Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

TEMAN ALAM MAYA KU......

Tuesday, March 1, 2016

BUKIT GAMBANG RESORT


Assalammualaikum......



dah masuk bulan Mac
kejapnya dah bertukar bulan
amboi nur citer pasai Gambang ni, dah sampai ke
belum pernah sampai lagi
 bukan saya yang pergi tapi hubby

27 - 28 Feb 2016 hubby ada reunion 25 tahun
MRSM Kuantan tempat hubby belajar dulu
baru kali ini hubby nak pergi
dengar Gambang teringat taman airnya
bestnya dapat pergi woii

Kali ini hubby pergi sorang je
anak2 pula ada pelbagai aktiviti sekolah
azeem ada kem ibadah siap tido semalam kat sekolah
along ada merentas desa pula
so tiada rezeki nak ke Gambang


time ni tengah siap nak keluar rumah tu
(jam 10 pagi hr sabtu pergi bersama 2 bffnya)


hubby selamat tiba jam 3 ptg kat gambang



ahad malam hubby selamat sampai rumah
anak2 pula x sabar mendengar pelbagai cerita 
hubby hingga tak sedar jam dah pukul 1.30 pagi
padahal esoknya nak sekolah, sabar ajalah
bila nak jumpa rakan lama macam2 diboraknya
ada cabutan bertuah malam tu, hubby pula dapat ni

rasa macam makan kat hotel pula bila ada
cereal dispenser ni...


yang paling saya suka hubby beli buah berangan
kat tempat femes tuuu genting sempah
pada uncle yang naik motor laaa
mesti nak beli kat uncle tu..dia punya sedappp

sekilo 22 hinggit, jenuh nak mengopeknya
kata member hubby boleh tahan 5 hari tau
nak makan panas balik, sedappp
memang punnn
kata hubby kena habiskan mahal tuu haaa




moga saya ada rezeki untuk jejakkan kaki
ke Gambang Resort ni, aminn...

9 comments:

Kakzakie Purvit said...

Di sana memang banyak buah berangan kan Nur
Kakak pun kalau lalu sana tak lepas membelinya.

norhidana said...

sesekali jd bujang cik suami akka tuh kan,
udah anak2 msing2 ada aktiviti takkan mau di ponteng lak kan kak... kira akak la handle

bolah tahan jgk dpt cabutan bertuahnya tuh....
buah berangan tu mmg benda wajib beli kalu nk balik kl kalu blik kerteh, dana selalu beli 1/2kg je itupun dh banyak n berbaloi lah sbb kt sini tak sampai setengah kilo dh berbelas2 harganya...

LYAfrina said...

TU BUAH BERANGAN..MMG MAHAL SIKIT HARGA DIA..TP SEDAP.. KLO LALU DKT AREA ORG BAKAR BUAH NI.. SEDAP JE BAU HARUM BUAH NI.

nanonano said...

amboii jd bujang kejap en husband ke gambang yer, hehe
nape sy mkn buah brangan xsedap eh? rase mcm biji nangka je, hehe, rase xberbaloi dgn harganya yg mahal tu, tp ye la, taste org lain2 kan, hehe

wahida said...

saya pun tak berapa gemar buah berangan ni...huhu...ntah rasa pelik...tp mcm nanonano cakap la, taste lain orang lain rasa dia kan...

saya pun tak pernah jejak gambang tu lg...nnt ada rezeki nak bawak anak2 pi situ jugak la...

saniahibrahim said...

Buah berangan dah lama tak makan ,kat sini payah nk tengok org jual...kalau lah ada yg mengidam kenalah pi ke sana kan...
Canteklah hadiah cabutan tu..

babYpose said...

Sedap buah berangan, memang mahal kena abiskan, tapi cepat kenyangkan makan buah ni..inshaAllah dapat pegi nanti, saya pun duk baca ja tentang gambang :)

Unknown said...

sedapnya buah berangan Saniah kaknoor peminat tegar ni, nasib kat sini selalu ada jual mmg tk penah miss kalau terjumpa

Mummydearie said...

Kalau dapat turut serta, lagilah bestkan. Saya sendiri belum pernah sampai taman tema kat Gambang tu. Entahlah bila boleh bawa anak-anak ke sana.

Seronok bukan main anak-anak nak mendengar kisah ayah mereka ya. Yalah, tak dapat ikut, dapat dengar cerita pun best juga!