Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

TEMAN ALAM MAYA KU......

Tuesday, June 28, 2016

MENGIMBAU KENANGAN LAMA


Assalammualaikum....
Salam ramadhan semua...



kurang dari seminggu ramadhan akan berakhir...semoga segala amalan kita diterima Allah SWT, amin...

jika dulu album gambar ni diamnya kat bawah katil huhu...sejak saya dah alih dan letak dalam almari, rajin pula anak2 membukanya..

paling suka tengok gambar papa mama kawen2 daa..bila tengok gambar2 di dalamnya mengimbau kenangan lama, ia tetap dikenang sampai bila2



anak dara sorang ni yg rajin buka album mama ni...
bukan 1, sekali 3 dibukanya



satu2nya gambar arwah abah 
yg ada dlm simpanan saya
selalu tunjuk kat ank2, inilah dia atuk hamid
sblm saya kawen arwah abah dah pergi meninggalkn kami
Al-Fatihah



bersama famili hubby
rasanya 12 thn lepas
time ni semua dpt berkumpul bersama
skrg tidak lg, rindunya saat2 ini
time ni ank baru 2 org saja



hantaran tunang saya
mungkin rezeki saya, ramai yg memberi
ini utk pihak lelaki, untung hubby
sekali bawa pulang hampir 25 jenis barangan
kek saja 3 kotak huhu



sahabat lama yg masih terjalin
dr saya ank dara hingga kini
nitasa, warga indonesia 
yg kelakarnya selalu berwasap 
setiap kali ingin berjumpa pasti ada halangan
kiranya dah 14 thn x jumpa huhu
padahal duduknya kat Hulu Kelang saja hihi




P/S - jika tiada halangan tahun ni nak balik Perak raya ke 2...ini kali ke 2 juga saya beraya di kampung mak berkonvoi bersama mak dan adik2...moga segala urusan hubby dipermudahkan, amin...
































14 comments:

babYpose said...

Dah risau tak pernah buat album untuk budak-budak lagi ni setakat dalam scrap book tu ada lah.. bagus ada album mata pun macam tengok buku ja kalau dlm gadget tak sama la kan.. rezeki tu dapat hantaran banyak, plannya beberapa ja kan tetapi dari sokongan keluarga, rakan2 tu yanh bertambah rezeki. Alhamdulillah moga berterusan Amin.

Kakzakie Purvit said...

Tengok gambar lama memang boleh buat kita senyum dan ada kala bergenang airmata bila terkenang yg dah pergi Nur.

Satu yg bagus dulu semua gambar kita cuci boleh simpan album kan. Sekarang ni nak buat photo-book pun malas.

AtieYusof said...

Bestnya lah mengimbau kenangan lalu.. byk yg boleh di ceritakan pada anak2.. bagus bila ada album gambar dulu...
Kami insyaAllah raya di Melaka :)

norhidana said...

msti lah teruja nk tgk album lama2...
almaklum ramai yg si anak dara tuh tak pnh jumpa kan...

paridah said...

melihat album lama kdg buat kita girang r sedih juga mengenangkan peristiwanya.

Izwa Kamaruddin said...

sweet memroy !

wahida said...

al fatihah buat arwah abah akak...
mmg best tgk gambar2 lama...boleh buat kita senyum dan touching di situ...especially bila tgk org yang dah takde...

dear anies said...

meriahnyaaaa hantaran akk dulu... tu baru tunang... time kawen? ;-)

Puan Kutu said...

Album sy ada je dikabinet tv..anak2 selalu juga punggah dan tgok..tp bermusim la..

Suka simpan gambar2 lama camni..kenangan kan semuanya..dulu album sekarang photobook.hehe

Puan Kutu said...

Album sy ada je dikabinet tv..anak2 selalu juga punggah dan tgok..tp bermusim la..

Suka simpan gambar2 lama camni..kenangan kan semuanya..dulu album sekarang photobook.hehe

Unknown said...

akak pun nak kena korek album lama ni
mmg banyak kenangan tengok album tu
boleh senyum sndiri
skrg ni album gambar dah berbalikk semula tapi cara digital
best jugak kan

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

LYAfrina said...

betol-betol throwback ni

OKje said...

Seronokkan Nur bila tengok gambar lama ni. Kadang kadang kelakar pun ada tengok gambar lama hihi....
Banyaknya hantaran tu... kata org belah belah Utara, Pantai Timur ni jiran tetangga mmg rajin memberi untuk hantaran betul ke?