TEMAN ALAM MAYA KU......

Thursday, June 20, 2013

SUKANEKA TADIKA KEMAS


Salam Semua...


Selalu afnan tengok abang-abangnya bersukan sekarang turn afnan pula
Sebelum tidur tak sudah-sudah tanya
esok pagi (yakni hari sukan tuh) mama datang tak
Ya mama pergi cuma
papa datang lewat sikit sebab kerja
Tahun ini sukaneka diadakan
di PPR Batu Muda, Jalan Ipoh
Pagi tuh kawasan padang dipenuhi dengan anak-anak
dan ibubapa datang beri sokongan
untuk anak masing-masing







sementara tunggu acara bermula sempat
jeling-jeling kat rumah flat tuh
senangkan orang flat tuh tak payah turun lihat
kat tingkap masing-masing ha..ha..



afnan dan rakan-rakan di zon 2 baju kaler biru



sarapan dulu



 tahun ini baju kaler pink paling menyerlah
banyak menang acara yang dipertandingkan



inilah acara yang afnan sertai 
susun nombor dapat tempat ke 2
saya dan abang-abangnya tak sudah menjerit
beri sokonganlah





tahniah buat afnan 
ini pula hadiah yang afnan dapat

22 comments:

Papa PUSS said...

bestnya org yg dok flat tu

Khai♥Rin : anies said...

afnan, aunty pinjam beg AB tu bleh? ;-)

Qashmere said...

Tahniah!!

bbreena81 said...

tahniah afnan..dh lama aunty tak gi sukaneka..mesti best tgk gelagat budak-budak:)

Kakzakie said...

Bila sukan anak-anak tadika yg lebih terjerit-jerit memang kita Nur. Budak-budak tak adanya mereka selamba aje...:)

lia said...

mesti Afnan hepi & balik rumah mesti tido sbb kepenatan ;)

qemaishak said...

Bestnya, seronak la afnan dapat banyak hadiah :)

Rai Ourkizuna said...

tahniah..bila hari sukan camni mak ayah yang eksaited lebih kan.. hahaha..

yan's cottage said...

aktiviti yg sihat...bila berkumpul ramai2 bersukan dapat pula hadiah best juga kan..?

amirah said...

waaa afnan dapat hadiah...bestla dpt hadiah beg lagi

cheqna said...

wah tahniah afnan
comel plak beg AB tu

SYANI said...

Cepatnya dah sukan.. Tadika adib belum lagi.

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

waa seronok tu...kemain banyak afnan dapat hadiah...

QueeN TerataI said...

cantik beg angry bird tu... tahniah afnan...

NM02 said...

semua sek dok sibuk wat sukaneka skang ni kan.

::NureeN:: said...

skrg ni musin tadika dok wat sukan kan, tadika ellesya pon esk wat sukan

Bbwana adienia said...

salam kak..

bestnya tengok anak-anak kecil bersukan..tahniah pada afnan sebab dapat no.2..hehe..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ramainyerrr... meriah.. akak tahun ni xde pegi acara sukan bg anak2 kot... tahun lepas ada juga sekolah tadika anak no. 2 dgn anak sulung tahun 6 buat sukaneka.. tahun ni akaknya dah masuk asrama.. yg masuk tahun 1 pulak senyap je tak dgr plak sekolah dia nak adakan sukan atau tak.. hehee... tunggu tahun dpnlah anak no. 3 masuk tadika bolehlah tgk sukaneka lagi.. hihi...

re: t.kasih mendoakan bisnes akak tu ye....

Kesuma Angsana said...

amboi bersemangat semua nyer yer

Tihara said...

tahniah afnan, afnan dapat hadiah :)

Tina Othman said...

Bestnya, advance dah hadiah skrg ni

fieda said...

sekolah maira ni tak buat lagi