Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

TEMAN ALAM MAYA KU......

Thursday, May 9, 2013

UPDATE - 5 QHAIFA


Salam Semua...


Entah macamana bole terfikir nak update 5 Qhaifa mama nur ni






Aiman

baru tahu betapa hepinya dapat no. 6 dalam ujian awal bulan 4 baru ini, sebelum ini asyik dapat no. 20 ke atas saja tak sudah berjanji akan belajar rajin - rajin. Semalam exam pertengahan tahun dah mula moga ada peningkatan.....


Azeem

jauh dah berjalan, kita belum sampai Brunei/Sabah dia dah sampai rezeki azeem. Yang tak best rahsia azeem kuat mengigau dah bocor mana taknya kat sabah baru ni azeem mengigau ayatnya ' cepat balik malaysia sabah nak runtuh dahlah tu nak lari keliling rumah ' tapi memang hakikat azeem tidonya jangan dikacau memang mengigau....


Amzar

walaupun kecil orangnya tapi suara kuat dan tak sangka dapat no. 3 dalam pertandingan bercerita kat sekolah kebangsaan dan sekolah agama pula dapat periksa no. 3 juga, alhamdulillah lega beliau dapat memahami penulisan jawi, kalau nak tahu tulisan amzar kemas dan cantik berbanding 2 abangnya...






Afnan

ada masa rajin nak buat kerja sekolah tiba malasnya mama yang dicari minta bantuan tapi jangan buat depan papa habis kita afnan, sekarang dah faham kalau kita cerita tentang sesuatu perkara....


Aeish

pelatnya dah kurang boleh faham percakapannya tapi malas nak tolong mama kena usik dulu ' kalau adik tak tolong mama, mama sayang acik (afnan) takut, aeish suka cakap 'sayang mama' sambil peluk rasa terharu...







p/s- anak adalah anugerah yang tak ternilai buat kita
 tak kira ramai atau sikit kitalah yang mencorakkannya
tak salah marah atau merotannya demi kebaikan akan datang

19 comments:

Liza said...

salam nur,setiap anak ni mcm2 ragam diaorg kan, kena betul2 sabar dgn diaorg ni...tp bila takde rasa tak keruan hidup...haiii anak, kaulah racun, kaulah madu...hihihii

dear anies said...

1001 perangai dan sikap..tp itulah penghibur tika suka dan duka... kan kak?

-Sara- said...

seronok tgk kemajuan skolah anak2 kan :)

lia said...

seronok tgk anak-anak akak...

Kakzakie Purvit said...

Seronok kalau anak ramai kan Nur. Kakak dulu kalau boleh nak anak 6 tapi Allah kurnia 3 aje. Itupun dah lebih dari bersyukur...

Anak-anak adalah tanggungjawab kita utk mencorakkannya..

Unknown said...

seronok rasanya ramai anak kan.. kecil2 mungkin rasa sush.. tp bila anak2 dah besar pasti kita rasa beruntung krn punya anak yg ramai...

syg anak... tangan2kan.. ye tak? kita marah tanda kita syg.. tp marah biar berpada.. dan membawa kebaikan..

Qhaifa Nur said...

- (Liza)

salam
bila dah jadi ibu ni baru tahu bukan senang nak mendidik anak...macam2 ragam ada..perlu kesabaran...tapi merekalah racun serta penawar kita..

- (KhaiRin : anies)

bila kurang sorang mulalah rasa sunyi anies...

Qhaifa Nur said...

- (Sara)

merekalah harapan ibubapa...
bagaimana rasanya semua anak2 berjaya, pasti bangga...

- (lia)

alhamdulillah, lia...
mohon yang baik2 juga..

Qhaifa Nur said...

- (Kakzakie)

Nur pun tak sangka dapat kurnia anak seramai 5 orang, rezeki buat Nur dan hubby...sangat bersyukur
setuju, kita yang mencorakkannya..

- (QueeN Teratal)

betul QueeN masa anak2 kecil terasa susahnya, bila dah besarnya semua itu hilang sekelip mata...

dulu segan juga bila ada anak ramai tapi sekarang sangat bangga lebih lagi berjalan diluar...

aanie said...

seronok anak ramai....ketawa bersama, menangis pun bersama....hehe...

amirah said...

bestnya ada anak ramai kak...teringin tapi rasa mcm tak terkejar..huhu

JaSSNaNi said...

Tahniah untuk semua Qhaifa.. mmg seronok kalau anak2 menunjukkan kemajuan... :) terus lagi berusaha gigih.. pasti berjaya..

Ya ALiya said...

mesti macam2 kerenah akak membesarkan dorang semua ni kan.....

Qhaifa Nur said...

- (aanie)

tak ingat langsung zaman mereka kecil2 dulu, susah sikit...
dah besar ketawa, gaduh bersama...

- (amirah)

anak akak ni kira rapat juga..pampers memang tak berhenti beli..kini semua dah stop...lega
susahnya nak cari pengasuh...

Qhaifa Nur said...

- (JaSSNaNi)

terima kasih...
bila adik atau abang nampak kemajuan, baru masing2 nak berlumba sebab ada ganjaran juga...

- (Ya ALya)

kalau nak ikutkan Ya memori pasti banyak tapi bila anak2 membesar depan mata cerita susah dulu hilang serta merta...
dah bole anggap kawan juga...

NM02 said...

tetiber rasa nak tambah anak









ehhhh.... :p

nazayiena said...

Anak2 adalah penghibur hati,klu dah biasa duduk ramai2 kat rumah bila salah seorang xde, terasa sunyikan.

Jom join bloglist kak Nurul.

LYAfrina said...

meriahnya... ada bunga sekuntum... ;-)

masa kecil ni mmg terasa ramai anak & riuh..tp bila masing besar & bawa haluan masing2..time tu la rasa sunyi..

apa2 pon, anak la penghibur kt sbg ibubapa... ketenangan kt terlihat di wajah anak2 kt..

Anonymous said...

anak2 harta plg bernilai buat kita di dunia kan !