Assalammualaikum...
Salam Syawal semua...
Tahun ni tahun ke 2 saya dan hubby ikut mak n adik2 beraya kat kg mak di Sitiawan, Perak...selama 15 tahun kawin kiranya baru 2 kali saya beraya kat perak selalunya kat KL saja...
Lepas arwah abah meninggal famili sebelah sana telah tetapkan setiap raya ke 3 dah jadi amalan sehingga kini ada majlis jamuan raya...sbb itulah mak setiap raya ke 2 sure balik Perak...sambil tu boleh ziarah kubur mak paknya selain ziarah adik2nya
Raya ke 2 kami gerak ke Perak pula... tahun ni dah plan masuk kat Tanjung Malim nak elakkan jem kat hiway...tahun lepas kami sangkut kat sungkai...time2 jem tu pulak anak2 nak ke toilet...stress giller huhu
Raya ke 2 kami gerak ke Perak pula... tahun ni dah plan masuk kat Tanjung Malim nak elakkan jem kat hiway...tahun lepas kami sangkut kat sungkai...time2 jem tu pulak anak2 nak ke toilet...stress giller huhu
bila dah ada duit sendiri
seronok memasing beli itu ini
bila singgah kat stesen minyak ya
alhamdulillah....
2 ptg kami sampai Kg Selabak, Teluk Intan
selalunya bila balik raya kat Perak ni
rumah mak cu adik bongsu mak tempat kami lepak2
lepas beraya rumah pak ngah abg mak pula
kami gerak ke Sitiawan ada majlis istimewa hr tu
kebetulan tahun ni penduduk kg mak
ada buat reunion la, itulah yg istimewanya pun
ramai anak2 jati kg balik, termasuklah saya
saya dilahirkan kat sini tapi besar kat KL huhu
kami sampai lewat reunion dh tamat
sempatlah berposing kat kain rentangnya hihi
apa2 pun kami tetap dijamu
merasalah makan mee kari yg sgt sedapp
serta bubur lambuk
jika tahun lepas dtg rumah opah ni
masih berdiri tegak lagi
tahun ni dtg tinggal ini saja
ikutkan plan rumah ni nak diruntuhkan
dan dibuat homestay
bila pak alang n pak andak (abg n adik mak)
meninggal dunia baru2 ni
semua sepi, inilah yg dpt sya lihat kini
tempat kelahiran saya huhu
jika tahun lepas dtg rumah opah ni
masih berdiri tegak lagi
tahun ni dtg tinggal ini saja
ikutkan plan rumah ni nak diruntuhkan
dan dibuat homestay
bila pak alang n pak andak (abg n adik mak)
meninggal dunia baru2 ni
semua sepi, inilah yg dpt sya lihat kini
tempat kelahiran saya huhu
11 comments:
Kena ada yg kuat utk bangunkan semula kawasan rumah dan tanah atok tu Nur.
Sayangnya kalau terus terbiar. Ada nilai yg tinggi tu kalau pandai usahakan..
syg plak kak tgk tanah dan rumah yg usang tu.... luas kawasan tanahnyer....tu laa kak yg tua2 semua dah pergi ... tgl kite nak pikir dan uruskan...mcm kat kampugn lieya la kak....
betul kak, budak2 ni dah ade duit raya sendiri kemain galak membeli..same2 nak turun gak kat petronas nak pilih brg hahaahahaha...adoii galak depa soping....
budak2 mmg macam tu..eksited dpt duit raya..klu yg jenis berjimat plak sanggup tahan nak beli pape..
Betul tu syg klu dibiarkan..moga ada usaha nak bangunkan dan buat himestay seoerti yg dirancang..
Jajan tu beli pakai duit raya ke.hehe
Betul tu syg klu dibiarkan..moga ada usaha nak bangunkan dan buat himestay seoerti yg dirancang..
Jajan tu beli pakai duit raya ke.hehe
Kena pakat balik adik beradik nur..
Buat sesuatu..
Sayang tanah terbiarkan..
Samalah dgn anak akak nur..
Duit tgh byk..
Mcm2 nak dibelinya..
Kena cepat simpan ni..
syangnya Nur dibiarkan gitu je
lepas ni kena usaha lah kot kan
supaya lebih mendatangkan hasil kann
Sayang jika dibiarkan begitu, perlu diusahakan tu, ada nilai sentimental tu sebab dilahirkan disitukan
rasa sebak tgk rumah usang tu..kini smua tgl knangan
Sedihkan bila tengok keadaan tempat kita membesar dulu. Macam tulah yang berlaku pada rumah peninggalan arwah abah saya. Masih tegak berdiri lagi tapi kalau dibiarkan mahu rebah menyebah bumi sendiri. Banyak kenangan di rumah tu.
Bestnya kampung ni siap ada reunion bagai. Unik pulak rasanya.
kn bgn kn jg rumah tu kak...syg kalu rumah warisan biarkn begitu je... tp tu laa kan kekangan $$ ni buat kita kena byk fikir ;-)
Post a Comment