Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

TEMAN ALAM MAYA KU......

Wednesday, October 23, 2013

FRIM - CANOPY WALKWAY


Salam Semua....


19/10/2013 sebelah malam sambut besday Aeish.....sebelah paginya kami ke FRIM Kepong (Ins. Penyelidikan Perhutanan M'sia) masuk hutan pula korang....hubby nak bawa puterinya masuk hutan...jenjalan dalam hutan tuh

pagi tuh hari mendung saja jam 11 pagi kami bertolak....dari rumah dalam 20 minit saja....

ini first time kami masuk FRIM.....selepas dapatkan penerangan tentang FRIM dan ambil map perjalanan kami teruskan

tujuan utama hubby ajak kami ke FRIM untuk naik canopy walkway (jambatan gantung antara pucuk pokok)

untuk sampai atas besarnya dugaan buat kami semua kena mendaki bukit.....semangat kami kuat untuk sampai ke puncak bukit walau kaki dah lenguh-lenguh siap menggigil juga seluruh badan...mencungap semua ada......aduh tingginya








penat-penat.....



antara spesis pokok hutan kami temui




anak-anak kata ini buah pisang mama...
pandailah tuh, bukannnn



hubby cakap ini buah kelompung
orang N9 cakap
sebab bila jatuh dalam air bunyi pung..pung
tempat lain tak tahulah namanya



kami semua salah berpakaian hari tu
masuk hutan pakai seluar jeans
 orang pakai seluar sukan
macam nak pergi mall ha..ha..



nasib baik ada tempat berehat, aduh letihnya kaki



akhirnya berjaya juga sampai puncak bukit
tutup jam 2.30 petang tau



harga tiket kami
beli kat bawah tau



saya punyalah gayat tak sanggup nak tengok bawah
bergoyang-goyang jambatan bila kami lalu
pegang tali sekuat hati ha...ha..





tumpang bahu kak lang (adik saya)





bergambar di puncak pucuk pokok
tingginya 1000 meter dari aras laut
 30 meter dari tanah sepanjang 150 meter
ada 3 anjung antara pucuk pokok
perlu kami singgah
rupanya seronok naik jambatan gantung ni, cubalah




21 comments:

Hudalatip said...

wah seronoknya tapi kalau saya pun yang kena daki dan nak panjat bukit ni memang penat betul.

asyifamustaffa said...

Seronoknya anak beranak....teingin plak sy...:-)

Rosmawani♥ said...

Seronoknyebercuti ramai2 mcm tu bila anak dah besar :)

Mun said...

wahhh aktiviti yg best ni kak.....

Qhaifa Nur said...

- (Nurulhuda Abdul Latip)

bila sampai atas...baru tahu seronoknya Huda sebab berjaya naik..
lama tak exercise...lama tuh lah

- (asyifa mustaffa)

hubby suka yang mencabar...so kena follow

- (ROS)

setuju...bila anak-anak besar senang sikit nak panjat bukit/gunung..

Qhaifa Nur said...

- (C.M.A @ CikMoonAdnan)

betul moon...aktiviti riadah yang besar...cubalah

lia said...

sy pernah naik masa darjah 6... seronok nyerrrrr

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Nur..rajinnya bwk anak2 beriadah.Klu naik titi gantung tu..mmg gayat ler...sama la kita :)

Myra Jay said...

Ok jugak aktiviti begini bersama anak2 kan :D

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

aduhhh.. seramnya... akak pun penggayat orangnya.. rasanya mau akak menangis nak habiskan laluan tu.. nak plak kalau ada org yg goyang2kan jambatan tu.. hehe..

Kakzakie Purvit said...

Kak Lang lebih besar dari Nur:)

Kalau kakak tak sanggup Nur mesti gayat sebab Nur kata jambatannya goyang-goyang. Heee.... boleh gugur jantung. Tapi bila dah sampai mesti leganyaaa....

Cho Zila said...

woo bestnyer.. ada penah gi sekali.. ingat nak bawak anak2 ke sini tapi tuler tak rancang betoi2 tak pergi2 lagiler.. tempat mesti pergini....

azieazah said...

Kenapa kakak lebih kecik dari adik? Heheheh jangan marah eh

AnneRaini said...

Mencabar gak xtvt tu...sypun semput..haha

Anonymous said...

wah menariknyer kat sini yer

::NureeN:: said...

naik semput plak nureen yg tgk pic ni walaupon bkn nureen yg naik pon hehee

Qhaifa Nur said...

- (lia)

darjah 6...lama tuh lia

- (azatiesayang)

salam kak atie...
hubby suka datang tempat gini kak...kami follow lah..pergi shopping tak suka ha..ha..

- (Myra Jay)

seronok..lebih lagi ramai hero..kena lasakkan sikit

Qhaifa Nur said...

- (MaDiHaA a.k.a Ratna)

Nur gayat..gemuruh semua lengkap kak..beranikan diri untuk naik...


- (Kakzakie)

Nur ikut arwah abah kecil orangnya...
kalau badan besar ikut mak...
kakak kena comel kan ha..ha..


mahu tak gayat kak...pejam mata kejap...takut

cahayahidupku.blogspot.my said...

Memang seronok.. akak dah naik Nur... tak pergi mandi manda di anak sungai disitu Nur ;)

Anonymous said...

Haa rare betul sambutan birthday aeish

Ratu Hatiku said...

bestnya...saya suka aktiviti mcmnie...