Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

TEMAN ALAM MAYA KU......

Friday, June 14, 2013

CABUT POKOK BULUH & BUAH MANGGA


Salam Semua...


Kami semua balik KL tidak dengan tangan kosong kebetulan masa singgah rumah mak andak  sempat lagi menjolok buah mangga, yang saya terkejut mak andak ambil benih buah mangga dari rumah mak dulu-dulu. Saiz buahnya memang besar, geram pula saya melihatnya so ambil lebih sikit






mangga dan afnan memang tak dapat dipisahkan, selagi tak habis selagi tu tak bangun...





Mak andak offer lagi kat hubby pokok buluh tapi susah sikit nak mencabutnya, hubby kata boleh juga nanti tanam kat kebun abahnya sekali dengan biji mangga tu.

Bukan senang tau nak mencabut pokok buluh ni mandi peluh juga hubby, hampir setengah jam mencuba baru berjaya.

Menurut citer mak andak semua benih pokok buluhnya beli kat Kulim, Kedah tapi mak andak tak pernah makan rebungnya suka tanam sahaja.







akhirnya berjaya juga hubby cabut pokok buluh ini



ini sebahagian pokok buluh mak andak, banyak lagi tau...

15 comments:

Qashmere said...

Sedapnya mangga tu. Kalau cicah kuah rojak..memang sedap

amirah said...

terliurnyaaa mangga cicah kicap tu kak...fuhhh

ucubakery said...

hadoiiiyaiii...dah ngences tengok mangga tu..
cantik buluh tu..

Kakzakie Purvit said...

Senanglah nak buat lemang kalau dah ada buluh sendiri. Nur tak ambil rebungnya ke? Masak lemak sedap tau..

yan's cottage said...

mak yan pun ada tanam buluh madu nie..rebung dia sedap & lembut gitu...

Unknown said...

uiks.. mangga tu geramnya...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Benih pokok rebung madu ke nur... akak suka rebung tau :)

Aduhai mangga tu yg tak boleh tahan, kecur sudah air liur, tengok afnan cecah dgn kicap tu :)````` (air liur menitis laju hehehe)

LYAfrina said...

kuning moleh buah mempelam tu..mesti manis..

lia said...

Allah... besar btol pelam tu, wat colek, mmg x bgn da kalau saya...

elok betol tersusun pokok buluh tu...

LiYa HaNiF :: said...

sedapnya tgk buah mangga tue.. :)

ieja amieja said...

x tahan tgk buah mangga tu..kecur sendiri..

umiawadah said...

saya pun dapat rezeki mangga minggu ni...sedap cicah kicap,gula dan cili

Deq's Qienz said...

sedapnya menyicah..kecur liur sy tgk..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

terliur tgk mangga tu... tentu rasanya lemak2 manis kan.. sedap cicah ngan cili kicap atau collek kata org pantai timur.. hihi

Jue said...

sedapnya mangga....