Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

TEMAN ALAM MAYA KU......

Monday, September 26, 2016

KARI LANDAK


Assalammualaikum....


Rezeki petang raya haji n rezeki saya juga..pestime nak makan landak ni...Mak utih (adik mak) datang beraya petang tu..siap bawakan kari landak untuk kakaknya (mak)..nak beri kakaknya rasa

Tanya mak pernah ke mak makan landak ni...huhu kata mak inilah seumur hidup nak merasa..la mak tak pernah makan ke huhu

Dagingnya seakan daging ayam la...kata adik sepupu yg dtg beraya cakap sedaplah kak yong...mereka dok kampung mungkin biasa makan kot...saya dok bandar geli gak mulanya..apa2 pun ingat pesan hubby kita perlu cuba n rasa..kalau tak sampai ke sudah la tak tahu..rugi tau



Merasa juga kau Nur daging landak ni...sedap tekak bole terima lagi...

12 comments:

norhidana said...

sedap kak daging landak.... dana pnh jgk merasa, yelah duk kampung...
kt kampung ada org yg suka tangkap, kalu ada dpt lah merasa...
msk ungkep, msk rempah2 mmg sedap... daging dia pun manis

Izwa Kamaruddin said...

erks?

eima said...

kalau org lelah bagus mkn landak ni .. sy tak pernah mkn tp pernah la tok kite masak dulu .. tak lalu la nk mkn ...

Kakzakie Purvit said...

Kakak pernah makan sebab masa tu tak tahu ianya daging landak
Tapi bila dah tahu terus tak tertelan tau Nur
Entahlah... sebenarnya kita ni kadang bukan tak boleh makan tapi dek kerana tahu jadi tak makan (membayangkan binatangnya).

Warisan Petani said...

Daging landak ni daging putih seperti ayam atau arnab. Kurang kalestrol.
Betul kata Dana, sedapnya dimasak ungkep.

AtieYusof said...

belum pernah makan daging landak ni. sini susah nak dapat.. nampak mcm sedap kan... :)

OKje said...

Mcm daging je bentuknya ye Nur....Tu kalau tak cakap daging landak, mau habis sepinggan tu Nur haha

raihanah said...

kalau tak tahu daging landak mesti bedal je. nampak dagingnya sama cam daging biasa.

paridah said...

WAH BERGULAI DAGING LANDAK PULA SEDAP TU...TAPI BAGI YG PERUT XTAHAN SAKIT PERUT JUGA

LYAfrina said...

serius bru tahu landak pom boleh makan kak?? rsa mcm isi ayam...sedap jgk lah ye..

Mummydearie said...

Arghhh! Tidak! Saya memang tak adventurous bab-bab makan ni. Saya makan apa yang saya dah biasa aje, nak mencuba sesuatu yang baru memang tak begitu teruja. Sebut aje 'landak' dah naik bulu roma saya, memang terus hilang selera. Ohhhh! Memang tak bolehlah nak cuba!

dear anies said...

sy mmg tingin nk rs tp xtau kt mn ada jual