Asalammualaikum.....
apa yang riuh tu
cam gini citernya
pagi semalam adik lelaki nak gi kerja
dari saujana utama sg buloh
letak kereta rumah mak kat batu caves
terus tukar motor
boleh pulak dia nampak
sebiji telur ayam kampung
kat dalam pasu bunga mak
terus hantar gambar kat
wasap group famili
wasap group famili
riuh la kami adik beradik dok berwasap
pasai telur sebiji nih hahaha
ada saja citer macam kelakar pula
memang betul kata pepatah
kerna telur sebiji riuh sekampung hihihi
rezeki mak dapat telur
ayam kampung lagi tuh
sapalah punya ayam ni hihihi
tersalah port pulak dia
punyalah seronok kami berwasap
citer itu ini pasai telur ayam je kot
citer itu ini pasai telur ayam je kot
memang geli hati
ada kata rezeki
ada kata kena cari sapa tuan ayam
ada suruh mak biar jadi anak ayam
raya boleh buat rendang, macam2 hal...
14 comments:
Rezeki tu QN tapi tu la tiba tiba ada dalam pasu.. Biar jadi anak ayam, comel :)
Memang riuh sekampung ni dek...
Ayam siapalah yang tumpang bertelur tu ya.
Nak tunggu jadi ayam memang tak bolehlah Nur sebab tak ada mesin pengeram dan ibu ayamnya entah kemana. Makan telur ajelah:)
Camne la telur tu boleh tersesat kat dalam pasu tu ye...
Ayam tu dah tak tahan nak bertelur eh..sib baik dalam pasu...
Kalau buat rendang nampaknya mak yg makan soranglah ye Qaifa....sebab rasanya sempat besar dara sunti je ayam tu hihi
tak tahan dah ayam nak bertelur
dia usha port baik tak jumpa... jumpa situ je
ni baru betul riuh sekampung..kekeke..
hehehehehe.. mak ayam x riuh. tapi yg jumpa telur plak tolong riuhkan. kena tukar pepatah dah nih. hahahaha
sebijik nak buat ape lah yer. kalo nak rebus mcm sikit sgt. cer biar dulu, mana tau esok ibu ayam datang bertelur lagi. dpt 2 biji. hahahahaha
adoiii..kelakar la entry ni...
misteri betul la mak ayam tu...
dah tak tahan sangat, pasu pun bolehh...ekekek..
salam ukhwah dari aj, mesti macam2 andaian kan hihi :)
haha molek sangat dengan tajuk..benda2 camni penghibir sebenarnya..rezeki mak la tu dpt telur ayam sebijik.hehe
ekeke...ayam tu salah landing ke apa? elok plak sebiji je? ke bukan telur ayam tu ?
Post a Comment