TEMAN ALAM MAYA KU......

Thursday, April 7, 2016

TAMAN BOTANI, PUTRAJAYA


Assalammualaikum....


macamana boleh datang sini pun x tahu, tup tup dah sampai taman botani, putrajaya hahaha...adik saya nurul kata nak jalan2 huhuhu dah la panas pula...riadah dalam panasss

masa sampai sini orang tak ramai...mungkin awal lagi kot tengok jam pukul 4 ptg...tak tahu mana nak pergi...ikut kaki memasing lah hahaha

punyalah haus kami tak tahu nak cakap cam mana...tengok kehijauan pokok2 kat sini...lupa hausss

masa nak naik jambatan ada pulak mesin air (ayat apakah iniii) apalagi serbuuu...nasib baik ada duit kecil...pilihlah ikut suka nak air apaa...legaaaa baru boleh jalan dan jalan lagiii






tengok peta dah takut
luasnya kawasan nak jalan ke idak ni
anak2 pula macam dah penat
maklumlah dari PICC


jom tgk ikan dulu mama


kata along jom ambil gmbr kat sini
konon2 kita dlm hutan huhuhu




akhirnya sini la port lepak kami
dah x larat nak jalan
berposing kami atas jambatan
nasib baik time ni dah redup, legaaa
cian ank2 nak sewa basikal x bole, dh tutuppp
ramai yg berbasikal






suka hati aja nak pose hihihi










lepas ni nak jalan mana lagi kata maksu
kita jalan2 cari makan pula sblm balikkk
kami singgah di medan selera persint 9
tengoklah mcm2 yg di order lapar keee


pestime tau rasa kacang pool
baru tahu nikmatnya, memang sedapppp



seharian berjalan adoiii penatnya badan tapi kami hepi...terima kasih maklang, maksu....


16 comments:

Kakzakie Purvit said...

Betul Nur kalau ada basikal taklah letih sangat
Tapi budak-budak stamina dia tip-top lagi Nur
Yg letih kan mama-mama mereka:)

lieyalatif said...

pandai akak makan kacang pool...lieya org johor pun tak suke tau kak...tak reti sebenarnye haahahaha....agaknye kene dekat kedai yg buat tak sedap kot...

taman botani tu lawo kan kak...kalo photoshoot situ mmg lawoo kak...ingat dulu mase mia mija kecik2 bergambar kat situ....

sedap2 kak menu kat food court payung tu...kiteorg panggil foodcourt payung sebab payung2 kat sane kan heheheeheh

norhidana miswan said...

tak penah sampai kak hehehe teruk kan... kalu pg time2 pns nih mcmne lah agaknya kan... tp nengok mcm redup je kat sana sbb banyak pokok kan...

tengok menu makana tuh perkkkh sodap nya kak oi

SYANI said...

Tak pernah lagi sampai Putrajaya.
Nanti nak ajak hasben pegi la..
Kalau dapat sewa basikal lagi best kan kak pusing2 kawasan tu.

nuyui a.k.a miss YUI said...

cntiknya taman botani tu.jln sntai mmg best.

saniah ibrahim said...

Cian penat sangat agaknya sampai landing kat jambatan tu tapi tentu seronok kan jalan ramai2 apatah lagi anak2.

Kamsiah Yusoff said...

kegembiraan jelas terpancar diwajah anak2 yg comel tu

Zaitun said...

Walau panas dan penat nampak semua gembira.

Nafira usof said...

jenuh jugak kalo pusing semua tempat.
kena datang pagi2 lah.. baru boleh habes pusing.
hehehehe.

lapar plak tetiba tengok gambar makanan tuh.

babYpose said...

Redup mata aunty tengok anak-anak dalam kehijauan, duk atas jambatan bukan senang nak sampai ni, ambik peluang berposing dulu kan :)

Norhayati Mohd Isa said...

Hihihi kalau mcm akak yg dah kilauan emas ni nur..
Mahu merangkak atas jambatan tu..
Tetapi anak2 mmg happy kan ;)

wahida said...

saya suka kacang pool...sedappp...tapi ramai jugak yang tak suka...pada saya sedap sangatttt...

seronoknya makan besar reramai mcm tu...meriah...

Norhayati Mohd Isa said...

Hihihi kalau mcm akak yg dah kilauan emas ni nur..
Mahu merangkak atas jambatan tu..
Tetapi anak2 mmg happy kan ;)

Norhayati Mohd Isa said...

Hihihi kalau mcm akak yg dah kilauan emas ni nur..
Mahu merangkak atas jambatan tu..
Tetapi anak2 mmg happy kan ;)

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

dah lama tak pergi ..zaman bujang dulu ada la pergi ..huhu

hainom OKje said...

Untung ada adik beradik yg boleh diajak kemana mana ni kan Qaifa...sesekali best jugakkan....
Jarang sangatlah ke Taman Botanini