..
saya pun dapat rezeki mangga minggu ni...sedap cicah kicap,gula dan cili
sedapnya menyicah..kecur liur sy tgk..
terliur tgk mangga tu... tentu rasanya lemak2 manis kan.. sedap cicah ngan cili kicap atau collek kata org pantai timur.. hihi
sedapnya mangga....
Post a Comment