TEMAN ALAM MAYA KU......

Monday, November 18, 2013

KE HOSPITAL IPOH

Salam Semua....




15/11/2013 jam 6.30 ptg hubby call dari opis cepat siap kita ke Hospital Batu Gajah, adik bongsunya yang belajar di Uni. Teknologi Petronas Seri Iskandar (UTP) kemalangan telah dilanggar lari dan dijumpai orang awam yang lalui kawasan tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Atas ihsan seorang hamba Allah telah menghubungi FIL dan terus hantar keadaan adik hubby yang masih terbaring atas jalanraya. Ya Allah lemah seluruh badan bila melihat gambarnya yang penuh dengan darah dibahagian muka nasib baik helmetnya tak tercabut.

Dengan segera hubby, saya, adik perempuan serta rakannya menuju ke sana yang mengambil masa 3 jam lebih...kami dimaklumkan adik hubby masih koma dan akan dibawa terus ke Hospital Ipoh (Hospital Raja Perempuan Bainun) malam itu

Dalam hati terus berdoa moga adik hubby selamat hendaknya...alhamdulillah perkhabaran yang saya terima adiknya dah sedar...jam 11.30 malam kami selamat tiba di Hospital Ipoh...Ya Allah pilu, lulur hati saya melihat keadaan adik hubby kecederaan yang dialami teruk dibahagian muka...nasib baik bahagian kepalanya tiada masalah...2 jam kemudian MIL dan FIL saya tiba

Report pihak hospital menyatakan kemalangan antara motosikal dengan lori... Ya Allah...bila disemak kat Balai Polis Batu Gajah terbabas katanya...entahlah mana satu yang betul...lepas tu hospital tak mesra rakyat suka marah-marah...sabar sajalah

Antara kecederaan adik hubby

- tulang rahang pipi kiri beralih tempat
- tulang pinggul retak
- bibir luar dalam  terkoyak (pembedahan yang dibuat)
- gusi dan kedudukan giginya telah beralih juga (bab ini yang paling sedih saya tengok) 
- luka atas kening dan hujung mulut telah dijahit
- luka banyak sebelah kiri badan
(kiranya bahagian mukanya teruk akibat kemalangan tersebut)

Mohon doa dari kalian rakan blogger semoga adik hubby sihat hendaknya dan saya dimaklumkan final examnya bulan awal Jan 2014 jika tidak sihat kena postponed 1 semesta (sekarang semesta pertama)...
apa-apapun semoga adik hubby Khairan Nurnashriq Addhaqhily Bin Taha cepat sembuh seperti sediakala







23 comments:

ct shah said...

aduii..ngeri saya dengar.
semoga adik hubby akak cepat sembuh dan dpt menduduki final exam.akak & family must b strong k.

Kakzakie said...

Masya-Allah... besarnya ujian Nur. Moga adik ipar Nur diberi kesabaran, kekuatan dan kesembuhan segera utk duduk exam Jan 2014 kelak. Kakak doa dari jauh...

Tentang Kita said...

Takut pulak baca entry akak....saya doakan semoga adik ipar akak tu cepat sembuh....semoga dia kuat lalui perkara2 sebegini.....

Ain Noraini said...

Ya allah k.ain ngeri kalau dengar2 ada org kemlangan j/raya ni nur...sebab aruah abah dan anak sedara kakain meninggal dunia sebab kemalangan j/raya...

semoga adik ipr nur cepat sembuh dan pulih seperti biasa..

Liza said...

Ya Allah, macam2 hal pulak sekarang kan, smoga adik ipar Nur sihat secepat mungkin dan dapat menduduki exam nnt, insyaallah, kita sama2 berdoa ye...

Nazayiena Ayiena said...

Syukur alhamdulillah adik ipar Nur sedar,semoga dia akan cepat sembuh.

aTieYusof Family said...

Ya Allah sedihnya! mmg tak bertanggungjawab lah yg melanggar tu..isk! moga adik ipar kuat dan diberikan kesembuhan oleh Allah..amin!

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Ya Allah semoga adik ipar Nur cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala... Risau juga kalau bab kemalangan ni kan Nur ..

asyifa mustaffa said...

Ya Allah kak....kesiannya....mmg syukur sngt pada hamba allah yg baw ke hospital tu...

Agak teruk juga tu cedranya..mudah mudahan cepat sembuhnya ye.....

Queen Teratai said...

Masyaallah.. Queen mmg seram bila baca bab2 accident cedera sana sini smp koma ni... moga Allah beri kesembuhan pada adik ipar kak nur ni yer... Moga akak sekeluarga tabah hadapi ujian Allah SWT ni,

Cho Zila said...

Ya Allah takut membacanya ... moga cepatlah sembuh dan sihat sepenuhnya...

Bbwana adienia said...

salam..

ngeri pula saya baca kecederaan yang dialaminya tu kak..moga adik ipar akak dikuatkan semangatnya dan cepat sembuh.amin.

lia said...

semoga cpt sembuh... amin...

Rai Ourkizuna said...

allahuakbar.. berat dugaan adik suami kaknur.. semoga cepat sembuh seperti sediakala.. dan dapat ambil exam nanti..

norhidana miswan said...

aduhla kak.... seram sejuk dgr kalu sedara mara kite kene langgar ke apa kan kak... nsb lah ada org yg berhati mulia tolong adik ipar akak.... moga adik ipar akak cpt sembuh n sihat semula

eB said...

wuisshhhhh ngeri ar dgr... u dok mn sbenarnya? mmg dok ipoh ke?
np x ckp,,, eB blk ipoh minggu nih.... :(

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Ya Allah..MOga adik ipar akak cepat sembuh..

aTieYusof Family said...

salam singgah selasa..mcm mana keadaan adik ipar skrg??

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

ya Allah, ngeri plak saya rasa kak bila baca mcm2 luka..... semoga adik ipar akak cepat sembuh yerk...

Acik Erna said...

semoga cepat sembuh

aizamia3 said...

Moga adik ipar akak cepat sembuh hendakNYA. Moga dia kuat semangat.

Kesuma Angsana said...

bertabahnyer. Ujian allah swt tu.. moga adik tu kembali sembuh yer !

dakcik said...

Kesiannya..b strong k..semoga cpt sembuh..